Sunday, July 24, 2011

Cerita hati

Salam'alaik...

" Adakala hati merintih derita ~ Jiwa menangis sedih ~ Akal mengeluh letih "

ya Allah, ya Rahman..
Apakah aku tidak kuat atau Engkau sengaja menguji aku sekuat ini?

Perjuangan aku masih jauh, namun hati mudah lemah kebelakangan ini, jiwa mudah teremosi, perasaan cepat terusik & perjalanan mudah lelah..

Apakah, aku masih mampu meneruskan ujian~ujianMu ini ya Ilahi?

Wahai 'Permata Agama' , aku tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan cerita hatiku ini kepadamu.. Andai ianya bernilai sebagai 1 Ibadah dalam kehidupan kita, doaku, mudah~mudahan Allah akan menolong aku memberi hatimu faham ~ wallahua'lam ~~~

" Ya Allah, kiranya Kau temukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih mencintai-Mu, maka hanya Kau yang mampu membawa hati~hati ini bertaut menelusuri jalan mencari cinta-Mu, mengharap maghfirah-Mu..
Jangan Kau pisahkan hati~hati ini di kala kami masih belum cukup untuk melamar redha & cinta-Mu ~~~ "

~ Diriku,
... Memberilah tanpa mengharapkan balasan..
... Memberilah dengan rasa kasih walau pemberianmu tidak pernah dihargai..
... Memberilah kemaafan dengan penuh keikhlasan tidak akan mengungkit kejahatan yang lalu..
... Memberilah kerana Tuhan hanya mengharapkan ganjaran keredhaan-Nya..
... Memberilah dengan rasa lapang hati & tenang walaupun balasannya hanya dilukai..

~ Diriku, sabar ye? Hidup kita hanya sebentar, cuma kematian yang abadi.. Hidupkanlah kematian dalam diri untuk hidup yang abadi..
... Tinggi mana lah ego kita dibandingkan agungnya Dia..
... Besar manalah terkilan kita dengan celupar mulut & gelagat seorang manusia dibandingkan dengan besarnya derhaka kita kepada Dia..
... Banyak mana lah kebaikkan kita yang tidak dihargai jika dibandingkan dengan banyak benar nikmat-Nya yang kita tidak syukuri..

~ Diriku, yang memaafkan, yang mula menghulurkan kedamaian, walau kalah di mata insan, walau hina di mata syaitan, walau ditertawa kawan & lawan, namun kau tetap yang tertinggi di sisi Ar-Rahman, yang Maha Cinta..

Salam keikhlasan : Atiqatul Afnan, Bayt Rodhina.

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket