Tuesday, June 3, 2008

Cahaya Karisma

Adakah saudara menganggap Prof Engku Aziz atau Tuan Guru Nik Aziz seorang yang berkarisma? Ataupun M. Nasir juga mempunyai karisma?

Ramai orang yang bertanya adakah karisma itu hanya dimiliki oleh pemimpin politik? Jawapannya tidak semestinya. Ada juga pemimpin politik yang tidak mempunyai karisma dan ada juga individu yang tidak memiliki kuasa politik yang sebenar tetapi mempunyai karisma yang hebat. Prinsipnya mudah sahaja, siapa yang memiliki ‘cahaya’ dalam dirinya dan dia memancarkan cahaya itu dan orang ramai diterangi cahaya itu, maka wujudlah karisma. Selagi mana orang itu memancarkan cahaya kepada orang lain, maka karisma kekal walaupun dia orang tua di kampung,

Dalam Membina Karisma penulis menjelaskan sifat asas karisma iaitu karisma terletak pada mata orang yang melihatnya.Justeru itu, setiap pemimpin dilihat berkarisma dan ketokohan bergantung kepada konteks dan ruang lingkup kepimpinannya. Oleh itu, Prof Engku Aziz adalah seorang yang berkarisma dalam konteks kepimpinan intelektual dan akademik sementara M.Nasir pula berkarisma dalam konteks kepimpinan seni.

‘‘Cahaya wajah seperti kuasa elektrik, dapat memancar dan mengejutkan kita yang duduk berhadapan dengan dia, sehingga kita terkena gelombang daripada cahaya sinar wajah orang itu. Hanya ada dua jenis sahaja orang yang mempunyai cahaya istimewa itu. Pertama ialah orang soleh yang kuat hubungannya dengan Allah dan kedua ialah seorang yang berpangkat yang kuat hubungannya dengan kuasa.

Yang pertama mendapat cahaya dari langit. Yang kedua mendapat cahaya dari bumi. Kalau perhubungan di antara pemberi dan yang diberi cahaya itu putus, baik sinar dari langit mahupun sinar dari bumi, orang itu tidak akan bersinar lagi.’’-Hamka(Pandangan Hidup Muslim)

Hipotesis Pemimpin Yang Berkarisma

Karisma dan Perubahan

Mereka menggunakan penilaian yang realistik terhadap sumber (bukannya kutip maklumat tepi jalan,bahaskan dalam dewan persidangan) keadaan persekitaran dan halangan bagi mencapai tujuan. Mereka juga meletakkan strategi yang dinamik. Perubahan yang dilaksanakan oleh pimimpin membawa kepada kesan psikologi yang menekan, membantu kepada kemunculan pemimpin berkarisma. Mereka muncul merubah status quo

Karisma dan Pembinaan Wawasan

Mereka dilihat karismatik apabila mempersembahkan wawasan yang mana nilainya di kongsi dengan idealisme pengikut atau rakyat yang jauh bertentangan dengan status quo tetapi masih boleh diterima oleh pengikut. Mereka menyogokkan pendekatan lama sebagai negative dan tidak relevan dan mengesyorkan wawasan yang dicadangkan sebagai pilihan yang paling menarik dan mampu dicapai. Mereka memotivasikan tingkah laku yang tegas, berkeyakinan, pakar, dinamik dan lebih sensitive dengan keperluan rakyat.

Karisma dan Kuasa Peribadi

Pengaruh pemimpin karismatik ke atas rakyatnya berpunca daripada kuasa perilaku sendiri daripada kuasa kedudukannya seperti perundangan, paksaan dan pertukaran jawatan dalam organisasi. Mereka mempengaruhi rakyatnya dengan teladan dan bukan dengan tingkah laku mengarah. Mereka mempengaruhi rakyat melalui perkongsian perasaan.

Karisma dan Kesannya

  • Pengaruh pemimpin karismatik membawa kesan kepada persetujuan yang menyeluruh berkenaan dengan sasaran organisasi.
  • Pengaruh daripada pemimpin karismatik memberi kesan kepada konflik dalam yang rendah
  • Pengikut menunjukkan sanjungan yang tinggi, kepercayaan dan kepuasan terhadao kepimipinan mereka
  • Pengikut rasa bermotivasi bagi melaksanakan tugas yang terbaik

No comments:

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket