Thursday, December 11, 2008

INGATAN TELUS

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.Driwayatkan sebuah hadis yang bermaksud
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Ingatan untuk diri yang menulis khususnya…amnya untuk shabt2 yang singgah membaca..Andai kau lihat ku terleka lalai, TEGURLAH.

Monday, December 8, 2008

Doa



Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur ke hadrat Allah, Tuhan Semesta Alam..Yg Maha Berkuasa atas Sesuatu..Yg menghidupkan dan Yang mengurniakan segala nikmat di dunia ini..tidak lupa Selawat salam ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Sungguh perit untuk menerima saat terasa jauh denganNya..bermujahadah untuk mendaptkan rasa nikmat beribadat bukanlah suatu benda mudah..tapi memerlukan kepada istiqamah..rasa terkilan, rasa nak marah, rasa geram, rasa malas dan macam-macam lagi timbul saat iman di hati tidak dipujuk untuk selalu ingat akanNya..rindu akan perasaan yg dahulu yg mana hati terasa tenang dan setiap saat terisi denganNya..Benar, perasaan itu sukar dipertahankan dan tidak bertahan lama..

Taufiq dan Hidayah comes from Allah..Taufiq is the ability that is given to any person by Allah's willing. Without Taufiq and Hidayah, people is unable to do or get something. Getting close to Allah..

Doa is the key to get taufiq and Hidayah from Allah..

Sunday, November 23, 2008

Di kala duka, di kala suka, akan terkenang pelbagai peristiwa dimata..imbasan kenangan yang tidak akan luput dari ingatan..ada yang perit mahupun manis untuk ditelan..namun, setelah suatu perkara itu berlalu tidak akan mungkin dapat dipusing kembali masa itu tetapi hanya tinggal sejarah dalam hiudp kita..

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka
kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher
mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka
cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah
S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata
ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya"

Berapa ramai antara kita pada hari ini yang tidak mengendahkan azan ketika masuk aktu solat?Masih sibuk dengan urusan duniawi, masih senang bergelak ketawa, masih lalai dengan maksiat kepada Allah? Ungkapan biasa seperti 'nantilah sekejap, ala...sekejap je lagi..ala..panjang lagi waktu solat...'' tidak terus bangkit mengadap Allah..
Tak kurang juga yang masih jahil tentang pembayaran zakat atau saja untuk tidak mengambil berat akannya?
Para ulama tidak dipentingkan di akhir zaman..Nasihat mereka tidak dihiraukan malah ada setengahnya ditolak?
Tak takutkah kita dengan azab Allah..
Sama2 renungkan..


Sunday, November 2, 2008

Hadis 14

Abu Hurairah r.a memberitakan bhw baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

Serombongan malaikat yang tetap berjalan dibumi, dimana mereka menjumpai orang-orang yang sedang berzikir, mereka akan berpanggil-panggilan antara satu sama lain lalu berkumpul di sana dan mereka melingkungi ahli-ahli zikir itu sampai ke langit. Apabila ahli-ahli zikir sudah berpisah dari majlis itu, maka mereka (malaikat) pun naiklah kembali ke langit.

Sahabat-sahabat, apa yang berlaku selepas itu?

Allah Maha Mengetahui..namun, Allah bertanya kepada mereka sedangkan Dia telah mengetahui segalaNya..
'Bahawa dari manakah kalian datang?'

Apa yang para malaikat jawab?
'Kami datang dari hamba-hamba Mu yang sedang sibuk dengan mensucikan, mengagungkan dengan memuji dzat Mu'

Allah bertanya lagi,
'Apakah mereka telah melihat akan Daku?'
Para malaikat menjawab,
'Tidak, mereka tidak melihat akan Dikau'
Lalu Allah bertanya lagi,
'Bagaimana seaindainya mereka melihat akan Daku?'
Para malaikat menjawab,
'Jika seandainya mereka melihat akan Dikau, tentunya mereka lebih sibuk lagi untuk beribadat kepada Mu dan memuji serta mensucikan dzat Mu'

Allah bertanya lagi,
'Baiklah, apa yang mereka kehendaki?

Maha Suci Allah, tidak cukup segala nikmat yang Engkau bagi pada Kami, nikmat hidup, nyawa, diri sempurna namun kami rosakkan, tidak bersyukur, namun, Engkau masih bertanya apa yang kami kehendaki lagi? Maha Suci Tuhan yang Maha Pemurah

Malaikat menjawab lagi,
Bahawa mereka menghendaki syurgaMu'
Allah bertanya,
'Adakah mereka pernah melihat syurga itu?
Malaikat menjawab,
'Mereka belum melihat syurga itu.'
Tanya Allah lagi,
'Bagaimana jika mereka melihat syurga itu?'
Para malaikat menjawab,
'Jika sekiranya mereka melihat syurgaMu itu, tentunya mereka berusaha untuk mendapatkannya...'
Tuhan bertanya lagi,
' Daripada apakah mereka memperlindungkan dirinya?'
Jawab malaikat,
'Mereka berlindung daripada neraka jahanam'
Allah bertanya,
' Apakah mereka telah melihat neraka itu?'
Para malaikat menjawab,
'Tidak, mereka tidak pernah melihat neraka itu'
Allah bertanya lagi,
'Bagaimana sekiranya mereka melihat neraka itu?'
Para malaikat menjawab,
'Jika mereka melihat neraka itu, tentunya mereka lebih berusaha untuk menghindarinya'

Kemudian Allah berfirman,
'Hendaklah kamu menjadi saksi bahawa Aku telah mengampuni semua peserta-peserta majlis itu'
Seorang malaikat pun lantas bertanya,
Ya Allah, si fulan itu datang secara kebetulan ke majlis itu kerana urusannya sendiri bukannya dia peserta majlis itu'
Allah berfirman lagi,
Majlis itu adalah suatu majlis yang amat-amat berbahagia maka tidaklah kecewa orang-orang yang menyertai majlis itu.


'

Saturday, November 1, 2008

Terkenang ku padamu..

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bhw baginda Rasulullah s.a.w bersabda
ADALAH TUJUH ORANG AKAN DILINGUNGI
ALLAH DI BWH RAHMATNYA
PADA HARI AKHIRAT


Imam atau pemerintah yang adil
Pemuda yg menggunakan masa remajanya untuk mengabdikan diri kepada Allah
Lelaki yang hatinya saban waktu berada di masjid
Dua lelaki atau dua perempuan yang menyayangi satu sama lain kerana Allah. mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan lagi jelita, namun ia berkata, 'Aku takut akan Allah'
Lelaki yang memberi sedekah dengan disembunyikannya sehingga tidak tahu tangan kirinya apa yang diberikan oleh tangan kanannya
Lelaki/ perempuan yang mengingati Allah bersunyi sehingga berlinangan air matanya..

BERLINANGAN AIR MATA ?
Mungkin seorang itu teringat akan dosanya atau maksiat yang lampau lalu menangis hingga berlinangan air matanya atau juga bisa air mata itu jatuh kerana terlalu gembira

TERLALU GEMBIRA?
Sabit Banani rah.a. menukilkan bhw seorang wali Allah pernah berkata;
''Sesungguhnya aku tahu bhw doaku yg manakah Allah perkenankan..
Beliau lantas ditanya orang;
Bagaimana tuan hamba mengetahuinya?
Jawabnya,
Ketika berdoa, jika bulu roma telah tertegak, hati ini berdebar dan air mata berlinangan..
Maka doa itu nescaya diterima...
Kita? Bagaimana? Mungkin ada pernah atau belum mengalaminya..
Allah Itu Maha Pemurah..
Berdoalah..
Sungguhnya kita hamba yang kurang bersyukur
serta kurang bergantung harap padaNya..

Friday, October 31, 2008





This is what the 'NIKE' company did ....
'NIKE' company wrote the name of 'ALLAH' on the shoes & from the back so no one will notice this .......

Thursday, October 30, 2008

SiaPa??

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang
yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman
yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata.Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang
yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang yang
tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang
sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan
ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah
orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu
di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah
org yg mempunyai ilmu namun
dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Monday, October 27, 2008

Tiga Institusi penting dalam hidup

Kita sepatutnya berasa sangat bertuah
kerana menjadi seorang rakyat Malaysia.
Negerinya aman dan makmur.
Saya amat berterima kasih kepada
kerajaan Malaysia dalam hal ini.
Tapi, apakah cukup sekadar itu?!!

Kehidupan kita ini dipandu dan dikawal oleh tiga institusi penting. Pertamanya ialah institusi kekeluargaan. Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mendidik dan mentarbiyah anak-anak di rumah. Jika seorang anak itu membuat suatu kesalahan, maka ibu bapa perlu menegur dan menasihati anak mereka dengan perkataan lembut dahulu dan kemudian barulah bertegas jika anak-anak tidak mendengar akan arahan yang pertama. Tidak pernah berputus asa mendidik.Sebagai contoh, semasa anak-anak seawal tujuh tahun yang masih asyik menonton televisyen sewaktu azan berkumandang perlulah ditegur dan ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mewujudkan undang-undang di dalam rumah seperti rotan sekali jika menonton tv ketika masuk waktu solat, rotan dua kali jika tidak bersolat secara berjemaah dan tiga kali jika tidak pergi ke surau/masjid bagi anak lelaki. Lebih baik jika ditulis dan ditampal di tepi televisyen sebagai peringatan. Amalan-amalan ini perlu diterap ke dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Seterusnya ialah institusi pendidikan. Guru-guru memainkan peranan dalam mendidik anak-anak semasa mereka berada di sekolah dan waktu pembelajaran perlulah diisi dengan suatu yang dapat mendidik dan mentarbiyyah anak-anak ke arah yang lebih baik. Ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan yang penuh kepada guru-guru untuk menjaga anak-anak mereka ketika mereka tiada disamping anak-anak. Kepercayaan dan perasaan hormat sesetengah ibu bapa terhadap institusi pendidikan ini semakin hari semakin pudar tatkala semakin banyak kes yang dibawa ke muka pengadilan dek kerana lebih percayakan anak-anak berbanding guru-guru yang jauh lebih berpengalaman. Guru-guru semestinya lebih mengetahui perilaku anak-anak ketika mereka berada di sekolah dan seterusnya undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah bertujuan semata-mata untuk membentuk pelajar agar lebih berketerampilan baik dari segi akhlak, pakaian, tuturkata dan sebagainya.

Last but no least is that our government concerned. Institusi kerajaan. Sebenarnya kerajaan memainkan peranan yang besar dalam membentuk jati diri serta budaya hidup anak-anak. Mengapa saya berkata begitu? Ini kerana apabila mereka tidak berada dalam waktu persekolahan malah tiada di dalam rumah, mereka bebas daripada terikat dengan mana-mana undang-undang. Di sinilah peranan kerajaan untuk mewujudkan suatu undang-undang yang akan mengawal masyarakat daripada melakukan jenayah atau maksiat kepada Allah. Jika dilihat sekarang, kerajaan telah banyak mengeluarkan undang-undang untuk mengawal sikap masyarakat seperti undang-undang lalu –lintas, undang-undang jenayah seperti kes kecurian, cabul dan sebagainya.Malaysia juga mempunyai institusi kehakiman yang adil..(betul ke?ntah la,tak pasti) Kita sepatutnya berasa sangat bertuah kerana menjadi seorang rakyat Malaysia. Negerinya aman dan makmur. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dalam hal ini. Tapi, apakah cukup sekadar itu?!! Bagaimana pula dengan bentuk hiburan yang telah kerajaan luluskan untuk tontonan umum? Bagaimana pula dengan premis-premis hiburan yang semakin banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan? Adakah ini dapat mengawal anak-anak daripada tidak lalai kepada agama? Adakah kita serta keluarga selamat dengan segala macam hiburan terbentang luas dihadapan mata? Inilah persoalan-persoalan yang patut direnung bersama. Dalam tidak sedar, segala macam bentuk fesyen pakaian,hiburan,minuman dan makanan yang dibenarkan masuk ke dalam negara mengundang kepada permasalahan social dikalangan remaja dan anak-anak.

Malam sehati Berdansa musim kedua sudah kunjung tiba. Ia mempamerkan kemesraan suami isteri, masing-masing menunujukkan bakat menari yang terpendam..Di mata kita program itu banyak manfaatnya seperti menyumbangkan derma kepada pihak yang memerlukan dan sebagainya. Namun, kita sebagai penonton seharusnya meneliti dahulu apakah hukumnya sebuah perhubungan yang sah jika untuk dipamerkan, ditunjuk –tunjuk. Saya mendengar seorang ustaz membangkitkan hal ini di dalam kuliahnya. Saya akui juga pada musim pertama program reality tv itu dipamerkan, hati ini rasa suka dan teruja untuk mengikuti siarannya sehingga ke penghujungnya. Dan apabila telah mengetahui tentang hukumnya berdosa juga bagi yang melihat dan mengikuti, apatah lagi menghantar undian SMS kepada pasangan yang berkenan di hati, maka perlulah kita hindari kerana program itu tidak mengikut syariat Islam..InsyaAllah, sama-samalah kita berdoa meminta kemaafan daripada Allah, pencipta Agung..Astghfirullah…Astahgfirullah..Astaghfirullah……dan juga berusaha untuk menghindarkan diri daripada mengikuti program yang melalaikan. Anda mampu mengubahnya ( seperti biasa didengar,tapi di mana ya)

Antara tiga institusi ini, institusi yang ketiga paling membimbangkan tidak dapat menjaga dan mengawal individu yang hidup dalam sebuah negara. People nowadays tend to live without their family and friends but cannot live without entertainment. Tanggungjawab menjadi pemimpin amat besar dan berat untuk dipikul. Tidak akan ada seseorang itu mencari amanah andai tahu amanah itu berat..Namun berbeza dengan seseorang itu untuk memegang amanah andai ini sebagai bekalan menuju Allah agar Islam tertegak di muka Bumi Allah..Sama-sama berdoa agar kita dapat merasai nikmat suatu pemerintahan yang betul-betul berada di bawah petunjuk al- Quran dan As-Sunnah dan Allah redha dengannya..

If there anything wrongs or objections, just leave your comment.

Wednesday, October 22, 2008

Tibanya saat yang dinanti-nanti untuk pulang..

Setelah penat bermujahadah, berhempas-pulas dengan exam final untuk sem ini, akhirnya tiba jua saat yang dinanti-nanti untuk pulang ke rumah..sambung berhari raya..tak habis lagi syawal kan?
Banyaknya perancangan untuk cuti kali ini..walaupun tidak panjang sampai 2 atau 3 bulan, tapi tidak mengapa..isilah apa sahaja masa yang ada dengan suatu yang berfaedah..Perancangan dengan sahabat2 di atur penuh teliti untuk saling kunjung-mengunjung. Sahabat yang dari kelantan turun ke Terengganu sekali sekala dan yang dari timur telah sempat beraya ke umah sahabat2 yg berada di sekitar Bangi dan Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung..Indahnya berukhwah..Manisnya saat ini..MOGA DAPAT BERKEKALAN HINGGA KE AKHIRNYA....

Saturday, October 4, 2008

Ijtima’ Aidilfitri bersama Kepimpinan Tertinggi

Bersama pimpinan tertinggi, majlis penuh meriah..sesi soal jawab memang dinanti-nanti..bermacam-macam soalan dilontarkan agar apa yg terbuku dihati diluahkan..

Seawal pukul 9 pg,majlis dijangka bermula. VVIP, para saf kepimpinan kelihatan terlebih dahulu tiba di perkarangan Pusat Perubatan Darul Shifa’ Cawangan Kuala Terengganu yg bertempat di Kuala Ibai sebelum sempat para hadirin, siswa,siswi dan perantau2 di negeri Terengganu memenuhkan kerusi yg ada di dalam dewan.

Ini antara sikap yang wajar dan mesti diubah oleh segenap masyarakat kita dalam usaha untuk melahirkan insan yang berketerampilan tinggi.Masa yg tidak di ‘manage’ dengan betul boleh menyebabkan kita ketinggalan di belakang..

Akhirnya, daripada waktu yg dijadualkan..sejam kemudian barulah majlis sebenar dapat dimulakan..bermula dengan ucapan aluan pengerusi majlis seterusnya majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru atau nama mesranya, Ayah Chik..seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana sambutan kali ini nampaknya lebih meriah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya..(kata pengerusi majlis)

Apa yg ingin dibangkitkan di sini adalah apabila tiba sesi soal jawab mengenai isu semasa dan senario politik pada hari ini, hampir kesemua soalan yg diajukan datangnya dari sebelah lelaki atau muslimin..Tidak seorang pun puteri2 atau muslimat2 yg tampil gagah penuh berani untuk bangun dan bertanyakan soalan, melontarkan pendapat masing2 atau yg sewaktu dengannya..Hal ini ditujukan khas kepada setiap individu dari kaum hawa termasuk diri sendiri..lemahnya muslimat untuk tampil memberi pendapat dan cadangan didalam meeting atau perjumpaan mahupun ijtima’ seperti ini..

Sudah tibanya masa untuk kita dibahagian muslimat untuk membentuk dan menbina diri ke arah yg lebih berani, bersemangat tinggi, berilmu dan juga mengikuti pelihal hal ehwal semasa dalam negara dan luar negara.

Sesungguhnya engkau sebagai pelengkap

Moga syahid jalan dituju

Focus dalam hidup

Allah Matlamat Akhir…

Friday, October 3, 2008

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Khusus kepada saudara-mara, adik-beradikku, sahabat2 dan sesiapa shj yg mengenali diri saya dan keluarga..umumnya buat seluruh kaum muslimin dan muslimat diseluruh pelusuk dunia..

Tidak dapat disangkal lagi, sambutan raya pada tahun ini amat bermakna berbanding dengan sambutan semenjak 3 tahun yg lepas..ini kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul semua dan ditambah pula dengan kehadiran org baru di dlm keluargaku..(org Kelantan)

Sahabat2 pun semestinya mempunyai rasa dan pengalaman yg tersendiri..ada yg sedih terharu,ada yg suka keriangan dalam menikmati hari mulia ini selepas sebulan kita berpuasa..

Kata ukhti nurul nadiah, jika di arab sana, takbir raya akan dialun dengan nada seperti org yg sedang gembira,tegas,terasa seperti satu kemenangan telah dicapai oleh setiap masyarakat Islam..Menangkan umat Islam untuk melawan hawa nafsu selama sebulan dan menangnya mereka dalam mentarbiyyah jiwa dan diri mereka agar lebih bertaqwa kepada Allah…

Manakala kita di Malaysia, sayu mendengarkan alunan takbir suci di pagi raya..nescaya bisa menggugurkan mutiara-mutiara jernih dari mata seorang perantau di negara orang..

Kedua-duanya ada kelebihannya..Kesayuan yg terasa mengingatkan kita bahawa perginya ramadhan yg mulia buat kali ini..Mampukah kita untuk sampai kepada ramdhan yg akan datang,hanya Allah yg merencanakan segalanya..Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah..

JIka dahulunya solat lima waktu itu mampu didirikan secara berjemaah..dalam solat itu mampu air mata gugur jatuh membasahi pipi,setiap waktu terisi dengan segala macam ibadat khusus mahupun umum, terkenang kuasamu Ya Rabbi, ku terasa dekat denganMu..terasa aku dilihatMu..terasa semua yg beribadat di masjid itu mendamaikan keampunan,kerahmatan dan kasih sayang dariMu..Mampukah diri ini bertahan seperti itu sehingga sampai ramadhan yg akan datang jika diizinkan olehMu..Maha Suci Allah Yg Maha Mengetahui, Sesungguhnya Engkau peliharakanlah diri ini sepertimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yg soleh dan solehah..yg muqarrabin..aku yg hina..Hanya Engkau tempat mengadu dan berserah..

Focus dalam hidup,

Allah Matlamat akhir…

Saturday, September 13, 2008

assalamualaikum..

Pada semua sahabt, adalah belum terlambat untuk kita sama2 bersyukur kepada Allah kerana masih berada dibulan Ramadhan untuk mengutip sebanyak mungkin mutiara2 ilmu juga memperbaiki amalan kita di bulan penuh barakah ini, BULAN RAMADHAN.

Bulan yg mana menjadi madrasah kepada kita untuk membentuk diri menjadi lebih baik dan cemerlang, seterusnya BERTAQWA kepada Allah.

Alhamdulillah, sedar tak sedar, kita sudah memasuki fasa kedua di bulan Ramadhan,,dan sama2 lah kita mengerjakan ibadah tidak kira khusus atau umum Lillahi Taala dan moga-moga kita dikurniakan keampunan dari Allah atas segala dosa kita yg lampau, sekarang juga dosa2 akan datang..

Suatu tazkirah disampaikan oleh sahabat dalam usrah sempat saya ikuti sebelum ifthor bersama2 pada tiga hari yg lalu..

Proses pembentukan diri kita dibulan ramadhan dianalogikan sebagai proses terjadinya seekor rama2..Bagaimana sahabat-sahabat?

Seekor ulat ataupun larva tidak disukai oleh kebanyakan orang sebelum bertukar menjadi seekor rama2 yg begitu indah dan cantik.Betul begitu?Mungkin kita pun sebelum ini, tidak disukai atau disenangi oleh org lain disebabkan perangai dan penampilan kita yg tidak baik.Mampukah untuk berubah? (tepuk dada tny iman)

Apabila kita masuk sahaja di bulan barakah ini, ibarat seekor ulat tadi masuk ke dalam kelongsongnya sebelum bertukar manjadi rama2. Rama2 itu memerlukan satu tempoh dan keadaan yg sesuai dengan memampuannya sendiri membina dan membentuk dirinya yg baru.
Apabila keluarnya rama2 yg indah itu, nescaya ramai tangan2 yg mahu menangkapnya dan mengejarnya..

Dan Allah Maha mengetahui Sesuatu ..( surah al- Baqarah :216)

Begitu jugalah keadaannya pada kita.Apabila ramadhan itu betul2 dijadikan sebagai sekolah atau medan untuk kita berubah menjadi org yg lebih cemerlang dan bertaqwa kepada Allah, nescaya dan pasti ramai yg akan menyenangi kita dan nikmat ketenangan itu dapat dinikmati selepas tamatnya bulan ramadhan.

Sama2 lah kita berlumba2 melakukan ibadah dan mengingati Allah
CINTAILAH ILLAHI...

Friday, September 5, 2008

ramadhan kareem

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah serta mengharapkan limpah kurnia-

Quran menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad . yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Rasulullah. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

  • Tanda bersyukur kepada Allah atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah

  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.


Tuesday, August 19, 2008

CINTA: FITRAH VS FITNAH



"Kebelakangan ini kerap kita mendengar soalan tentang bolehkah sebenarnya bercinta dalam Islam,

mungkin dek kerana terpengaruh dengan aluan nasyid nasyid longlai dan fatwa cinta di dalamnya, ramai pula orang ingin merasakan nikmat bercinta . Persoalan ini sebenarnya satu soalan yang agak sukar untuk dirungkai, apa lagi bagi orang yang tak punyai pengalaman .

Cinta boleh menjadi fitnah
Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih, ***a bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang mendorong ke arah maksiat besar, fitrah
boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan: (( dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain fitnah, adakah kamu
melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat )).

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal mengikut syara' untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan, dan telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak terjebak dalam perkara haram
dan kotor yang dimurkai Allah Taala. Ini kerana manusia itu secara semulajadinya memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh nafsu, dan syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan mendorong mereka ke jalan nafsu yang menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah diperlekehkan,nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri. Dek kerana itu, maka kebelakangan ini sering kita direntet oleh isu yang mengigit sukma lakunya. Antara perilaku sumbang yang semakin sebati dikalangan remaja hari ini.

1. Memandang kepada bukan mahram
Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka… ).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti kehakiman, muamalat harian tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu. (rujuk bab an-nazru tulisan dari. Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah, juga mungkin akan mengikat hati lelaki pada wanita.

Justeru, pandangan mata perlulah dijaga demi keselamatan hati dan rohani, kerana pandangan juga boleh membawa kepada zina, seperti sabda Rasulullah, "dua mata itu boleh berzina melalui pandangannya"-riwayat Bukhari. Rasulullah pernah berpesan pada Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahiwajhah: " Wahai Ali,jangan kamu turuti pandangan pertama (yang tidak disengajakan dengan pandangan seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama itu tidak mengapa, tapi yang kedua bukan haqmu.."-riwayat Tarmizi.

2. Berjumpa dan berjalan berdua-duaan
Seorang perempuan tidak dibenarkan bermusafir sendirian, dan bertemu lelaki ajnabi sendirian, seperti sabda Nabi s.a.w: " Tidak bermusafir seorang perempuan kecuali ada bersamanya mahramnya, dan tidak boleh seseorang masuk menemuinya kecuali ada mahramnya."- hadis riwayat Imam Bukhari. Perempuan juga dilarang berjalan bersama sama lelaki, dalam sunan Abi Daud, diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memerintahkan para wanita agar berjalan di tepi laluan jalan, tidak di tengah kerana mengelakkan mereka dari bercampur dengan lelaki. Sedangkan percampuran begini dilarang, apatah lagi berjalan berdua - duaan.

3. Berpegangan tangan
Di dalam Islam, mengikut pendapat jamhur dan rojih, seorang muslim diharamkan bersalaman/bersentuhan dengan semua wanita (iaitu dalam hal biasa, dibolehkan dalam hal darurat seperti perubatan), kecuali dengan mahramnya: ibunya, adik beradiknya,anaknya, ibu mertuanya, ibu saudaranya, anak saudaranya, isterinya dan anak tirinya( anak isteri).

Jika dilihat dari sirah Rasulullah, baginda amat tegas menjauhi persentuhan lelaki perempuan, hatta dalam hal penting sekalipun seperti bye'ah. Bahkan rasulullah akan mengambil bye'ah wanita melalui ikrar sahaja. Daripada Aisyah r.a, katanya: Nabi mengambil bye'ah para wanita dengan ikrar, baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita kecuali wanita yang halal baginya.-riwayat Bukhari.

Namun yang demikian, mengapa masih ramai anak anak muda berpasangan berpegangan tangan, sedangkan baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya"- riwayat Tabrani dengan sanad yang soheh. Telah menjadi fitrah pada lelaki dan wanita apabila bersentuhan keduanya maka akan timbul rasa seronok di hati. Ini akan menjadi satu permulaan kepada perkara maksiat. Syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan menghiasi perkara yang dimurkai Allah agar kelihatan indah.

Bersentuhan sangat berkaitan dengan hawa nafsu, dan hawa nafsu itu adalah buta dan tuli. Apabila nafsu menjadi raja, maka syaitan pun bertepuklah tangan. Bagi wanita pula,malu itu adalah ibarat mahkota yang tidak perlukan singgahsana. Tetapi sekiranya mahkota ini tercabut dari singgahsananya, maka jadilah wanita itu lebih dahsyat daripada 70 ekor syaitan!

4. Berdua-duaan / dating/ khalwah ajnabiyah
Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan"-(riwayat imam Ahmad). Tidak syak lagi bahawa berdua-duaan satu perkara yang amat besar bahayanya. Nafsu shahwat akan memungkinkan segalanya, ditambah lagi syaitan yang akan berusaha kuat untuk menjerumuskan manusia ke jalan kemaksiatan. Apabila sudah berada di landasan keseronokan nafsu, seseorang baik lelaki mahupun wanita akan lupa kekuasaan Allah, kemurkaan dan azabNya. Mereka juga akan melupakan nilai kesucian diri dan kemuliaan sifat terpuji. Dalam keadaan berdua-duaan amatlah mudah untuk terjatuh ke dalam jenayah yang besar. Bahkan ianya merupakan satu peringkat yang paling menghampirkan diri kepada zina, dan ianya terbukti dengan kes-kes penangkapan khalwat, dan muqaddimah zina serta zina itu sendiri yang berpunca dari berdua-duaan.

Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah daripada berdua-duaan dengan perempuan, Demi diriku yang berada dalam tanganNya, tidaklah berkhalwat dua orang lelaki dan perempuan kecuali ada syaitan diantara mereka.. dan jika sekiranya seorang lelaki berhimpit dengan seekor bab* yang berlumuran lumpur dan kotoran itu lebih baik baginya dari berhimpit bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidak halal baginya". Hadis di atas jelas mengharamkan khalwat dan duduk berdua bersama, kalau di zaman kita ini termasuklah duduk berdua-duaan bersebelahan di dalam bas, wayang dan sebagainya. Satu alasan yang popular bagi mereka yang ingin berdua-duaan ialah untuk mengulangkaji pelajaran. Menuntut ilmu itu memanglah satu perkara yang dituntut, tapi apakah sudah tidak ada pelajar lain di atas muka bumi ini untuk belajar bersama sama. atau sudah tiada pelajar yang sama jantina yang boleh membantu dalam pelajaran.

Cuba kita renungi kata-kata Imam Hasan al-Basri : "Jangan kamu berdua-duaan dengan perempuan, walaupun kamu berkata. saya mengajarkannya al-Quran". Demikianlah beberapa hujah dari baginda Rasulullah sendiri serta para ulama tentang larangan dan bahaya khalwah atau berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram.

PERSOALAN : Telefon dan SMS - boleh atau tidak Seperti yang kita tahu, telefon dan SMS merupakan alat perantaraan komunikasi yang tidak wujud di zaman rasul, sahabat mahupun tabiin. Dalam hal ini saya mengembalikan hukum sesuatu perbuatan itu kepada asalnya, iaitu mengikut kaedah usul fiqh, asal kepada setiap satu itu adalah harus, selagi tidak ada nas yang mengharamkannya. Atau dalam masalah telefon barangkali dapat kita lihat dalam bab mendengar percakapan wanita , satu bab yang ada dalam kitab fiqh. Bercakap dan mendengar percakapan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram/ajnabi, dengan satu hajat atau tujuan yang baik, adalah diharuskan di dalam Islam, selagimana ianya aman dari fitnah, tidak menimbulkan shahwat, dan tidak melalaikan dari mengingati Allah Ta'ala.

Di dalam Soheh Bukhari dan soheh muslim misalnya, terdapat hadis yang menerangkan bagaimana Rasulullah mengambil bye'ah dari para muslimah dengan percakapan. Ibnu Hajar dalam syarah Soheh Bukhari, kitab Fathul Bari menyimpulkan dari hadis ini bahawa, mendengar percakapan perempuan itu adalah harus, dan suara mereka bukanlah aurat. Imam Nawawi pula dalam syarah sahih muslim menyatakan: dalam hadis ini kita dapati bahawa percakapan wanita itu harus untuk kita mendengarnya dengan ada hajat atau tujuan, dan suara mereka bukanlah aurat. (rujuk Mufassal, Abd karim Zaidan, jilid 3, m/s 276/277)

Antara dalil lain yang mengharuskan percakapan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ialah Al-Qur'an memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi saw dari balik tabir. Allah berfirman: "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ..."(al-Ahzab: 53) Permintaan atau pertanyaan dari para sahabat itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin. Mereka memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadits-hadits bagi orang yang ingin mengambil hadits mereka. Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi saw. dihadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, "Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar." Di dalam Al-Quran juga kita dapat mengikuti kisah seorang wanita muda, putri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib alaihissalam) yang bercakap dengan Musa, sebagaimana dikisahkan dalam Al-Qur'an: "... Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ..." (al-Qashash: 25)
Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka: "... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya." (al-Qashash: 23)

Selanjutnya, Al-Qur'an juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih. Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Qur'an diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bias membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit." Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surat di atas: "Dan ucapkanlah perkataan yang baik". Melalui hujah ini, maka harus untuk seseorang bercakap melalui telefon, atau menghantar SMS, dengan hajat dan tujuan yang baik di sisi syara' seperti yang dibawakan dalam contoh-contoh di atas serta aman dari fitnah, syahwat dan tidak melalaikan kita dari mengingati Allah Ta'ala. Semua ini hanya dapat ditentukan oleh diri orang yang menelefon atau memberi sms itu sendiri, samaada percakapannya itu menimbulkan fitnah atau tidak, melalaikan atau
tidak, maka kalau dia berdusta pada dirinya sendiri dan orang lain,maka itu antara dia dan Allah Ta'ala.



Cinta sebagai satu fitrah
Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa an-nihayah",dan beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..". sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam rumahtangga mereka.

Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan, mahu menjadikannya sebagai serikandi hidup, maka dibenarkan dia melihat perempuan itu mengikut batas syara'. Terdapat hadis hadis dalam bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang bukan aurat), contohnya hadis riwayat Imam Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia hendak meminang seorang perempuan, lalu bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan lagi kasih sayang antara kamu berdua nanti.. "Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu mereka barulah mereka bercinta sebagai suami isteri.

Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara'yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi,CAHAYA AZIMAT MENUJU FIRDAUSI.Wallahua'lam.

Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk siapa..
Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada siapa..
Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia kan pergi .


p/s: Ingatlah "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"

Wednesday, August 6, 2008

HATI YANG SAKIT

SOALAN

Soalan ini telah diringkaskan oleh pihakAl-Manahil kerana soalan ini bersifat peribadi dan terlalu panjang. Soalan adalah seperti berikut :

1. Bagaimana ingin membantu arwah ayah di Alam Barzakh?.
2. Bagaimana nak hilangkan penyakit Ujub dalam diri?
3. Adakah kurangnya daya ingatan disebabkan oleh banyak berbuat dosa dan ibadat tidak diterima Allah?
4. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan perasaan menyalahkan takdir?
5. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan perasaan rendah diri yang tidak sepatutnya didalam diri saya kesan dari keluarga saya yang selalu memandang rendah kepada saya.

HAMBA ALLAH YANG SEDIH

JAWAPAN

Walaikumussalam

Ukhti fillah,
Dua nikmat yang amat besar nilainya jika hemdak dibandingkan dengan nikmat-nikmat lain iaitu nikmat Iman dan Islam. Nikmat ini hanya dikurniakan kepada mereka yang dikehendaki oleh Allah .Bersyukurlah sekiranya kita diberi nikmat tersebut.

Ukhti fillah,
Mengenai persoalan yang ditimbulkan , saya yang kerdil ini sekadar memberi pendapat . Mungkin ianya boleh diterima pakai dan mungkin juga sebaliknya . Jadi lihatlah apa yang dipercakapkan tetapi jangan lah lihat siapa yang bercakap , mungkin kerana orang yang bercakap itu tidak seperti yang diagakkan.

Ukhti fillah,
Persoalan yang pertama:-

Didalam sepotong hadis Rasulullah bersabda:

Maksudnya: apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah yang jariah (kearah kebaikan) , ilmu yang bermenafaat serta doa dari anak yang soleh untuknya.Dalam hadis (Qudsi) yang lain pula Nabi bersabda: "Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana kamu memohon keampunan daripada ku dan sentiasa menaruh harap padaku –agar diampunkan dosa- nescaya aku akan ampunkan segala dosa kamu tanpa aku mempedulikan betapa banyaknya kesalahan tersebut, Wahai anak Adam! Sekiranya sampai dosa yang kamu lakukan itu setinggi lagit dan kemudian kamu memohon keampuna daripada ku nescaya aku akan ampunkan. Wahai anak Adam! Sekiranya kamu datang kepadaku –pada hari akhirat- dengan dosa sebesr bumi dan kemudian kamu berjumpa dengan keadaan kamu tidak menyukutukan akau dengan sesuatu pun ,nescaya aku akan datang kepada kamu dengan sebesar bumi keampunan" (riwayat Tarmizi)

Didalam hadis pertama dengan jelas kepada kita bahawa setiap doa dan amalan yang dikerjakan oleh seorang anak si mati akan sampai kepadanya.Manakala alamat Qabul setiap amalan itu tidak dapat diketahui oleh sesiapapun , namun yang penting ialah iklaskan amalan tersebut ,Insyaalllah ianya diterima oleh Allah.

Mengenai persoalan mimpi : mimpi bukanlah boleh dijadikan bukti kepada penerimaan sesuatu amalan.

Manakala dalam hadis yang kedua pula jelas keampunan Allah amat luas selagimana seorang hamba itu tidak menyekutu-Nya.

Ukhti Fillah,

1 ) Persoalan yang kedua:

-Pertama sekali bersyukurlah diatas perubahan tersebut dan teruskan amalan sunat tersebut kerana dengan amalan sunat sedemikian akan menyebabkan seseorang itu amat dekat dengan Allah .Ingatlah sabda Rasulallah (Hadis Qudsi):Allah berfirman :"&ldots;. Dan ketika mana masih seorang hamba itu mendekatkan dirinya kepadaku dengan amalan sunat sehingga aku menyayanginya&ldots;." .(riwayat bukhari) Dalam hadis ini sekali lagi jelas menunjukkan inayah /naungan Allah kepada mereka yang mendekatkan diri kepada-Nya.

-Kedua, sifat ujub adalah satu sifat yang dikeji . Namun begitu perlulah diingat perbezaan ujub dengan sifat Izzah yang perlu ada pada setiap muslim . Sifat ujub ialah dia merasa sombong , tidak mahu berkawan dengan mereka yang kurang daripadanya dan merasa dirinya adalah yang paling baik , manakala sifat Izzah pula ialah perasaan bertuah kerana diberi nikmat Iman dan Islam dan diberi petunjuk kejalan yang benar . Dimasa yang sama sisana masih ramai lagi yang memerlukan hidayat tersebut . Perbanyakkanlah bersyukur sekiranyan merasa Izzah dengan Islam.

-Ketiga, Teruskan berdoa dan beristighfar . Cuba amalkan doa ini :

-Mengenai ujub itu juga . cuba gantukan dengan kata "Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi hidayat daripada-Nya dimasa orang lain memerlukan" dan juga sentiasa berdoa untuk orang lain agar mereka juga mendapat nikmat/hidayah ini . Insya-Allah lama kelamaan ia akan hilang ,disamping itu tingkat keikhlasan.

-Perlu diingat bahawa ajaran Islam apabila diamalkan dengan sebenar-benarnya akan menjadikan seseorang itu berakhlak mulia dan dihormati oleh orang lain . Ini adalah kesan yang zahir . Buktinya lihatlah kepada sirah Rasulallah sendiri. Jadi apa yang dialami oleh Saudari merupakan satu rahmat yang perlu disyukuri.

-Mengenai kata pujian terhadap diri sendiri. Cuba bandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih baik pegangannya dengan Islam seperti alim ulama seperti mana kata hikmat (kemungkinan hadis tetapi tak sempat dipastikan ) : "Dalam soal Agama lihatlah mereka yang lebih baik kerana ini akan membawa kita kepada memperbanyakkan amalan" .

Elakkan dari membandingkan diri dengan mereka yang kurang pegangannya kerana akan menyebabkan perasaan bangga diri dan akan memalaskan kita daripada beribadat kepada-Nya.

- Beristiqamahlah dalam berbuat ibadah. Insya-Allah dengan istiqamah akan terhilang sifat Ujub yang dirasai kerana ia-ibadat tersebut – seolah-olah menjadi darah daging kita sendiri.Suruhan beristiqamah ini adalah suruhan daripada Nabi sendiri (ketika ditanya oleh seorang sahabat dengan katanya ":Wahai Rasullallah katakan pada aku satu perkataan yang mana aku tidak akan bertanya seseorang selain engkau .Maka Nabi pun bersabda : Katakan aku beriman dengan Allah dan beristiqamahlah "(riwayat muslim dalam kitab Iman)

Ukhti Fillah,

Persoalan yang ketiga:-

Bagi mengatasi masalah kemerosotan yang saudari hadapi – pada pendapat saya- adalah seperti berikut:=

- Tingkatkan usaha disamping perbanyakkan doa dan bertawakkal.

- Cuba pastikan masalah sebenar yang saudari hadapi dan cuba selesaikan dengan sebaiknya . Jangan campuradukkan masalah-masalah tersebut terutama ketika hampir/dalam peperiksaan.

- Titikberatkan juga masalah kesihatan . Ini kerana mungkin masaalah kesihatan munjadi faktor utama keadaan ini berlaku.

- Cuba elakkan dari melakukan kemaksiatan kepada Allah serta cepat-cepat pohon keampunan dari-Nya sekiranya berlaku maksiat tanpa disedari atau disengajakan.Ini kerana Imam Shafie pernah berkata dalam Bait Syairnya yang bermaksud:-

"Aku mengadu kepada Waqi’ tentang buruknya hafalanku,

Maka dia mengarahkan aku meniggalkan maksiat,

Disamping itu dia berkata ,Ilmu itu adalah cahaya,

Dan cahaya Allah tak akan datang kepada orang yang berbuat maksiat"

- Ingatlah kata hikmat (kemungkinan hadis- maaf tak sempat hendak dipastikan) :-

" Lihatlah orang yang lebih rendah dan teruk daripada kamu nescaya ia akn menjadikan kamu seorang yang bersyukur"

- Mengenai kemungkinan berbuat dosa pula , ianya tidak ada kaitan dengan kemerosotan yang saudari hadapi namun begitu jika saudari menyedari ianya berlaku ,pohonlah kemaafan .Akan tetapi jika ianya tidak berlaku atau tidak dipastikan ,kosongkan fikiran saudari dari mencari-cari kesilapan diri yang tidak dipastikan berlaku . Allah berfirman yang maksudnya ;" Allah tidak mengtaklifkan(memberati) seseorang melainkan sekadar kemampuannya"(surah Al-Baqarah –ayat 286)

- Cuba amalkan satu amalan yang pernah dibuat oleh seorang sahabat Rasullallah ketika hendak tidur dia berkata " Ya Allah, sekiranya aku dianiaya oleh seseorang maka aku maafkannya, dan sekiranya aku menganiaya seseorang –yang tidak disedari atau diketahui- maka ampunlah aku"

- Tentang penerimaan amalan yang dilakukan bukanlah tugas kita . Yang penting bagi kita ialah lakukan perintah yang disuruh oleh Allah dengan sebaik-baiknya dan penuh keikhlasan . Sesungguhnya Allah maha mengasihi hambanya . Didalam hadis Qudsi Allah berfirman yang maksudnya " Aku sentiasa bersama apa yang diharapkan oleh hambaku" maka berharaplah sesuatu yang baik semoga ianya ditunaikan oleh Allah.

Ukhti Fillah,

Persoalan yang keempat;_

Masalah sifat redha mestilah diushakan agar ianya wujud dalam diri kita . ini kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan keimanan kepada Qada’ dan Qadar. Walaubagaimanapun kemungkinan ianya mengambil masa . Namun cuba usahakan agar setiap hari setiap ketika sifat redha didalam diri bertambah .

Disamping itu banyakkan bersabar dalam ujian yang mendatang . Ini kerana kadangkala ujian Allah itu berbentuk bala –pada tanggapan hamba tetapi pada hakikatnya tidak – bagi menguji setinggi mana keimanan seseorang itu. Ingatlah setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya ,mungkinkita menyedari dan mungkin juga tidak . Akan tetapi yakinlah baha wa ianya membawa hikmat tersurat.

Oleh itu perbanyakkan bersabar kerana sabar ini terlalu besar hikmahnya . Insyaallah dengan sabar lama kelamaan akan wujud sifat redhatawakkal dan tawadhuk.

Suruhan ini terlaku banyak terdapat didalam hadis Rasulallah antaranya:-

" sebaik- baik sabar adalah ketika mula-mula dia terkena ujian daripada Allah"

Dalam Hadis yang lain pula " Suatu yang pelik dengan orang yang beriman , apabila mereka ini diberi rahmat mereka bersyukur, manakala apabila mereka ditimpa bala/ujian mereka bersabar’

Dalam hadis yang lain seorang sahabat meminta daripada Rasullallah suatu nasihat , Rasullullah berkata " Jangan kamu marah " . sahabat ini mengulang lagi pertanyaan ini maka Rasullallah menjawab jawapan yang sama (riwayat Imam Bukhari dalam kitab al-adab). Hadis ini antara lain mengajak kita bersabar.

Ingatlah ! kebahgian yang hakiki adalah diakhirat . Oleh itu usahlah dikesali sedikit nikmat yang diuji oleh Allah buat sementara waktu asalkan ketakwaan kepadaNya tidak diabaikan . Insya-Allah nikmat tersebut mungkin diperolehi semula didunuia ini, jika Allah menghendaki demikian . Siapa ynag lebih berkuasa daripadaNya?

Ukhti Fillah,

Persoalan yang kelima:-

Didalam Al-Quran Allah berfirman yang maksudnya :" sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah mereka yang bertaqwa"( surah Al-Hujarat –ayat 13)

Dalam hadis pula Rasulllah menegaskan :’" Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu akan tetapi Allah melihat hati-hati kamu dan amal perbuatan kamu"

Usah pedulikan kata orang lain kerana pepatah arab ada menyatakan " Keredhaan manusia suatu matlamt yang tak mungkin dapat diperolehi "

Cuba lihat dan bandingkan nikmat lain yang kita perolehi, ianya terlalu banyak jika hendak dibandingkan dengan sedikit ujian tersebut –yakni kekurangan yang saudari ceritakan- . Tidak ada manusia yang sempurna . Usahlah dibanggakan dengan kelebihan yang dikecapi,tetapi masih terdapat disana kekurangan yang cuba ditutupi.

Perbanyakkan menyerah diri kepada Allah kerana dia yang menentukan segalanya . Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang hamba pun kecuali mereka itu sendiri yang lalai lalu menzalimi diri mereka sendiri.

Segala nikmat –seperti kecantikan dan sebagainya – akan diperolehi di akhirat esok didalam syurga sekiranya dia benar-benar mentaati Allah . Adakah kita memilih sesuatu yang hanya bersifat sementara yang tidak kekal –kemungkinan didunia ini lagi- atau memilih sesuatu yang kekal yang dirasai selama-lamanya?

Akhirnya,

Ana/saya memohon jutaan kemaafan andaikata jawapan yang diberikan ini kurang memuaskan hati saudari. Dan sekali lagi kemaafan jika ianya lewat dari yang sepatutnya . Ini kerana kami terlalu sibuk disebabkan beberapa tanggungjawab yang terpaksa kami tunaikan .

Sunday, August 3, 2008

salam perjuangan kepada semua sahabat

alhamdulillah kita masih dikuatkan roh dan dipinjamkan nyawa yang sungguh berharga ni oleh Allah untuk terus mencari mutiara2 ilmu dan bekalan kita sebelum kapal layar menjemput kita ke negeri seterusnya. Hidup kita ibarat seperti sedang berada di atas bahtera yang mana kita di tinggalkan sementara di sebuah pulau untuk mencari sebanyak mungkin bekalan sebelum bahtera itu datang kembali menjemput kita ke negeri seterusnya yakni akhirat.. Sedarlah bahawa kita sekarang berada di pulau itu yakni dunia..masing2 sibuk mencari makanan,harta benda dan bekalan lain untuk dibawa..semoga kita semua mendapat bekalan yg secukupnya nanti..

Hakikat org baru..itulah title yg diberi..Semua org ada pengalaman menjadi org baru mahupun menerima org baru dalam kehidupan. Menjadi org baru kadang2 perlu kepada kesabaran yang tinggi.

Apa cabaran2 menjadi org baru?

1)Di tempat belajar

2)Di tempat kerja

3)Di kampung

4)Keluarga baru

If there’re any experiences, just leave the comments

Friday, July 18, 2008

Selamat Berjuang sahabatku

Malam siang berlalu Gerhana kesayuan

Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu Tiada berhenti

Oh syahdunya..

Sejenak ku terkenang

Hakikat PERJUANGAN

Penuh onak dan cabaran

Bersama teman-teman

Harungi kehidupan

Oh indahnya..

Berat rasanya di dalam jiwa

Untuk melangkah meninggalkan semuanya

Kasih dan cinta yang terbina

Ia akan selamanya..

SELAMAT BERJUANG SAHABATKU

Semoga Allah berkatimu

Kenangan indah bersamamu

Takkan ku biar ia berlalu

Berjuanglah hingga ke akhirnya

Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan

Sengsara di dalam PERJUANGAN

Jiwaku merana dan meronta

Mengharapkan kedamaian dan ketenangan

Tetapi ku akur pada hakikat

Suka dan duka dalam PERJUANGAN

Perlu ketabahan dan kekuatan

Keteguhan hati berlandaskan iman.

Wednesday, July 16, 2008

SURATKU KEPADA HAWA


Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam ,kita dizalimi , hak kita dicerobohi , kita ditanam hidup-hidup , tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya ,kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia , sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu ,kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan , alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,

Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya

ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Friday, July 11, 2008

sumber inspirasi

Sesungguhnya segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara sekelian alam. Kita memuji Dia,
meminta pertolongan kepadaNya, memohon ampun kepadaNya, dan kita meminta perlindungan
kepada Allah s.w.t. dari segenap kejahatan diri kita dan dari segala keburukan usaha kita.
Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah s.w.t. maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya, dan
barangsiapa yang disesatkan oleh Allah s.w.t., maka tidak siapapun dapat memberi hidayah
kepadanya. Aku mengaku bahawasanya Muhammad (s.a.w) itu hambaNya dan pesuruhNya.
Sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah firman Allah s.w.t. dan sebaik-sebaik hidayah ialah
hidayah Muhammad s.a.w.. Sejahat-jahat perkara ialah perkara yang direka-reka di dalam agama
dan setiap rekaan adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah adalah kesesatan dan tiap-tiap kesesatan
tempatnya di dalam neraka.
Aku tidak dapat menghitung pujian kepada Engkau Ya Allah. Engkau sebagaimana pujianMu
kepada diriMu, perkasalah perlindunganMu, besarlah PujianMu, dan tidak ada Tuhan kecuali
Engkau. Wahai yang telah memberi nikmat Islam kepada aku dan itulah sebaik-baik nikmat. Engkau
memberi kurnia kepadaku tatkala aku masih muda hingga dapat mengenali Jamaah Ikhwanul
Muslimin. Lantas aku menyertainya dan berjalan di atas jalan dakwah. Engkau memberi nikmat
kepadaku untuk merasai kehidupan sezaman dengan pengasas al Ikhwan al Muslimin al Imam as
Syahid Hassan al Banna (r.a). Walaupun di dalam jangka masa hanya lebih kurang sepuluh tahun
sebelum beliau menemui Allah s.w.t. sebagai syahid, namun aku telah mendapat faedah yang
banyak daripadanya. Engkau telah memberi nikmat kepadaku dan memuliakan aku dengan
bekerjasama dengan angkatan Islam tatkala mereka terdedah kepada gangguan, bencana dan ujian.
Engkau mengurniakan kepadaku kesabaran dan ketahanan dan Engkau menolong aku meneruskan
perjalanan ini di atas jalan dakwah tanpa penyelewengan dan pertukaran. Semuanya itu adalah
limpah kurnia, kemuliaan dan rahmat daripadaMu. Aku memohon tambahan lagi kepada Engkau
daripada yang demikian supaya Engkau menyempurnakan nikmatMu kepadaku dan kepada
saudara-saudara aku di atas jalan dakwah dengan Husnul Khatimah (kesudahan yang baik), supaya
Engkau mengurniakan syahid di jalanMu dan memasukkan kami di dalam Jannatul Firdaus yang
tertinggi, bersama-sama dengan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dari
kalangan para nabi-nabi, siddiqin, para syuhada' dan salihin. Merekalah sebaik-baik kawan.
Sesungguhnya musuh-musuh Allah s.w.t. telah membuat konspirasi terhadap dakwah ini. Mereka
bersatu membuat pakatan untuk membinasakan generasi-generasi yang baru muncul. Mereka
menangkap, memenjara, menyiksa dan membunuh para pendukung dakwah. Musuh-musuh Allah
s.w.t. ini juga merampas semua buku-buku, majalah dan risalah yang berkaitan dengan jamaah ini.
Mereka lemparkan pelbagai tuduhan palsu terhadap jamaah ini dengan tujuan memutuskan
hubungan antara generasi-generasi muda dengan gerakan Islam. Biar generasi baru itu menjadi sesat
dan hilang pedoman di tengah-tengah kemelut arus dengan pelbagai ideologi duniawi lantas tidak
mengenali jalan kepada Allah s.w.t.. Di satu sudut lain pula, mereka bercita-cita untuk
mengeringkan sumber-sumber bekalan bagi gerakan Islam. Meraka mahu supaya gerakan Islam ini
ketandusan anggota-anggota baru dan darah baru yang diperlukan untuk meneruskan
perjuangannya. Mereka sangka dengan berlalunya generasi kami ini akan terhentilah harakah Islam
bersamanya. Tidak dapat diperbaharui lagi dan diteruskan perjuangannya kerana jauhnya para
pemuda daripadanya dan kerana kejahilan mereka tentang gerakan Islam yang lalu. Mereka
membuat tipu daya dan Allah s.w.t. membalas tipu daya mereka dan Allah s.w.t. adalah sebaik-baik
pembalas tipu daya itu.
Jalan Dakwah______________________________________________________________________________
5
Sesungguh Allah s.w.t. telah menghancurkan putar belit dan tipu daya mereka. Mereka tidak
berjaya menghalang cahaya Allah s.w.t. dari sampai kepada generasi hari ini lalu menyinari dan
memandu mereka ke jalan dakwah. Para pemuda Islam berlumba-lumba mengadap dakwah Islam
dengan penuh kesedaran, sikap yang benar dan ikhlas disertai dengan langkah-langkah yang tetap
dan tegas di dalam jalan dakwah. Mereka tidak gentar dan tidak lari dengan apa yang telah
didengar, dibaca atau dilihat oleh mereka tentang gangguan dan penindasan yang menimpa
saudara-saudara mereka yang lalu di jalan dakwah sebelum mereka. Para pendukung dakwah
sebelum mereka telah diganggu dan disakiti di jalan dakwah. Allah s.w.t. mengurniakan kesabaran
kepada mereka, memberi, ketahanan dan ketetapan kepada mereka dan mengambil dari mereka
beberapa banyak syuhada'. Tetapi mereka tetap tidak berlembut (berkompromi) menghadapi
musuh-musuh Allah s.w.t., tidak leka, tidak berubah dan menukar arah.
Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar
menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita
wajib mengemukakan pengalaman-pemgalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah
sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan
generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan,
kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah
salafussoleh r.a.
Bertitik tolak dari kesedaran tanggungjawab terhadap para pemuda Islam ini, saya pun mula
menulis rencana-rencana mengenai Fiqh ad-Dakwah. Ini merupakan rencana yang pertama
diterbitkan dalam Majalah Ad-Dakwah, Bilangan (7) yang terbit pada awal Muharram tahun 1397
Hijriah, bersamaan dengan Disember 1976. Rencana terakhir terbit di muka 21 dalam bilangan (29)
yang terbit pada awal Zulkaedah tahun 1393 Hijriah bersamaan dengan Oktober 1978. Sewaktu saya
menulis rencana-rencana ini, saya sering menemui para pemuda Islam supaya saya dapat
mendengar dari mereka dan mereka dapat mendengar dari saya. Supaya saya dapat mengetahui apa
yang berlegar di fikiran mereka yang penuh dengan pelbagai idea dan konsep serta gambaran
terhadap amal (usaha) dan harakah. Kemudian saya mengambilnya untuk dibersihkan (tazkiyah)
atau diperbetulkan berpandukan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang penglibatan saya
di dalam dakwah. Saya tidak berani mengaku yang saya terpelihara dari kesalahan, tetapi saya
sentiasa mengadap kepada Allah s.w.t. ketika menulis rencana ini supaya Dia memberi hidayah
menepati apa yang benar dan menjauhkan saya dari kegelinciran dan menjadikan kerja ini ikhlas
kerana Allah s.w.t. semata-mata.
Semasa saya menulis mukadimah ini, saya telah selesai menulis rangkaian yang terakhir untuk
diterbitkan semuanya di dalam sebuah buku bagi memenuhi harapan kebanyakan pembaca. Saya
memohon kepada Allah s.w.t. supaya buku ini berfaedah kepada para pemuda Islam di serata
tempat. Saya memohon kepada Allah s.w.t. supaya mengampuni segala kesalahan dan kekurangan
yang ada di dalam buku ini dan memberi ganjaran baik kepada saya kerana taufikNya kepada saya
dalam melakukan usaha baik ini.
Di dalam usaha ini, saya lebih suka jika buku ini lahir menurut bentuk asalnya seperti di dalam
majalah Ad Dakwah dengan dengan sedikit saringan. Semoga dengan cara itu ia dapat
mengingatkan kita dengan masa dan suasana saya menulisnya ketika itu.
Akhir sekali saya berharap supaya para pembaca tidak melupakan saya apabila mereka berdoa
kepada Allah s.w.t. semoga ia memberi faedah kepada saya di dunia dan akhirat. Semoga Allah
s.w.t. mengumpulkan kita bersama mereka semuanya di atas jalan dakwah di dalam Jannatul Na'im
dan mengurniakan syahadah (syahid) pada jalanNya. Wahai Tuhanku terimalah. Amin.
kata-kata muqaddimah dari Mustafa Masyhur untuk bukunya yg bertajuk dakwah fardiyah.

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''