Tuesday, January 6, 2009

TAKBIR!!ALLAHUKBAR

ASSALAMUALAIKUM wrt.wbt

Segala sembah dan salam ke hadrat Allah S.W.T yang Maha Agung dan Maha Mengetahui. Allah Maha Mengetahui tatkala hamba-hambaNya, para mujahideen yang sedang berjuang di tanah Palestin itu mengharapkan kemenangan yang pasti..KEMENANGAN ISLAM ITU PASTI…TAKBIR!
Segala kudrat dicurahkan semata-mata untuk menegakkan Islam dimuka Bumi Allah dan seterusnya keredhaan Allah itu dicapai buat bekalan bertemu denganNya di hari perhitungan kelak..Salam Juang buat rakyat palestin khasnya dan umumnya kepada pejuang-pejuang agama Allah di seluruh dunia yang masih istiqamah dalam jalan Rasulullah ini…
Bersyukur kita di saat ini negara Malaysia tidak diuji oleh Allah dengan bentuk peperangan yang zahir dimata,bom,senjata api,letupan,mayat di sana sini dan sebagainya..tetapi waspadalah dan ingatlah, Malaysia pada hari ini sedang diserang dalam segala bentuk peperangan mental secara halus..nasionalisme? liberisme?dan macam2 ism lain lagi..
Di kesempatan yang telah diberikan oleh Allah untuk sama2 berkumpul bagi mengutuk dan memprotes Israel laknatullah menyerang Palestin di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat,ada sesuatu yang ingin dikongsi..saya terdengar sekumpulan manusia yang sedang berbincang sama ada mahu menyertai atau tidak demo tersebut..setelah beberapa seketika,saya mengetahui bahawa mereka merupakan pekerja2 yang bertugas di Tabung Haji berdekatan tempat kami berkumpul. Saya terdengar seorang daripada mereka berkata, ‘‘Teringin jugak nak ikut sama2 berdemo, tapi tak pelah..lagipun ni bukan isu negara kita, tak semangat sangat..’’

Terkejut mendengarkan ayat itu tatkala is keluar dari bibir orang yang bergelar Islam. Di mana nilai sensitivity umat Islam..tidak merasakan isu Palestin sebagai critical issue yang perlu dibincang dalam konteks agama, bukan melihat dan memandang isu ini sebagai isu sesebuah negara..Tahniah kepada kerajaan yang berjaya menerapkan ‘semangat nasionalisme ‘ kepada rakyat sehinggakan tidak dapat membezakan isu agama dan negara..

kaum muslimin seluruh dunia bangkit menyatakan perasaan benci pada Israel..
Bagaimanakah keadaan kaum muslimin di negaraku? Adakah mereka sedang mendoakan umat Islam di Gaza dan seluruh Palestin? Sekurang-kurangnya adakah mereka mengambil tahu tentang serangan terbaru ini?..Ya Allah! Ampunkanlah kelemahan kami, berikanlah kesedaran kepada kami dan bangkitkanlah orang-orang yang akan berjihad dari kalangan kami. Amin.Ayuhal muslimin...

Ayuh..kita ubah…kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah..Sabda Nabi Muhammad S.A.W.‘Barangsiapa di kalangan umatku yang mana zaman umatku yang lain dalam kerosakan dan kebinasaan, mereka terus kuat dan teguh untuk memelihara dan mengikut sunnahku, maka di akhirat kelak syurga menanti untuknya’’

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''