Friday, July 11, 2008

sumber inspirasi

Sesungguhnya segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara sekelian alam. Kita memuji Dia,
meminta pertolongan kepadaNya, memohon ampun kepadaNya, dan kita meminta perlindungan
kepada Allah s.w.t. dari segenap kejahatan diri kita dan dari segala keburukan usaha kita.
Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah s.w.t. maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya, dan
barangsiapa yang disesatkan oleh Allah s.w.t., maka tidak siapapun dapat memberi hidayah
kepadanya. Aku mengaku bahawasanya Muhammad (s.a.w) itu hambaNya dan pesuruhNya.
Sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah firman Allah s.w.t. dan sebaik-sebaik hidayah ialah
hidayah Muhammad s.a.w.. Sejahat-jahat perkara ialah perkara yang direka-reka di dalam agama
dan setiap rekaan adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah adalah kesesatan dan tiap-tiap kesesatan
tempatnya di dalam neraka.
Aku tidak dapat menghitung pujian kepada Engkau Ya Allah. Engkau sebagaimana pujianMu
kepada diriMu, perkasalah perlindunganMu, besarlah PujianMu, dan tidak ada Tuhan kecuali
Engkau. Wahai yang telah memberi nikmat Islam kepada aku dan itulah sebaik-baik nikmat. Engkau
memberi kurnia kepadaku tatkala aku masih muda hingga dapat mengenali Jamaah Ikhwanul
Muslimin. Lantas aku menyertainya dan berjalan di atas jalan dakwah. Engkau memberi nikmat
kepadaku untuk merasai kehidupan sezaman dengan pengasas al Ikhwan al Muslimin al Imam as
Syahid Hassan al Banna (r.a). Walaupun di dalam jangka masa hanya lebih kurang sepuluh tahun
sebelum beliau menemui Allah s.w.t. sebagai syahid, namun aku telah mendapat faedah yang
banyak daripadanya. Engkau telah memberi nikmat kepadaku dan memuliakan aku dengan
bekerjasama dengan angkatan Islam tatkala mereka terdedah kepada gangguan, bencana dan ujian.
Engkau mengurniakan kepadaku kesabaran dan ketahanan dan Engkau menolong aku meneruskan
perjalanan ini di atas jalan dakwah tanpa penyelewengan dan pertukaran. Semuanya itu adalah
limpah kurnia, kemuliaan dan rahmat daripadaMu. Aku memohon tambahan lagi kepada Engkau
daripada yang demikian supaya Engkau menyempurnakan nikmatMu kepadaku dan kepada
saudara-saudara aku di atas jalan dakwah dengan Husnul Khatimah (kesudahan yang baik), supaya
Engkau mengurniakan syahid di jalanMu dan memasukkan kami di dalam Jannatul Firdaus yang
tertinggi, bersama-sama dengan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dari
kalangan para nabi-nabi, siddiqin, para syuhada' dan salihin. Merekalah sebaik-baik kawan.
Sesungguhnya musuh-musuh Allah s.w.t. telah membuat konspirasi terhadap dakwah ini. Mereka
bersatu membuat pakatan untuk membinasakan generasi-generasi yang baru muncul. Mereka
menangkap, memenjara, menyiksa dan membunuh para pendukung dakwah. Musuh-musuh Allah
s.w.t. ini juga merampas semua buku-buku, majalah dan risalah yang berkaitan dengan jamaah ini.
Mereka lemparkan pelbagai tuduhan palsu terhadap jamaah ini dengan tujuan memutuskan
hubungan antara generasi-generasi muda dengan gerakan Islam. Biar generasi baru itu menjadi sesat
dan hilang pedoman di tengah-tengah kemelut arus dengan pelbagai ideologi duniawi lantas tidak
mengenali jalan kepada Allah s.w.t.. Di satu sudut lain pula, mereka bercita-cita untuk
mengeringkan sumber-sumber bekalan bagi gerakan Islam. Meraka mahu supaya gerakan Islam ini
ketandusan anggota-anggota baru dan darah baru yang diperlukan untuk meneruskan
perjuangannya. Mereka sangka dengan berlalunya generasi kami ini akan terhentilah harakah Islam
bersamanya. Tidak dapat diperbaharui lagi dan diteruskan perjuangannya kerana jauhnya para
pemuda daripadanya dan kerana kejahilan mereka tentang gerakan Islam yang lalu. Mereka
membuat tipu daya dan Allah s.w.t. membalas tipu daya mereka dan Allah s.w.t. adalah sebaik-baik
pembalas tipu daya itu.
Jalan Dakwah______________________________________________________________________________
5
Sesungguh Allah s.w.t. telah menghancurkan putar belit dan tipu daya mereka. Mereka tidak
berjaya menghalang cahaya Allah s.w.t. dari sampai kepada generasi hari ini lalu menyinari dan
memandu mereka ke jalan dakwah. Para pemuda Islam berlumba-lumba mengadap dakwah Islam
dengan penuh kesedaran, sikap yang benar dan ikhlas disertai dengan langkah-langkah yang tetap
dan tegas di dalam jalan dakwah. Mereka tidak gentar dan tidak lari dengan apa yang telah
didengar, dibaca atau dilihat oleh mereka tentang gangguan dan penindasan yang menimpa
saudara-saudara mereka yang lalu di jalan dakwah sebelum mereka. Para pendukung dakwah
sebelum mereka telah diganggu dan disakiti di jalan dakwah. Allah s.w.t. mengurniakan kesabaran
kepada mereka, memberi, ketahanan dan ketetapan kepada mereka dan mengambil dari mereka
beberapa banyak syuhada'. Tetapi mereka tetap tidak berlembut (berkompromi) menghadapi
musuh-musuh Allah s.w.t., tidak leka, tidak berubah dan menukar arah.
Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar
menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita
wajib mengemukakan pengalaman-pemgalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah
sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan
generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan,
kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah
salafussoleh r.a.
Bertitik tolak dari kesedaran tanggungjawab terhadap para pemuda Islam ini, saya pun mula
menulis rencana-rencana mengenai Fiqh ad-Dakwah. Ini merupakan rencana yang pertama
diterbitkan dalam Majalah Ad-Dakwah, Bilangan (7) yang terbit pada awal Muharram tahun 1397
Hijriah, bersamaan dengan Disember 1976. Rencana terakhir terbit di muka 21 dalam bilangan (29)
yang terbit pada awal Zulkaedah tahun 1393 Hijriah bersamaan dengan Oktober 1978. Sewaktu saya
menulis rencana-rencana ini, saya sering menemui para pemuda Islam supaya saya dapat
mendengar dari mereka dan mereka dapat mendengar dari saya. Supaya saya dapat mengetahui apa
yang berlegar di fikiran mereka yang penuh dengan pelbagai idea dan konsep serta gambaran
terhadap amal (usaha) dan harakah. Kemudian saya mengambilnya untuk dibersihkan (tazkiyah)
atau diperbetulkan berpandukan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang penglibatan saya
di dalam dakwah. Saya tidak berani mengaku yang saya terpelihara dari kesalahan, tetapi saya
sentiasa mengadap kepada Allah s.w.t. ketika menulis rencana ini supaya Dia memberi hidayah
menepati apa yang benar dan menjauhkan saya dari kegelinciran dan menjadikan kerja ini ikhlas
kerana Allah s.w.t. semata-mata.
Semasa saya menulis mukadimah ini, saya telah selesai menulis rangkaian yang terakhir untuk
diterbitkan semuanya di dalam sebuah buku bagi memenuhi harapan kebanyakan pembaca. Saya
memohon kepada Allah s.w.t. supaya buku ini berfaedah kepada para pemuda Islam di serata
tempat. Saya memohon kepada Allah s.w.t. supaya mengampuni segala kesalahan dan kekurangan
yang ada di dalam buku ini dan memberi ganjaran baik kepada saya kerana taufikNya kepada saya
dalam melakukan usaha baik ini.
Di dalam usaha ini, saya lebih suka jika buku ini lahir menurut bentuk asalnya seperti di dalam
majalah Ad Dakwah dengan dengan sedikit saringan. Semoga dengan cara itu ia dapat
mengingatkan kita dengan masa dan suasana saya menulisnya ketika itu.
Akhir sekali saya berharap supaya para pembaca tidak melupakan saya apabila mereka berdoa
kepada Allah s.w.t. semoga ia memberi faedah kepada saya di dunia dan akhirat. Semoga Allah
s.w.t. mengumpulkan kita bersama mereka semuanya di atas jalan dakwah di dalam Jannatul Na'im
dan mengurniakan syahadah (syahid) pada jalanNya. Wahai Tuhanku terimalah. Amin.
kata-kata muqaddimah dari Mustafa Masyhur untuk bukunya yg bertajuk dakwah fardiyah.

No comments:

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''