Thursday, July 2, 2009

dikau pergi dulu

'' Adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah'' ( Surah al-Baqarah ; 165)

Khas buat sahabat seperjuangan (dua dari kanan), moga dikau tenang di sana..Al- Fatihah untuk arwah nabil marwan..

Ya Allah..Allahuakbar..

Selepas mendapat berita sahabat sebelum ini pergi mengadap Ilahi, Ammar Zulkifli..kini, nabil menyusur pula..
Bila tiba giliran kita?

Sama-sama kita muhasabah diri..ajal datang menjemput..tiada siapa dapat menghalang..tua..muda..semua sama belaka..


Semoga Allah swt menempatkan arwah dikalangan orang soleh...amin ya rabb alamin...yang masih hidup kita teruskan perjuangan.. .

'Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalnya melainkan tiga perkara; sedakah jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat' - hadis nabi

Justeru, berusahalah kita memperbyakkan amalan masing2 sebelum kita mati...

Nabil dikenali dengan seorang yang baik..pengalaman sekelas dengannya walaupun satu sem telah banyak memberi kenangan kepada diri ini dan sahabat2 yang lain..apatah lagi yang telah lama mengenali beliau..

Malam jumaat malam yang mulia..dikau dijemput Ilahi..ruhmu tenang diangkat laju bertemu Ya Rabb..

Al-Fatihah..

2 comments:

qamar_muneera said...

Sungguh pun saya tak pernah sekelas dengan dia, tak pernah bekerjasama dengan dia tapi saya rasa kehilangan dia... saya cemburu dengan Nabil. Allah jemput dia malam jumaat. macam arwah tok saya dulu.. semoga roh mereka dicucuri rahmat..
semoga kita juga di kurniakan oleh Allah husnul khatimah... ameen...

fiza said...

muni,doakan moga kita dapat menjadi seperti beliau..diamnye penuh dgn zikir..senyumnya adalah sedekah..

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''