Wednesday, October 6, 2010

Ya Rabbi bil Musthofa

Wahai Tuhanku,
dengan kebesaran al-Musthofa,
kami mohon agar tercapainya hajat kami,
dan ampunkanlah kami atas kesalahan yang lalu,
wahai tuhan Yang Maha Luas kemurahan KurniNya..

Wahai makhluk yang paling mulia,Nabi Muhammad s.a.w
Siapa lagi yang akan menolongku selain engkau ketika berakunya huru hara yang menyeluruh (di padang mahsyar)
Kiranya pangkatmu yang luas itu akan sempit dari melindungiku,
ketika Allah tajalli dalam keadaan akan membalas segala dosa dan kesalahan...

Kebaikan dunia dan akhirat adalah sebahagian daripada kemurahanmu,
sementara ilmu yang ada di Lauh Mahfuz dan al-Quran adalah sebahagian dari ilmu yang diberikan Allah kepadamu

Oleh itu, WAHAI DIRIKU....
Janganlah engkau berputus asa dari kesalahan walaupun besar,
kerana dosa-dosa itu sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan keampunan Allah

Kiranya rahmat Illahi ketika dibahagikan akan terhancurlah sesuai dengan keperluan,
besar dosa maka besarlah pula rahmat yang akan diberikan,

Wahai tuhanku,
Janganlah Engkau hampakan harapanku dan janganlah Engkau hancurkan hisabku di akhirat kelak

Ya Allah
Kasihanilah hambaMu ini
baik di dunia mahupun di akhirat kelak

Ya Allah,
izinkanlah bagi awan rahmat untuk mencucurkan selawat dan salamnya ke atas Nabi Muhammad s.a.w
biarlah ia tercucur dengan deras dan lebatnya

Juga ke atas keluarga Baginda S.A.W
sahabat dan tabi'in yang kesemua mereka itu adalah ahli taqwa,
suci, penyantun dan pemurah

Selama dahan 'al-baan' masih digoyangkan oleh angin Shaba (angin sepoi-sepoi bahasa)
dan selama unta menari keriyangan kerana mendengar irama nasyid pengiringnya..

(Qasidah)

No comments:

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''