
Nasihat untuk diri ini......
Baikilah adab dengan Allah dan Rasul..
Suluhlah murabbi dalam jiwamu....
Belajarlah seni cinta dan asyik pada zat yang azali..
Dampingilah murabbi yang haq..
Pautkanlah hatimu pada jalan Rasulullah..
Namun..nasihat itu masih hijab..
Kalau jiwa masih dibimbangi nafsu..
Belajarlah ilmu ketahanan dan aqidah yang haq..
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA..
SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN..
Pada malam itu, tepat pukul 10.30 malam, Hanum baru sahaja pulang ke compartmentnya seusai menghadiri sebuah perjumpaan dengan beberapa orang senior dan sahabat yang sama bidang pengajiannya untuk sedikit perkongsian pengalaman dan masalah.. Sebelum itu, hati Hanum terasa berat untuk melangkah pergi ke tempat meeting namun dikuatkan jua kaki untuk melangkah bertemu sahabt2 nya yang sudah sedia menanti dengan beberapa miss call sudah tertera di skrin handphonenya..memang tidak dapat dinafikan, bebrapa minggu ini, Hanum seperti tidak dapat mencari apa itu erti pengorbanan dan keihklasan dalam membuat sesuatu kerja..ada sahaja lintasan yang tidak baik hinggap ke dalam hatinya..hatinya sedang 'sakit', dia mengerti... Sampai sahaja ke bilik, hati terdetik untuk membuat sedikit persediaan sebelum masuk ke kelas pada keesokan harinya dan mengulang kaji pelajaran sebelum ini..bidang kritikal yang diambil oleh Hanum memerlukan komitmen yang tinggi dalam bacaan dan ulang kaji..timbul suatu perasaan di hatinya untuk tidak menerima pelawaan atau ajakan untuk berboal kosong hatta sebarang kerja pada malam itu..Langsir biliknya ditutup memberi signal pada roommate untuk tidak mahu diganggu..Tiba-tiba, handphonenya berdering lagi..satu msg diterima daripada Ika..'bleh tak kita jumpe di cafe, nak bincang something important' Muka Hanum terus berubah dan dia membalas msg tersebut dan menolak pelawaan sahabatnya dengan alasan tidak larat dan meminta maaf.. Jauh di sudut hati sahabatnya itu, bagaikan terhiris pisau tajamnya ayat yang diterima daripada Hanum, shabat karibnya..di kala dia berasa keseorangan dan ingin berbincang dengan seorang rakan baiknya, pelawaan itu ditolak mentah-mentah dan merasakan dirinya tidak penting..Namun, perasaan itu ditolak ke tepi dan cuba bersangka baik kepada sahabatnya, Hanum..Dia terus mengorak langkah dan berjalan kaki menuju ke kolej tempat tinggal Hanum.. Apabila Ika sampai di kolej Hanum, dia meminta jasa baik Hanum untuk turun berjumpa dengannya..Hanum bertanya lagi,' Lama ke? Sekejap je boleh?'Ika menjawab,'InsyaAllah, sekejap je, tak lama'Dengan langkahan malas, Hanum turun dari tingkat tiga compartmentnya ke ground floor..sahabatnya Ika setia menunggu di situ..Wajah Hanum masam dan dia bisu seribu kata..Dia seperti tidak dapat berdepan dengan Ika dan menundukkan mukanya ketika Ika bersuara memulakan bicara.. 'Hanum..kenapa dengan kau..aku nak terus terang ngan kau, sebelum tu aku mintak maaf andai kata2 aku mengguris hatimu..seriously, aku terasa hati dengan kau sebaik sahaja aku baca msg yang kau send kat aku..ni keje kita bersama..dalam satu unit gerak kerja..sama2 senang sama2 susah..kau ingat kau sahaja yang kena study? busy?tak larat? aku pun sama Num...kita sama2 student, kau harap aku faham keadaan kau,, aku pun berharap benda yang sama dari kau Hanum..kenapa dengan kau..kau ada masalah ke..pandang la aku Num...
Air mata Hanum tidak tertahan lagi kerana dia sedar saat ini dia telah melukakan hati sahabat karibnya yang dia anggap seperti adik-beradiknya sendiri...Hanum dengan perlahan bersuara..'Ya..aku teruk Ika, aku pentingkan diri..aku ego, aku guris perasaanmu..aku mintak maaf..aku memang harap kau faham kedudukan aku yang sekarang ni sangt tension dengan assignment yang bertimbun dan study yang banyak aku tak dapat catch up..ya..aku lupa yang kau pun mungkin dalam situasi sama dengan aku..aku pentingkan diri!'Hanum mengangkat mukanya dan air mata laju turun membasahi pipi...kesal atas perbuatannya kepada Ika..'Hanum, kalu kau ada masalah, kau kongsila..aku sedia mendengar..', kata Ika'Ika..aku rasa tak dapat adapt dengan susana baru di sini..tempat pengajian baru kita ni..aku rasa kosong..aku rasa semangat aku dulu hilang..kata2 pembakar jiwa tak de..''Hanum,inilah ujian perasaan..Allah akan uji hambaNya untuk lihat setakat mana pergantungan kita pada Allah..apa yang kau rasa sekarang ni normal...semasa di matrkulasi dulu, aku diuji dengan pelbagai ujian..kau pun tahu kan? disebabkan ujian2 itu, aku aku rasa makin tabah nak hadapi hidup ni..kau peganglah ayat ni Num..dalam surah al-Baqarah ayat 214,maksudnya berbunyi..

ATAUKAH KAMU MENGIRA BAHAWA KAMU AKAN MASUK SYURGA,
PADAHAL BELUM DATANG KEPADA KAMU CUBAAN ATAU UJIAN
SEPERTI YANG DIALAMI OLEH ORANG2 TERDAHULU SEBELUM KAMU.
MEREKA DITIMPA KEMELARATAN, PENDERITAAN DAN DIGUNCANG DENGAN
PELBAGAI CUBAAN, SEHINGGA RASUL DAN ORANG2 YANG BERIMAN
BERSAMANYA BERKATA, 'BILAKAH DATANG PERTOLONGAN ALLAH?'
INGATLAH...SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT.
Hanun, kau kena ingat dan pasakkan dalam hati bahawa lumrah atau fitrah perjuangan ini adalah kita akan diuji sebelum saat sampainya pertolongan Allah..Allah itu Maha Kaya..Maha Pemurah..Maha pengasih dan Penyayang..Dia nak kita berasa rindu kepadaNya dan hadirkan keresahan dalam hati kita supaya kita cepat2 kembali kembali kepadaNya..Apa sahaja kerja buat kita..hendaklah kita sandarkan pada Allah s.w.t. perjumpaan ke, kerja kita, study kita, tanggungjawab kita, hendaklah kita bermatlamatkan Allah..bukan untuk manusia dan yang lain..bila kita buat sesuatu kerana Allah..pasti hati kita tenang Hanum...Surah ar-ra'du ayat 28 ada menyebut..Cthnya,jika masa study kita dipendekkan dengan perjumpaan atau meeting atau kelas tambahan setiap malam, namun berkat masa Allah yang tentukan..luangkan masa walaupun sejam untuk study setiap malam mungkin menyamai 5 jam study jika ada keberkatan masa yang dikurniakan oleh Allah..yang penting niat kita ikhlas kerana Allah..Aku berpesan untuk diriku dan dirimu..Namun..org yang bercakap ini akan dulu diuji oleh Allah..moga aku diberi kekuatan..'Kata-kata Ika menusuk sanubari Hanum..lantas Hanum bangun dan memeluk sahabatnya sambil berkata,
' Mungkin inilah nikmat yang aku dapat pada malam ni berjumpa dengan kau Ika..Allah datangkan kau padaku untuk settlekan masalah ni yang dah lama belenggu dlm hati..untuk keluarkan air mata yang dah lama kering tak memabasahi pipi..hati ini rasa tenang mendengarkan ayat2 semangat darimu Ika...aku sayang kau Ika..kerana Allah Ika..terima kasih Ika..maafkan aku andai melukakan hati...
Malam itu Hanum muhasabah diri dengan bermunajat kepada Allah agar mengampunkan dosa2 nya yang bertimbun dan moga dia terus istiqamah dalam jalan Islam..moga Allah kuatkan hatinya untuk membuat amal ..kebaikan

Salam perjuangan kepada semua..
Ramadhan yang semakin hampir dengan kita.
Hati begitu teruja ingin menjadi ahli dalam madrasah Ramadhan yang begitu mulia ini..
Ada di antara kita yang telah dulu pergi menemui Illahi tanpa sempat merasai manisnya beribadah dalam bulan yang sangat diberkati dan bulan ummat Muhammad s.a.w..
Namun, adakah kita pasti Ramadhan yang bakal tiba ini menjadi milik kita sepenuhnya atau adakah kita akan menuruti jejak mereka..
Bersediakah kita?
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..
RAMADHAN KARIM....
Assalamualaikum..Matang?
Macam mane nak melihat seseorang itu sebagai matang? Adakah pada umurnya? Adakah pada rupanya? Adakah pada struktur tubuhnya? Atau bagaimana? Bila berdamping dengan seorang teman, kemungkinan dia akan berkata diri kita sebagai periang, ceria dan tidak kelihatan matang..kalu ayat biasa yang didengar di kalangan sis di tempatku ini, tak layak lagi la nak masuk alam seterusnya..
Namun begitu..kemungkinan ada persepsi lain tentang diri kita di kaca mata orang lain..
Matang bagi sesetengah pendapat dan saya amat setuju jika mengatakan matang itu dari segi tindakan yang diambil dan bukan pada umurnya atau rupanya..tingkah lakunya yang kelihatan matang..pandai berkata-kata..bernas dalam percakapannya walaupun baru sahaja melangkah masuk ke alam belasan atau awal 20-an.. Menyingkap sejarah pada zaman Rasulullah..ramai sahabat2 baginda yang pada usia muda telah dilantik menjadi penulis wahyu kepada baginda Rasulullah s.a.w iaitu Zaid bin Thabit..dan ramai lagi di antara mereka yang membawa panji Islam dalam peperangan dan sebagainya.. Kematangan dari segi percakapan dan pemikiran seseorang dapat memberi satu daya tarikan kepada orang lain untuk mendengar apa yang diucapkannya ,belajar sserta merujuk kepadanya..satu soft skill yang perlu dibentuk dan bukannya datang bergolek dan penulis juga masih dalam usaha untuk meng ‘update’ elemen-elemen seperti ini dalam diri..untuk masa depan diri, masyarakat, agama dan Negara..
Salam perjuangan kepada muslimin dan muslimat..kepada semua pengunjung.. Alhamdulillah, dengan berkat keizinanNya..aku selamat mendaftar di UIAM kampus cawangan Kuantan.. Seusai taaruf program yang berlangsung selama 3 hari di UIAM kampus cawangan Kuantan, baru berkelapangan untuk menjenguk blog2 sahabat seperjuangan dan berkongsi sedikit pengajaran dalam hidup yang diperoleh..moga dapat manfaat bersama.. Taaruf program yang agak santai tanpa ada sebarang unsur2 ragging yang pernah suatu ketika dahulu dipraktikkan oleh sesetengah pihak..tidak dinafikan ada kebaikkan dan keburukannya..tetapi memandangkan keburukan itu lebih bnyak, maka konsep seperti itu mungkin tiada lagi..namun, nilai kasih sayang dan keramahan urusetia memberi satu gambaran awal yang sangat baik untuk berada selama 4 tahun di Kuantan ini..insyaAllah Bersyukurnya diri ini dicampakkan ke bumi barokah UIAM cawangan Kuantan..sahabat2 yang baik budi bahasanya, akhlaknya dan penampilannya.. Untuk pengetahuan semua, UIAM ini ada mewujudkan kelas tilawah al-Quran dan kelas Tahfiz yang mana memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menghafal al-Quran di sini.. Sebagaimana yang sudah sedia maklum, UIAM cawangan Kuantan ini menempatkan pelajar2 dari jurusan kedoktoran, pharmacy dan sciences yang lain..namun, masih ada ruang untuk kami di sini memperkasakan al-Quran seiring dengan pembelajaran yang ditetapkan..alhamdulillah.. Semasa sesi interview samada layak atau tidak untuk memasuki kelas tahfiz quran pada sebelah pagi hari ini, kulihat ramai orang membanjiri pintu masuk kelas untuk diinterview..bangga melihat sahabat2 bukan dari kalangan yang pernah menghafal al-Quran sebelum ini pergi ke temuduga itu.. Bersungguh-sungguh, tabah, sucinya niat di hati mereka untuk menghafal al-Quran..walaupun keadaan di sini nanti akan menyebabkan mereka sangat sibuk dengan course kritikal seperti medic, namun masih menyimpan hasrat untuk menghafal al-Quran Pengalamanku menghafal al-Quran semata-mata selama 1 tahun setengah di Kuala Kubu Bharu sangat perit dan aku kira sangat menguji kesabaran untuk menghafal dari satu ayat ke satu ayat yang lain..inikan pula sahabat2 yang ingin menghafal quran di samping menumpukan perhatian pada pelajaran tentang ilmu kedoktoran dan lain2 nya..tahniah dan syabas kepada semua.. Sangatlah rugi andai kata ada pelajar keluaran mana2 tahfiz atau pondok yang tidak merebut peluang ini untuk memantapkan lagi bacaan dan hafalan masing2 sepanjang berada di Kuantan ini..harapanku dan doa berpanjangan agar Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidup ini untuk lebih kuat dalam menjaga setiap ayat al-Quran itu..
'' Adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah'' ( Surah al-Baqarah ; 165)
Khas buat sahabat seperjuangan (dua dari kanan), moga dikau tenang di sana..Al- Fatihah untuk arwah nabil marwan..
Ya Allah..Allahuakbar..
Selepas mendapat berita sahabat sebelum ini pergi mengadap Ilahi, Ammar Zulkifli..kini, nabil menyusur pula..
Bila tiba giliran kita?
Sama-sama kita muhasabah diri..ajal datang menjemput..tiada siapa dapat menghalang..tua..muda..semua sama belaka..
Semoga Allah swt menempatkan arwah dikalangan orang soleh...amin ya rabb alamin...yang masih hidup kita teruskan perjuangan.. .
'Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalnya melainkan tiga perkara; sedakah jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat' - hadis nabi
Justeru, berusahalah kita memperbyakkan amalan masing2 sebelum kita mati...
Nabil dikenali dengan seorang yang baik..pengalaman sekelas dengannya walaupun satu sem telah banyak memberi kenangan kepada diri ini dan sahabat2 yang lain..apatah lagi yang telah lama mengenali beliau..
Malam jumaat malam yang mulia..dikau dijemput Ilahi..ruhmu tenang diangkat laju bertemu Ya Rabb..
Al-Fatihah..
Khas buat sahabat seperjuanganku..
adikku..
x-roommateku..
yang banyak menolongku..
memberi inspirasi kepadaku..
moga dikau sentiasa dalam rahmatNya..
murah rezeki...
terimalah ikhlas dariku..
buatmu..
dik haz...
sayang..
renungan
Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''