Tuesday, June 17, 2008

Tempuhi rintangan dengan yakin

Hidup tidak seindah yang kita impikan. Walau banyak manapun yang kita usahakan, mustahil segalanya menjadi kenyataan. Semakin kuat iman seseorang, semakin banyak ujian. Jadi, bersedialah kamu mengharungi desiran ombak yang mengganas. Dapatkah kamu merasai hati yang bengkak dan dicucuk dengan paku berbara? Begitulah hati seorang muslim, penuh dugaan. Tapi, segala keperitan itu dapat diatasi seandainya kita mendapat Cinta Abadi daripadaNya.Walau sengasara manapun hidup kita, namun jauh disudut hati kita, kan terasa kebahagiaan yang cukup bermakna..

‘‘Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Allah menyayangimu, bila Allah lambat makbulkan doamu,maka Allah ingin mengujimu, bila Allah tidak makbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan…Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya,bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah tahu mengira setiap titisan air matamu, bila dirimu terlanjur melakukan dosa, Allah sentiasa menunggu taubatmu..bila kamu mencuba segalanya tetapi tidak berhasil, Allah kumpulkan segalanya untuk satu saat yang tidak di duga..’’ Ungkapan seperti ini mungkin pernah kita terima daripada sahabat-sahabat sebelum ini ataupun terlintas dalam pemikiran kita tatkala mengalami kegagalan dan kesusahan dalam hidup.

Kegagalan adalah suatu yang memeritkan. Namun, sebaliknya adalah kehidupan bermakna bagi sesiapa yang ingin mengambil iktibar. Kadang-kadang, kekuatan itu HADIR jika diri kita diuji oleh Allah dengan dugaan yang cukup HEBAT..Apatah lagi kita ini hanya sekadar hambaNya yang lemah lagi hina.

Orang yang gagal dalam peperiksaan atau mendapat markah yang rendah dalam kelas cenderung untuk berasa rendah diri kepada rakan sekelas yang lain dan tidak bersemangat untuk meneruskan hari-hari yang mendatang…

Di peringkat ‘tertiary education’ sekalipun, perkara seperti ini tidak dapat dielakkan. Saya ada seorang kawan yang satu kelas masa semester 1 dulu..masih teringat saya pada kata-katanya. Masa tu, kitorang baru je dapat markah mid sem exam for chemistry 1. Ramai dapat A dan ada juga yang sedih bila tak termasuk dalam golongan itu. Memang dalam hati akan ada rasa tak puas hati dan risau. Saya terdengar kawan saya ni menenangkan sahabat yang lain,‘‘Ingat, whatever kita dapat brp markah pun for exam ni, yang penting diri kita akan berasa DEKAT DENGAN ALLAH. Jangan susah hati, cuba lagi final sem ni..’’

Oleh itu, berjuanglah menempuh kemelut dan cabaran serta sabar dengan kegagalan agar kita memperoleh dua kebaikan dari kedua-dua sudut dari kehidupan ini dan kejayaan sebenar hanyalah pada HARI PERTEMUAN DENGAN ALLAH Ya RABBUL ‘IZZATI…

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan rahmat yang turun dari sisiMu yang dengannya Engkau memberi hidayah ke dalam hatiku, dan dengannya Engkau himpunkan yang bercerai-cerai daripada segala urusanku, dan dengannya Engkau kumpulkan yang bercabang-cabang daripada segala pemikiranku, dan dengannya Engkau pulangkan segala yang menjinakkan hatiku, dan dengannya Engkau perbaikkanlah agamaku, dan dengannya Engkau peliharalah aku sepertimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yang soleh dan suci hatinya dan dengannya Engkau terima syahadahku, dan apa jua kebaikan yang lemah fikiranku daripada mencapainya dan kurang daripadanya amalanku dan tidak sampai kepadanya niatku dan cita-citaku sama ada daripada kebaikan yang pernah Engkau janjikan untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja daripada hambaMu atau daripada kebaikan yang telah Engkau kurnikan kepada sesiapa sahaja daripada hambaMu, tetapi sebenarnya Ya Allah…Aku sangat berharap supaya Engkau mengurniakan kebaikan seperti itu kepadaku dan aku sangat memohonnya bagi diriku wahai Tuhan sekalian alam..

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''