Sunday, May 17, 2009

Baiti jannati-Allahu ghoyatuna


Assalamualaikum wrt.wbt. Hamdan wa syukran lillah. Dengan izinNya, Dia masih memberi keizinan untuk hamba menulis di ruangan kecil ini..

Selama cuti 3 bulan ini, tidak banyak pengalaman yang berharga dapat dikutip selain menyempurnakan tanggungjawab yang utama lagi pertama sebagai hamba kepada Allah dan di rumah sebagai anak kepada ayah dan ibuku serta kakak kepada 4 orang adik2 dibawahku..

Memang senang untuk menyakitkan hati orang tetapi bukan senang juga untuk menjaga hati dan memastikan orang lain senang dengan kehadiran kita..

Paling mudahnya bila kita berada di rumah..kadang-kadang tingkah laku kita dan sesetengah perbuatan kita tidak baik dan mungkin membuat adik-beradik kita benci dengan kita..abang suka membuli adiknya..bertengkar, bergaduh dan sebagainya..Sebagai adik-beradik, kasih sayang yang mendalam patut diterapkan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah keluarga yang aman dan harmoni..

Tidak dinafikan, sepanjang cutiku kali ini yang agak panjang, perkara2 seperti tolak ansur dan tahap kesabaran yang tinggi sangat perlu dipraktikkan.. untuk menyenangkan hati orang lain, kadang-kadang memerlukan pengorbanan yang tinggi..sabar dan sabar..dan ku tahu ujian Allah itu di mana-mana dan pelbagai..walaupun sekecil-kecil perkara, Allah tetap uji kita..KERANA APA? Semata-mata kerana Allah sayangkan kita dan ingin menaikkan darjat kita di sisiNya..

‘’Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ‘’

-Surah al- Baqarah : 153


Ada sesetengah adik kita tidak mengambil berat soal menghormati ibu bapa..mungkin juga pernah berlaku pada diriku suatu ketika dahulu..InsyaAllah tidak akan diulang lagi..mohon ampun wahai ibu dan ayah..iaitu mudah mengeluh dan memasamkan muka apabila ibu kita meminta kita mengalah kepada adik beradik yang lain ataupun menyuruh kita berbuat sesuatu tetapi tidak menyuruh yang lain..kita mudah berasa iri hati dan sebagainya..

Siapakah kita untuk berasa iri hati? Siapa kita untuk berasa benci kepada mereka yang telah melahirkan kita?Kadang2 kita iri hati dengan adik beradik yang lain kerana disangkakan disayangi lebih dan sebagainya..Cubalah kita belajar untuk menyayangi walaupun tidak disayangi pada mulanya..lama-kelamaan, kita akan merasai nikmat memberi kasih sayang kepada orang dan Allah akan sayang kita lebih dari itu semua...kasih sayang itu milik Allah..ibu bapa milik Allah, Allah pemilik segala..mintalah kepada Allah andai itu yang kau dambakan..Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan..IBU DAN BAPA, tidak ternilai dalam hidupku..UHIBBUKA YA ABI!UHIBBUKI YA UMMI!


Tanda kasihnya Allah pada kita apabila dicampakkan dalam hati kita nikmatnya beribadat kepadaNya..terasa ada Allah sentiasa dekat dengan kita...dalam setiap perkara itu Allah sahaja dalam hati kita....makan ingt Allah, minum ingat Allah, membaca, study dan segala perbuatan kita, Allah matlamat kita...alangkahnya indahnya saat itu..tidak dapat tidak, jika kita meninggal sekali pun..kita masih setia ingtkan ALLAH...

‘’Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKU, niscaya Aku ingat pula kepadaMu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan jangnlah kamu mengingkariKu (nikmatKu).’’

-Surah al-Baqarah : 152




Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket