Thursday, May 7, 2009

Bohsia??Don't choose wrong way..


After the success of "KL Menjerit" by Badaruddin Azmi, we can watch yet another movie about illegal motor racing. "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam" is the second movie directed by Syamsul Yusof after "Evolusi KL Drift".

We know Syamsul is trying to send a 'good' message to the audience - but how many more movies about the mat rempit should we be making? The stunts shown in this movie are so impressive that they may in fact result in even more people being interested in this social phenomenon.

Terus menerus pembikinan filem seperti ini di negara Malaysia menunjukkan inilah akhlak sebenar remaja, pemuda pemudi negara kita..adakah kita seperti itu??

Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pada akhlak dan perlakuan remaja-remajanya..Is it right?

Sungguh sedih dan terkilan ingin saya luahkan kepada institusi ketiga yang penting dalam hidup saya kira iaitu institusi kerajaan selepas institusi kekeluargaan dan insititusi pendidikan yang mana telah meluluskan filem seperti ini diterbitkan dan dipertontonkan kepada masyarakat umum..

Pada pandangan pengarah, filem itu bertujuan menunjukkan kepada masyarakat penyakit sosial di kalangan remaja dan seharusnya mereka menjauhi perkara itu. Sebaliknya, filem itu mengandungi watak lelaki dan wanita bergaul bebas, melakukan zina dan keganasan seperti bergaduh. Mana mungkin kita sebagai penonton yang ada taqwa kepada Allahdan akal yang waras mengambil pengajaran dalam masa yang sama, kita dikenyangkan dengan adegan-adegan yang berunsur lucah, ganas, keji dan menyentuh sensitiviti keagamaan seperti itu..

Tiada hasil yang baik melalui penayangan filem berkenaan tetapi hanyalah kerosakan akhlak remaja-remaja di Malaysia semata-mata..

Perlunya di sini untuk para seniman lebih mengkaji baik buruk filem yang ingin diterbitkan.. Alangkah baiknya jika peranan ulama’ dalam negara dapat dijalankan untuk memberi komentar atau pendangan mengenai sesuatu filem yang ingin diterbitkan samada boleh atau tidak...InsyaAllah..moga2,suatu hari nanti..

Bilakah agaknya? Mungkin selepas institusi kerajaan ini bertukar dan dianggotai oleh pimpinan ulama’ sebagai kepimpinan tertinggi..Dengan izinNya.. kerana tiada yang mustahil jika kita usaha bersungguh-sungguh..Sama-sama mendoakan yang terbaik untuk negara tercinta dan seluruhnya..

Buat masa sekarang..Saya mengesyorkan kerajaan terutama Lembaga Penapisan Filem mengharamkan semua filem tempatan atau luar negara yang mengandungi unsur lucah, ganas, keji dan menyentuh sensitiviti keagamaan. Filem seperti ini mampu merebak jika tiada langkah yang progresif diambil oleh kerajaan...

Wednesday, April 29, 2009


Salam'alaik kepada semua sahabat2 yang datang menziarah..Syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur hamba-hambaNya..untuk kita saling bertukar pandangan dan muhasabah diri kita masing-masing terutama diri yang menulis..

'Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran'( surah al-Asr ;1-3)

Sebelum itu, kuingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang telah banyak mendoakan kesihatan ayah tercinta..alhamdulillah sekarang sudah bertambah baik dan InsyaAllah akan bekerja semua pada akhir bulan 5 ini setelah sudah hampir 4 bulan tidak menjejakkan kaki ke tempat kerja..

Sepanjang tempoh bersama ayahku dan menjaganya, banyak perkara kami kongsi,mutiara2 ilmu yang perlu kumanfaatkan..Terima kasih ya Tuhan kerana menganugerahkan seorang ayah yang sangat baik dan memahami ini..

Ingatla 5 perkara sebelum 5 perkara..
-sihat sebelum sakit
-lapang sebelum sempit
-kaya sebelum miskin
-muda sebelum tua
-hidup sebelum mati

Tidak dinafikan bahawa orang yang sakit sentisa ingatkan Allah..namun, beberapa peristiwa yang agak menyedihkan apabila kurangnya penekanan yang dibuat tentang solat oleh sesetengah pesakit di hospital.

Seorang ustaz menegaskan bahawa, tiada istilah QADA' dalam solat untuk orang yang sakit walau dia lumpuh sekali pun selagi mana dia sedar..maka, perlulah dia mempelajari rukhsah2 dlm solatnya itu..

Kami sekeluarga byk belajar tentang itu..Banyak hikmah disebalik ujian sakit ini..dosa-dosa lama terhapus..iman semakin menebal kepada Allah..kita sebagai hamba perlu berusaha untuk melawan menyakit itu..namun begitu,hanya Allah dapat menyembuhkan segala penyakit

Bila kamu datang melawat seorang pesakit..hendaklah kamu bacakan doa kepadanya
'Azhibil baksa rabbannas,washfi antasshafi,la shifaa u illa shifaauka shifaa an,la yughodiru sakoma', tiupkan pada ubun2 pesakit

Di sinilah peranan jururawat Islam untuk bertanya tentang solat pesakit dan mengambil berat akannya..Saya melihat di sini bahawa misi dan visi UIAM sungguh baik dlm usaha untuk mengeluarkan doktor,nurse dan pegawai2 kesihatan yang bukan sahaja seorang yang memiliki ijazah, malah dalam masa yang sama, mereka mengambil berat tentang solat pesakit dan soal hukum agama yg lain..

Slamat untuk semua..
Moga ada salah silap dalam tulisan,dapat harap buat pembetulan..
(pisciss_austriniss@yahoo.com)

Saturday, March 21, 2009

sebuah cerita


BATU TERLEPAS DARI NERAKA

Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. "Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.

Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"

MORAL & IKTIBAR

* Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan
* Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia
* Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah
* Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat
* Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan
* Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi. Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah
* batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal
* Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah
* Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.

Friday, February 13, 2009

Assalamualaikum wrt.wbt.

Hamdan wa syukran lillah..

Dalam kesibukan meniti minggu-minggu terakhir berada di Centre for Foundation Studies of IIUM sebelum cuti 3 bulan itu yang dinanti-nanti menjelma,terdapat beberapa situasi dan keadaan yang banyak memberi manfaat kepada diri ini dan sahabat2 yang lain.

Seorang sahabt datang mengadu..persoalan yang biasa tapi kadang2 persoalan ini berlegar-legar diruangan mindaku..Kenapa Exam!!Tension!qIUZZES!TUTORIAL..!'group discussion'! Bila nak Cuti ni? Bila nak balik rumah?

Dalam kesibukan berdiskusi dengan shabt2 yang lain, tiba2 handphoneku berbunyi,satu message diterima..No yang tertera di skrin telefonku tanpa nama memang sudah lama tepahat dimemori..adikku tersayang merangkap rakan sprjuangan..ayatnya lebih kurang begini bunyinya..
''Akak, saya dah tak tahan dengan semua ni,saya tak bleh fokus,Ya Allah, andai aku dapat memejamkan mata dan Engkau redha denganku, terasa manisnya andai disaat ini nyawaku diambil olehMu..''lemahnya aku untuk menghadapi ujianMu ini..padahal aku mengerti ada shbt lain yang lebih besar ujiannya...

Allahuakbar!!Ini lah mehnah dlm perjuangan dan hati-hati yang dekat dengan Allah..terasa bahagia andai ajal itu datang menjemput, sentiasa bersedia dengan seruan Allah...tergenang air mata membaca msg itu..''Wahai adikku, bersabarlah,ini bukti Allah sayang pada adik,moga kita tergolong dlm golongan yg mati syahid dalam penegakkan agama ini,agama Islam..sehingga kita bertemu di yaumiddin nanti,..

Untuk menghadapi hari kemudian,,Sesungguhnya, konsep sabar itu perlu diaplikasikan seoptima mungkin agar diri kita sentiasa berada dalam keadaan tenang dan ingatkan Allah..

Betapa Sayangnya ALLAH Pada Kita..

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam Al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat :216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Dengan ayat-ayat Allah ini..sudah cukup berharga dan memberi kesan yang mendalam buat sesiapa yang ingin mengambil pengjaran..
Cukuplah ayat Allah sendiri memujuk hati yang sedang pilu, sedih dan tidak keruan,
Sentiasa mengingtkan kepada yang lalai
Saling menguatkan antara yang kuat dan lemah,
Hidup kita bersatu kerana Allah..

Tidak perlu memburukkan antara satu sama lain demi menegakkan suatu pendapat yang lain..berlapang dada dengan apa yang Allah tentukan..jgn cepat melatah,nanti buruk akibatnya..

Salam perjuangan..salam imtihan buat sahabat2..

Tuesday, January 20, 2009

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA


1.Segerakan solat apabila tiba waktunya, sepanjang tiada keuzuran.
2.Bacalah al-Quran, buatlah kajian dan dengarlah perbahasan ilmiah. Berzikirlah kepada Allah. Jangan habiskan masa untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat.
3.Rajinlah berusaha bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
4.Janganlah banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran yang tidak akan mendatangkan kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang dengan Allah bersifat tenang dan tegas.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjuang (jihad) hanya mengenal ketegasan.
7.Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan meyakitkan hati.
8.Janganlah mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara-perkara baik.
9.Berkenalanlah dengan saudara seIslam di mana-mana sahaja sekalipun dalam keadaan mereka tidak meminta berbuat demikian kerana dasar seruan ialah kasih sayang dan berkenalan.
10.Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu. Oleh itu, tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Jika anda mempunyai urusan yang lebih penting, maka segerakanlah ia.

p/s:wasiat ini sbg peringatan dan panduan untuk diri2 insan agar kita bisa terasa dekat dengan Allah dan setersnya berusaha untuk mencari mardhotillah..

Tuesday, January 6, 2009

TAKBIR!!ALLAHUKBAR

ASSALAMUALAIKUM wrt.wbt

Segala sembah dan salam ke hadrat Allah S.W.T yang Maha Agung dan Maha Mengetahui. Allah Maha Mengetahui tatkala hamba-hambaNya, para mujahideen yang sedang berjuang di tanah Palestin itu mengharapkan kemenangan yang pasti..KEMENANGAN ISLAM ITU PASTI…TAKBIR!
Segala kudrat dicurahkan semata-mata untuk menegakkan Islam dimuka Bumi Allah dan seterusnya keredhaan Allah itu dicapai buat bekalan bertemu denganNya di hari perhitungan kelak..Salam Juang buat rakyat palestin khasnya dan umumnya kepada pejuang-pejuang agama Allah di seluruh dunia yang masih istiqamah dalam jalan Rasulullah ini…
Bersyukur kita di saat ini negara Malaysia tidak diuji oleh Allah dengan bentuk peperangan yang zahir dimata,bom,senjata api,letupan,mayat di sana sini dan sebagainya..tetapi waspadalah dan ingatlah, Malaysia pada hari ini sedang diserang dalam segala bentuk peperangan mental secara halus..nasionalisme? liberisme?dan macam2 ism lain lagi..
Di kesempatan yang telah diberikan oleh Allah untuk sama2 berkumpul bagi mengutuk dan memprotes Israel laknatullah menyerang Palestin di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat,ada sesuatu yang ingin dikongsi..saya terdengar sekumpulan manusia yang sedang berbincang sama ada mahu menyertai atau tidak demo tersebut..setelah beberapa seketika,saya mengetahui bahawa mereka merupakan pekerja2 yang bertugas di Tabung Haji berdekatan tempat kami berkumpul. Saya terdengar seorang daripada mereka berkata, ‘‘Teringin jugak nak ikut sama2 berdemo, tapi tak pelah..lagipun ni bukan isu negara kita, tak semangat sangat..’’

Terkejut mendengarkan ayat itu tatkala is keluar dari bibir orang yang bergelar Islam. Di mana nilai sensitivity umat Islam..tidak merasakan isu Palestin sebagai critical issue yang perlu dibincang dalam konteks agama, bukan melihat dan memandang isu ini sebagai isu sesebuah negara..Tahniah kepada kerajaan yang berjaya menerapkan ‘semangat nasionalisme ‘ kepada rakyat sehinggakan tidak dapat membezakan isu agama dan negara..

kaum muslimin seluruh dunia bangkit menyatakan perasaan benci pada Israel..
Bagaimanakah keadaan kaum muslimin di negaraku? Adakah mereka sedang mendoakan umat Islam di Gaza dan seluruh Palestin? Sekurang-kurangnya adakah mereka mengambil tahu tentang serangan terbaru ini?..Ya Allah! Ampunkanlah kelemahan kami, berikanlah kesedaran kepada kami dan bangkitkanlah orang-orang yang akan berjihad dari kalangan kami. Amin.Ayuhal muslimin...

Ayuh..kita ubah…kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah..Sabda Nabi Muhammad S.A.W.‘Barangsiapa di kalangan umatku yang mana zaman umatku yang lain dalam kerosakan dan kebinasaan, mereka terus kuat dan teguh untuk memelihara dan mengikut sunnahku, maka di akhirat kelak syurga menanti untuknya’’

Thursday, December 11, 2008

INGATAN TELUS

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.Driwayatkan sebuah hadis yang bermaksud
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Ingatan untuk diri yang menulis khususnya…amnya untuk shabt2 yang singgah membaca..Andai kau lihat ku terleka lalai, TEGURLAH.

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket