Saturday, October 30, 2010

Luka Jiwa kerana hilangnya CINTA

Wahai kekasih hati
Aku tidak mempunyai sesuatu seperti Engkau
Maka
kasihanilah kini pada pendosa yang datang pada Mu
Wahai Harapanku
Sokongan dan Kegembiraanku
Hati ini tidak dapat mencintai apa pun selain Engkau..

Damaiku
Wahai saudara-saudaraku
Dalam sendirianku
Dan kekasihku bila selamanya bersamaku
kerana cintanya itu
Tidak ada duanya
Dan cintanya itu mengujiku
di antara keindahan yang fana ini
Pada saat aku merenungi KeindahanNya
Dia lah Mihrabku Dialah kiblatku
Jika aku mati kerana cintaku
Sebelum aku mendapatkan kepuasaanku
Amboi,
Alangkah hinanya hidupku di dunia ini
oh
penglipur jiwa yang membakar
Juangku bila bersatu denganMu telah menenangkan jiwaku
Wahai Kebahagiaanku,
dan Hidupku selamanya
Engkaulah sumber hidupku
Dan Dari Mu jua datang kebahagiaanku
Telah kutanggalkan semua keindahan fana ini dariku
harapku dapat bersatu dengan Mu
Kerana itu hidup kutuju..
Dengarlah nyanyian,
Dengarlah bersunguh-sungguh ratapan,
Kesedihan berpisah dari si kekasih..
Biar pun sesaat..


Semenjak aku direnggut kayu dari ranjang tidurku,
Lagu dukaku menyentuh hati..
Sahabat-sahabt,
Mereka menatap bersamaku,
Kecuali hati yang terluka pedih kerana perpisahan
Hanya merekalah yang faham akan rasa
Luka sebab rindu yang menggebu
Siapa pun yang meninggalkan tanah kelahiran
Akan merindui suatu hari nanti untuk kembali pulang

Di tengah-tengah orang
Yang berwajah gembira mahupun sedih
Aku lantunkan nyanyian ratap tangis
Setiap orang boleh memahaminya
Dengan makna masing-masing
Tidak seorang pun yang pernah menyelidiki
Rahsia diri ini
Rahsia ada diratapan
Yang diketahui oleh mata dan telinga
Yang mempunyai cahaya sahaja

Gemersik suara berasal dari api
Bukan dari angin yang menggoyangkan rumpunnya
Apalah ertinya hidup manusia tanpa api?!
Api cintalah yang membawa muzik
Aroma cintalah yang memberi rasa pada anggur
Nyanyian meneduhkan luka
LUKA JIWA KERANA HILANGNYA CINTA
CINTA KEPADA PENCIPTA TAMAN

Para pencinta kebenaran, bangkitlah!
Mari kita berangkat ke syurga,
Telah cukup kita saksikan dunia,
Saatnya untuk berjumpa dengan yang berbeza,
Jangan!Jangan!
Jangan berhenti di sini!
Taman-taman akan mengeluarkan segala keindahan,
Namun, mari kita bertemu dengan Pencipta Taman...

(source: bait-bait sajak rabiatul adawiyah + Jalaluddin Rumi)

4 comments:

Ukhar said...

emm, k.muni bagi la komen sikit pasal syair ni..

my said...

perkongsian ikhlas...

semoga ia bermanfaat untuk diri kita...
Penuhilah dirimu dgn makrifat kpd ALLAH...
Carilah Rabbmu nescaya engkau temui kebahagiaan...
Berwaspadalah dgn lisanmu,
kerana bahayanya cukup berat,
membawa kpd mudahnya terjerumus ke dlm neraka ALLAH...
Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan itu,
akan dihitung secara halus...
melainkan amar ma'ruf nahi munkar...
serta zikrullah...
Awasilah mata dan telingamu...
krn ia adlh dua pintu masuk syaitan ke dalam hati...
Awaslah,kerana apabila ia sampai kpd hati...
maka ia akan memberi kesan walau sedikit..
Hubungkanlah keduanya kerana ALLAH,
nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yg baik...
Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia...
kerana sakit utk kamu mengeluarkannya...
Rasailah kesempurnaan dan ketinggian rohmu,
dengan melihat kekuasaan ALLAH...
dengan mendengar ayat2 ALLAH...

Anonymous said...

fuh2 , ni bkn komen, ni msk syair bru plop nih...

my said...

pmbetulan..yg perkongsian tu kata2 dari seorang sahabt..tapi tak ingat nama dia...maaf,tak dapat nak tulis disitu..

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''