Thursday, August 2, 2012

Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)

assalamualaikum...

lama sudah tidak mencoret di ruangan ini...
oh oh owh..berhabuk sudah

Ameen Ya Rabbal 'Alamin ..Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar ...atas segala kurniaan Allah..Yang Maha Agung dan Maha Besar lagi Maha Mengasihani..memberikan nikmat hidup dan ISLAM pada diri kita semua...


Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama

berkisar akan hasad dengki dan iri hati

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w bersabda: ''Tiga macam sifat yang tidak selamat daripadanya seorang pun iaitu:

1) hasad dengki
2) buruk sangka
3) takut sial kerana sesuatu

lalu ditanya: 'Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu? Jawab Nabi Muhammad s.a.w:

''Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur) ''Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya..demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati teruskan hajatmu jangan mundur''


Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:
·         Risau hati yang tak putus-putus
·         Bala yang tidak berpahala
·         Tercela yang tidak baik
·         Dimurka Allah s.w.t.
·         Tertutup padanya pintu taufiq

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t.itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

Alhasan Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang akan masuk keneraka?"
Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:
·         Orang yang makan haram
·         Orang yang  suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)
·         Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin

Dan janganlah kita tergolong dalam golongan seperti ini..nauzubillah

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t.dengan lima hal iaitu:
·         Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain
·         Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"
·         Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
·         Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya
·         Dia membantu kepada iblis laknatullah






Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''