Salam'alaik...
'Assalamualaikum..' Kedengaran suara ayah yang baru sahaja pulang ke rumah daripada tempat kerjanya..
Ku terus bergegas keluar untuk membukakan pintu buat ayah...
Dari kejauhan aku melihat ayah tersenyum lebar sambil memanggil-manggil namaku..
Aku mambalas senyuman ayah...tertanya-tanya apa yang berada dalam ruang legar minda ayah sekarang ini..seperti mahu memberitahuku sesuatu..
'Waalaikumussalam..ya ayahku sayang...awat senyum2 lebar ni? ada ape-ape good news ke?' tanyaku pada ayah,,
'Nah..' jawab ayah sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sebuah nukilan..
Satu nukilan yang sentiasa aku nantikan..ayah ..terima kasih ayah..
pesan ayahku..
Anakku...
Janganlah kamu asuh dirimu dengan keangkuhan..
Kelak, kamu belajar erti takabur..
Janganlah kamu asuh dengan kelemahan..
kelak kamu belajar erti hina diri..
Janganlah kamu asuh dengan permusuhan..
Kelak kamu belajar erti membenci..
Janganlah kamu asuh dengan pentingkan diri..
Kelak kamu belajar erti mengkhianati..
NAMUN...
Asuhlah dirimu dengan insani..
Kelak kamu belajar erti harga diri..
Asuhlah dengan belas budi..
kamu akan belajar erti mengasihani..
Asuhlah dengan KEPAYAHAN
akan kamu belajar erti mensyukuri
Asuhlah dengan timbang rasa.
Kelak kamu belajar erti sabar,.
Asuhlah dengan menukil karya..
akan kamu belajar erti manfaat ilmu..
Asuhlah dengan didikan taqwa..
Akan kamu belajar erti hayati agama..
Asuhlah dirimu dengan jiwa rakyat..
Kamu akan belajar erti bermuafakat..
Asuhlah dengan pengalaman...
Akan kamu belajar erti hakikat kehidupan...