Tuesday, December 29, 2009

Teruskan usaha, jangan mengalah..

Assalamualaikum..

''Ilmu dan maklumat itu berbeza.
Ilmu itu cahaya.
Ilmu itu adalah sesuatu yang kita faham hingga hakikatnya,
Cahayanya terpancar ke lubuk hati,
menyebabkan diri terpanggil untuk mengamalkannya.''

Sebagai orang Islam, perlu ingat pada janjinya kepada Allah dan berjuang untuk menyempurnakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, di atas muka bumi ini hanyalah kerana Allah..

Monolog hati seorang sahabat..

'' Cabar minda supaya selalu ingat bahawasanya hebat macam mana pun orang-orang disekeliling aku....Dia tetap tidak boleh lawan Pemilik aku Yang Maha Hebat.. Apalah sangat hebat dimata manusia jikalau tidak hebat dan mantap di mata Allah. Orang lain hebat dan aku rasa down? Aku ada Allah yang HEBAT yang selalu bantu aku di waktu senang dan susah jika aku rapat dengan Dia kan?''

Teruskan usaha dalam membina jiwa yang besar dan tidak perlu menoleh lagi ke belakang..sesungguhnya, masa berlalu tidak akan datang kembali..

Sunday, December 20, 2009

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA

1.Segerakan solat apabila tiba waktunya, sepanjang tiada keuzuran.
2.Bacalah al-Quran, buatlah kajian dan dengarlah perbahasan ilmiah. Berzikirlah kepada Allah. Jangan habiskan masa untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat.
3.Rajinlah berusaha bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
4.Janganlah banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran yang tidak akan mendatangkan kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang dengan Allah bersifat tenang dan tegas.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjuang (jihad) hanya mengenal ketegasan.
7.Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan meyakitkan hati.
8.Janganlah mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara-perkara baik.
9.Berkenalanlah dengan saudara seIslam di mana-mana sahaja sekalipun dalam keadaan mereka tidak meminta berbuat demikian kerana dasar seruan ialah kasih sayang dan berkenalan.
10.Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu. Oleh itu, tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Jika anda mempunyai urusan yang lebih penting, maka segerakanlah ia.

sekian lama menyepi

Assalamualaikum wrt wbt..

Alhamdulillah, setelah sekian lama blog ini sunyi daripada sebarang coretan, kumulai dengan kalimah syukur kepada Allah, tuhan sekalian alam yang masih memberikan sedikit kekuatan dan masa untuk sama-sama memperingatkan antara satu sama lain. Mengapa mesti menulis atau bercakap tentang sesuatu? Seorang seniorku di tempat pengajian pernah berkata, ' Ana bercakap tentang sesuatu perkara kerana ana nak praktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, bercakap tentang faedah sedekah, kita mahu cabar diri kita agar menjadi orang yang kuat bersedekah ataupun bercakap tentang kusyuk dalam solat agar kita sama-sama beroleh kusyuk itu dalam solat yang dikerjakan'.

sukalah disini untuk membuat sedikit coretan tentang jenis-jenis tangisan...moga2 sedikit coretan ini dapat sama2 berkongsi, agar akhirnya, menambahkan rasa kasih dan sayang kepada Allah..



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
From : the gravediggers anonymous & those beautiful houris
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Nasihat untuk diri ini......

Baikilah adab dengan Allah dan Rasul..

Suluhlah murabbi dalam jiwamu....

Belajarlah seni cinta dan asyik pada zat yang azali..

Dampingilah murabbi yang haq..

Pautkanlah hatimu pada jalan Rasulullah..

Namun..nasihat itu masih hijab..

Kalau jiwa masih dibimbangi nafsu..

Belajarlah ilmu ketahanan dan aqidah yang haq..

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA..

SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN..

Tuesday, September 15, 2009

Allah Masih Menyayangiku

Pada malam itu, tepat pukul 10.30 malam, Hanum baru sahaja pulang ke compartmentnya seusai menghadiri sebuah perjumpaan dengan beberapa orang senior dan sahabat yang sama bidang pengajiannya untuk sedikit perkongsian pengalaman dan masalah..

Sebelum itu, hati Hanum terasa berat untuk melangkah pergi ke tempat meeting namun dikuatkan jua kaki untuk melangkah bertemu sahabt2 nya yang sudah sedia menanti dengan beberapa miss call sudah tertera di skrin handphonenya..memang tidak dapat dinafikan, bebrapa minggu ini, Hanum seperti tidak dapat mencari apa itu erti pengorbanan dan keihklasan dalam membuat sesuatu kerja..ada sahaja lintasan yang tidak baik hinggap ke dalam hatinya..hatinya sedang 'sakit', dia mengerti...

Sampai sahaja ke bilik, hati terdetik untuk membuat sedikit persediaan sebelum masuk ke kelas pada keesokan harinya dan mengulang kaji pelajaran sebelum ini..bidang kritikal yang diambil oleh Hanum memerlukan komitmen yang tinggi dalam bacaan dan ulang kaji..timbul suatu perasaan di hatinya untuk tidak menerima pelawaan atau ajakan untuk berboal kosong hatta sebarang kerja pada malam itu..

Langsir biliknya ditutup memberi signal pada roommate untuk tidak mahu diganggu..

Tiba-tiba, handphonenya berdering lagi..satu msg diterima daripada Ika..

'bleh tak kita jumpe di cafe, nak bincang something important'

Muka Hanum terus berubah dan dia membalas msg tersebut dan menolak pelawaan sahabatnya dengan alasan tidak larat dan meminta maaf..

Jauh di sudut hati sahabatnya itu, bagaikan terhiris pisau tajamnya ayat yang diterima daripada Hanum, shabat karibnya..di kala dia berasa keseorangan dan ingin berbincang dengan seorang rakan baiknya, pelawaan itu ditolak mentah-mentah dan merasakan dirinya tidak penting..
Namun, perasaan itu ditolak ke tepi dan cuba bersangka baik kepada sahabatnya, Hanum..
Dia terus mengorak langkah dan berjalan kaki menuju ke kolej tempat tinggal Hanum..

Apabila Ika sampai di kolej Hanum, dia meminta jasa baik Hanum untuk turun berjumpa dengannya..

Hanum bertanya lagi,

' Lama ke? Sekejap je boleh?'

Ika menjawab,

'InsyaAllah, sekejap je, tak lama'

Dengan langkahan malas, Hanum turun dari tingkat tiga compartmentnya ke ground floor..sahabatnya Ika setia menunggu di situ..

Wajah Hanum masam dan dia bisu seribu kata..
Dia seperti tidak dapat berdepan dengan Ika dan menundukkan mukanya ketika Ika bersuara memulakan bicara..

'Hanum..kenapa dengan kau..aku nak terus terang ngan kau, sebelum tu aku mintak maaf andai kata2 aku mengguris hatimu..seriously, aku terasa hati dengan kau sebaik sahaja aku baca msg yang kau send kat aku..ni keje kita bersama..dalam satu unit gerak kerja..sama2 senang sama2 susah..kau ingat kau sahaja yang kena study? busy?tak larat? aku pun sama Num...kita sama2 student, kau harap aku faham keadaan kau,, aku pun berharap benda yang sama dari kau Hanum..kenapa dengan kau..kau ada masalah ke..pandang la aku Num...

Air mata Hanum tidak tertahan lagi kerana dia sedar saat ini dia telah melukakan hati sahabat karibnya yang dia anggap seperti adik-beradiknya sendiri...
Hanum dengan perlahan bersuara..

'Ya..aku teruk Ika, aku pentingkan diri..aku ego, aku guris perasaanmu..aku mintak maaf..aku memang harap kau faham kedudukan aku yang sekarang ni sangt tension dengan assignment yang bertimbun dan study yang banyak aku tak dapat catch up..ya..aku lupa yang kau pun mungkin dalam situasi sama dengan aku..aku pentingkan diri!'

Hanum mengangkat mukanya dan air mata laju turun membasahi pipi...kesal atas perbuatannya kepada Ika..

'Hanum, kalu kau ada masalah, kau kongsila..aku sedia mendengar..', kata Ika

'Ika..aku rasa tak dapat adapt dengan susana baru di sini..tempat pengajian baru kita ni..aku rasa kosong..aku rasa semangat aku dulu hilang..kata2 pembakar jiwa tak de..'

'Hanum,inilah ujian perasaan..Allah akan uji hambaNya untuk lihat setakat mana pergantungan kita pada Allah..apa yang kau rasa sekarang ni normal...semasa di matrkulasi dulu, aku diuji dengan pelbagai ujian..kau pun tahu kan? disebabkan ujian2 itu, aku aku rasa makin tabah nak hadapi hidup ni..kau peganglah ayat ni Num..dalam surah al-Baqarah ayat 214,maksudnya berbunyi..




ATAUKAH KAMU MENGIRA BAHAWA KAMU AKAN MASUK SYURGA,
PADAHAL BELUM DATANG KEPADA KAMU CUBAAN ATAU UJIAN
SEPERTI YANG DIALAMI OLEH ORANG2 TERDAHULU SEBELUM KAMU.
MEREKA DITIMPA KEMELARATAN, PENDERITAAN DAN DIGUNCANG DENGAN
PELBAGAI CUBAAN, SEHINGGA RASUL DAN ORANG2 YANG BERIMAN
BERSAMANYA BERKATA, 'BILAKAH DATANG PERTOLONGAN ALLAH?'
INGATLAH...SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT.

Hanun, kau kena ingat dan pasakkan dalam hati bahawa lumrah atau fitrah perjuangan ini adalah kita akan diuji sebelum saat sampainya pertolongan Allah..Allah itu Maha Kaya..Maha Pemurah..Maha pengasih dan Penyayang..Dia nak kita berasa rindu kepadaNya dan hadirkan keresahan dalam hati kita supaya kita cepat2 kembali kembali kepadaNya..

Apa sahaja kerja buat kita..hendaklah kita sandarkan pada Allah s.w.t. perjumpaan ke, kerja kita, study kita, tanggungjawab kita, hendaklah kita bermatlamatkan Allah..bukan untuk manusia dan yang lain..
bila kita buat sesuatu kerana Allah..pasti hati kita tenang Hanum...Surah ar-ra'du ayat 28 ada menyebut..
Cthnya,jika masa study kita dipendekkan dengan perjumpaan atau meeting atau kelas tambahan setiap malam, namun berkat masa Allah yang tentukan..luangkan masa walaupun sejam untuk study setiap malam mungkin menyamai 5 jam study jika ada keberkatan masa yang dikurniakan oleh Allah..yang penting niat kita ikhlas kerana Allah..
Aku berpesan untuk diriku dan dirimu..Namun..org yang bercakap ini akan dulu diuji oleh Allah..moga aku diberi kekuatan..'

Kata-kata Ika menusuk sanubari Hanum..lantas Hanum bangun dan memeluk sahabatnya sambil berkata,

' Mungkin inilah nikmat yang aku dapat pada malam ni berjumpa dengan kau Ika..Allah datangkan kau padaku untuk settlekan masalah ni yang dah lama belenggu dlm hati..untuk keluarkan air mata yang dah lama kering tak memabasahi pipi..hati ini rasa tenang mendengarkan ayat2 semangat darimu Ika...aku sayang kau Ika..kerana Allah Ika..terima kasih Ika..maafkan aku andai melukakan hati...

Malam itu Hanum muhasabah diri dengan bermunajat kepada Allah agar mengampunkan dosa2 nya yang bertimbun dan moga dia terus istiqamah dalam jalan Islam..moga Allah kuatkan hatinya untuk membuat amal ..kebaikan

Saturday, August 15, 2009

Ramadhan Semakin Hampir


Salam perjuangan kepada semua..

Ramadhan yang semakin hampir dengan kita.

Hati begitu teruja ingin menjadi ahli dalam madrasah Ramadhan yang begitu mulia ini..

Ada di antara kita yang telah dulu pergi menemui Illahi tanpa sempat merasai manisnya beribadah dalam bulan yang sangat diberkati dan bulan ummat Muhammad s.a.w..

Namun, adakah kita pasti Ramadhan yang bakal tiba ini menjadi milik kita sepenuhnya atau adakah kita akan menuruti jejak mereka..

Bersediakah kita?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..

RAMADHAN KARIM....

Monday, August 10, 2009

Matang..

Assalamualaikum..

Matang?

Macam mane nak melihat seseorang itu sebagai matang?


Adakah pada umurnya?

Adakah pada rupanya?

Adakah pada struktur tubuhnya?

Atau bagaimana?


Bila berdamping dengan seorang teman, kemungkinan dia akan berkata diri kita sebagai periang, ceria dan tidak kelihatan matang..kalu ayat biasa yang didengar di kalangan sis di tempatku ini, tak layak lagi la nak masuk alam seterusnya..

Namun begitu..kemungkinan ada persepsi lain tentang diri kita di kaca mata orang lain..
Matang bagi sesetengah pendapat dan saya amat setuju jika mengatakan matang itu dari segi tindakan yang diambil dan bukan pada umurnya atau rupanya..tingkah lakunya yang kelihatan matang..pandai berkata-kata..bernas dalam percakapannya walaupun baru sahaja melangkah masuk ke alam belasan atau awal 20-an..




Menyingkap sejarah pada zaman Rasulullah..ramai sahabat2 baginda yang pada usia muda telah dilantik menjadi penulis wahyu kepada baginda Rasulullah s.a.w iaitu Zaid bin Thabit..dan ramai lagi di antara mereka yang membawa panji Islam dalam peperangan dan sebagainya..



Kematangan dari segi percakapan dan pemikiran seseorang dapat memberi satu daya tarikan kepada orang lain untuk mendengar apa yang diucapkannya ,belajar sserta merujuk kepadanya..satu soft skill yang perlu dibentuk dan bukannya datang bergolek dan penulis juga masih dalam usaha untuk meng ‘update’ elemen-elemen seperti ini dalam diri..untuk masa depan diri, masyarakat, agama dan Negara..

Saturday, July 11, 2009

tentang diriku


Salam perjuangan kepada muslimin dan muslimat..kepada semua pengunjung..

Alhamdulillah, dengan berkat keizinanNya..aku selamat mendaftar di UIAM kampus cawangan Kuantan..

Seusai taaruf program yang berlangsung selama 3 hari di UIAM kampus cawangan Kuantan, baru berkelapangan untuk menjenguk blog2 sahabat seperjuangan dan berkongsi sedikit pengajaran dalam hidup yang diperoleh..moga dapat manfaat bersama..

Taaruf program yang agak santai tanpa ada sebarang unsur2 ragging yang pernah suatu ketika dahulu dipraktikkan oleh sesetengah pihak..tidak dinafikan ada kebaikkan dan keburukannya..tetapi memandangkan keburukan itu lebih bnyak, maka konsep seperti itu mungkin tiada lagi..namun, nilai kasih sayang dan keramahan urusetia memberi satu gambaran awal yang sangat baik untuk berada selama 4 tahun di Kuantan ini..insyaAllah

Bersyukurnya diri ini dicampakkan ke bumi barokah UIAM cawangan Kuantan..sahabat2 yang baik budi bahasanya, akhlaknya dan penampilannya..

Untuk pengetahuan semua, UIAM ini ada mewujudkan kelas tilawah al-Quran dan kelas Tahfiz yang mana memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menghafal al-Quran di sini..

Sebagaimana yang sudah sedia maklum, UIAM cawangan Kuantan ini menempatkan pelajar2 dari jurusan kedoktoran, pharmacy dan sciences yang lain..namun, masih ada ruang untuk kami di sini memperkasakan al-Quran seiring dengan pembelajaran yang ditetapkan..alhamdulillah..

Semasa sesi interview samada layak atau tidak untuk memasuki kelas tahfiz quran pada sebelah pagi hari ini, kulihat ramai orang membanjiri pintu masuk kelas untuk diinterview..bangga melihat sahabat2 bukan dari kalangan yang pernah menghafal al-Quran sebelum ini pergi ke temuduga itu..

Bersungguh-sungguh, tabah, sucinya niat di hati mereka untuk menghafal al-Quran..walaupun keadaan di sini nanti akan menyebabkan mereka sangat sibuk dengan course kritikal seperti medic, namun masih menyimpan hasrat untuk menghafal al-Quran

Pengalamanku menghafal al-Quran semata-mata selama 1 tahun setengah di Kuala Kubu Bharu sangat perit dan aku kira sangat menguji kesabaran untuk menghafal dari satu ayat ke satu ayat yang lain..inikan pula sahabat2 yang ingin menghafal quran di samping menumpukan perhatian pada pelajaran tentang ilmu kedoktoran dan lain2 nya..tahniah dan syabas kepada semua..

Sangatlah rugi andai kata ada pelajar keluaran mana2 tahfiz atau pondok yang tidak merebut peluang ini untuk memantapkan lagi bacaan dan hafalan masing2 sepanjang berada di Kuantan ini..harapanku dan doa berpanjangan agar Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidup ini untuk lebih kuat dalam menjaga setiap ayat al-Quran itu..

Thursday, July 2, 2009

dikau pergi dulu

'' Adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah'' ( Surah al-Baqarah ; 165)

Khas buat sahabat seperjuangan (dua dari kanan), moga dikau tenang di sana..Al- Fatihah untuk arwah nabil marwan..

Ya Allah..Allahuakbar..

Selepas mendapat berita sahabat sebelum ini pergi mengadap Ilahi, Ammar Zulkifli..kini, nabil menyusur pula..
Bila tiba giliran kita?

Sama-sama kita muhasabah diri..ajal datang menjemput..tiada siapa dapat menghalang..tua..muda..semua sama belaka..


Semoga Allah swt menempatkan arwah dikalangan orang soleh...amin ya rabb alamin...yang masih hidup kita teruskan perjuangan.. .

'Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalnya melainkan tiga perkara; sedakah jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat' - hadis nabi

Justeru, berusahalah kita memperbyakkan amalan masing2 sebelum kita mati...

Nabil dikenali dengan seorang yang baik..pengalaman sekelas dengannya walaupun satu sem telah banyak memberi kenangan kepada diri ini dan sahabat2 yang lain..apatah lagi yang telah lama mengenali beliau..

Malam jumaat malam yang mulia..dikau dijemput Ilahi..ruhmu tenang diangkat laju bertemu Ya Rabb..

Al-Fatihah..

Tuesday, June 30, 2009

khas untukkmu

Khas buat sahabat seperjuanganku..
adikku..
x-roommateku..
yang banyak menolongku..
memberi inspirasi kepadaku..
moga dikau sentiasa dalam rahmatNya..
murah rezeki...
terimalah ikhlas dariku..
buatmu..
dik haz...
sayang..

Sunday, June 28, 2009

tag3..

Peraturannya:
Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:
1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.
Calon-calon terpilih:-
adeq solehah
wan sufiah
sarah zarawi
huda idris
munirah rashid
kak amalina
naimah
kak imah
nina
hidayah samsudin

Wednesday, June 24, 2009

Sekilas Kenangan

Salam perjuangan kepada semua..

Kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik..

Ku kira saki baki cutiku kali ini berakhir begitu sahaja sebelum melangkah masuk ke UIA,kampus cawangan Kuantan ..namun Allah telah mentakdirkan untukku hadir ke beberapa buah program yang amat bermakna kukira dan pengalaman yang tak mungkin kukutip di tepi jalan..

Jadualku bermula dengan program Perkhemahan Remaja Islam (PEKA09) di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang pada 10-12 Jun 2009 , anjuran Jabatan Pembangunan Remaja D.Wkf Mempelam.Banyak kenangan manis di sini..sahabat2 fasilitator dan urusetia yang banyak membantu dan aktiviti yang lasak seperti nightwalk, jungle tracking menguji ketahanan diri peserta dan committee..
Pengalaman bersama pacat2 hutan memang tak dapat dilupakan..



Peserta lelaki kusyuk mendengar ucapan penutup


Pengarah program setia mengendalikan post mortem lewat tengah malam


Semua baju tshirt peserta dan urusetia disponsor khas


Jelajah diteruskan dengan program di Kolej Universiti Darul Quran di sekitar Terengganu pada 11-13 Mei 2009..Walaupun lambat sehari menghadiri program tersebut, namun, Isu-isu semasa dapat diupdate dan ukhuwwah sesama sahabat seperjuangan dapat dieratkan..

Seterusnya, tanggal 14 Jun – 17 Jun 2009, ku membawa diriku mengembara bersama 2 orang sahabat lagi ke Taman Rekreasi Setiu, Setiu Terengganu untuk menjadi fasilitator program pemantapan organisasi JPPI , pelajar2 Politeknik Seberang Perai (PSP).




Bas PSP baru sahaja sampai ke tempat program

Dari jauh mereka datang dengan bas PSP semata-mata untuk menimba ilmu dan ditarbiyyah secara tidak langsung..jadi, komitmen semua fasilitator adalah yang terpenting dalam memberi input2 berguna..sedikit pengalaman yang hamba ada dikongsi bersama..moga segala kekurangan harap dimaafkan..

Gambaran awal tempat program yang memang cantik


Antara aktiviti yang dilakukan ialah ta’ruf dalam kumpulan pada awalnya..antara first impression yang tak dapat dilupakan dari ahli kumpulan dan akan diperbaiki..

(Kak munirah)
Tanggapan : Seorang yang ceria
Nervous
Harapan : Jangan biarkan diri nampak lemah

Tips : Jangan bagi orang nampak kertas akak bergoyang

Ha..Nak ketawa pun ada..segan pun ada..al maklum la..ni baru kali pertama memegang kumpulan yang bercampur lelaki dan perempuan..jadi pada awalnya agak gementar..Alhamdulillah slot2 seterusnya dikendalikan dengan baik tanpa gementar dan nervous..InsyaAllah
Riadhah ditepi pantai Setiu


Ustazah Rosmawati memberikan hujah semasa bahas berlangsung



Ku melihat betapa kuatnya ukhuwwah adik2 PSP yang datang ke program sehingga aku membandingkan antara PSP dengan tempat pengajianku sekarang..Jika di tempatku, pelajar lelaki agak sukar untuk memanggil sahabatnya dengan penggilan seperti along,angah,acu dan beberapa panggilan manja yang lain, dalam konteks mereka berorganisasi..seperti sebuah keluarga..tapi, adik2 dari PSP seperti sudah biasa dan mereka bangga dipanggil seperti itu.. Berbeza dibahagian muslimat, ku tidak hairan kerana ia sudah biasa didengari sebelum ini..



Seorang sahabat pernah berkata kepadaku..jangan sesekali mengukur nilai ukhuwwah dengan panggilan seperti itu..kerana ukhuwwah tidak boleh dilihat tapi boleh dirasai..Hanya orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah dapat merasai nikmat ukhuwwah itu..

Ukhuwwah fillah,
Tidak akan musnah,
Walaupun ombak,
Walau badai menerjah,
Ukhuwwah erat,
Tak mungkin patah,
Dengan Ismullah,
Kita berbaiah,
Bertemu dan berpisah,
Hanya keranaNya......

Jadual programku menutup tirai dengan menjadi bidang terjun ‘masakan’ untuk program latihan untuk kepimpinan pelajar-pelajar maktab di tempat yang sama dengan sebelum ini iaitu di Kolej Universiti Darul Quran pada 17 Jun-20 Jun 09.. Keletihan amat di rasai setelah hampir sejam perjalanan pulang dari Setiu, namun memikirkan ketiadaan urusetia yang bertugas, ku gagahkan jua diri ke sana..moga Allah merahmati segala apa yang kita perlakukan..

Semoga segala kenangan ini dapat mengajarku untuk lebih matang dan bisa menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah..InsyaAllah..


Ke arah melahirkan mahasiswa yang proaktif dan berpandangan jauh..

Sunday, June 21, 2009

Ya Allah..aku merinduiMU...


tujuan adalah satu iaitu saat perjumpaan dengan Rabbu-l 'Alamin,
berakhir seluruh apa yang kita lewati,
dari kehidupan dunia,
kepada tujuan tunggalnya,
iaitu berjumpa dengan Allah..
ingatlah, akan datang suatu saat bibir kita tidak bisa lagi menyebut nama Allah;
di saat itu kita diturunkan ke dalam kubur kita,
dan wajah kita dibuka,
dan wajah kita diciumkan ke tembok kubur kita,
lalu kita dikuburkan dan ditinggal oleh semua kerabat..
di saat itu tidak ada kekasih,
di saat itu tidak ada jawatan,
di saat itu tidak ada harta,
itulah, kita sendiri..
dan di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir;
yang mengingat Allah dan Allah mengingatnya,
yang merindukan Allah, Allah merindukannya..
Allah masih terus bersabar,
yang ditunggu adalah hamba pendosa,
hamba yang hina;
yang hidup berasal dari sebutir sel,
dan akan berakhir sebagai bangkai,
makanan-makanan haiwan di dalam tanah..
menanti hambanya memohon taubah,
Dialah Yang Maha Baik,
Dialah Yang Maha Mulia..
setelah kita diberi kehidupan,
diberi jasad,
lantas Allah meminjamkan pula,
dunia ini berserta isinya;
meminjamkan matahari,
meminjamkan bulan,
meminjamkan daratan,
meminjamkan haiwan dan tumbuhan,
meminjamkan air dan lautan..
yang kesemuanya adalah milik Allah..
kita tidak menyewanya,
tidak pula membelinya,
tidak pula berdoa untuk meminjamnya,
Allah yang memberinya sebelum kita meminta..
sedemikian luasnya rahmat Ilahi,
dan kasih sayang-Nya melebihi semua kasih sayang;
melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita,
melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita..
jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah,
jangan berat menyebut nama Allah,
dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah?
kami berlindung pada-Mu dari pedihnya seksa kubur,
kami berlindung pada-Mu dari pedihnya seksa neraka,
pastikan kami selamat dari ini semua..

(warkah dari seorang sahabat)

min barakati-l 'ilmi, isnadu-l qauli ila qailih,
al-habib munzir bin fuad al-musawa

HAPPY FATHER'S DAY


Andai mu membaca post ini..ku ucapkan selamat hari bapa buatmu abah..

You're my beloved father in my life..
Best,fantastic father that i've ever had..
Syukran abah..
Thank You abah..
Mendidikku..mengajarku..mentarbiyyahku..
Menjadi insan yang bergelar hamba kepada Allah..
Tiada yang lain yang ku harapkan...
Selain hidupmu penuh diberkati oleh Allah dan dilimpahi rahmatNya..
Aku saaaaaaaaaaayang padamu...
MOga syurga menanti mu abah..

Sunday, May 17, 2009

Baiti jannati-Allahu ghoyatuna


Assalamualaikum wrt.wbt. Hamdan wa syukran lillah. Dengan izinNya, Dia masih memberi keizinan untuk hamba menulis di ruangan kecil ini..

Selama cuti 3 bulan ini, tidak banyak pengalaman yang berharga dapat dikutip selain menyempurnakan tanggungjawab yang utama lagi pertama sebagai hamba kepada Allah dan di rumah sebagai anak kepada ayah dan ibuku serta kakak kepada 4 orang adik2 dibawahku..

Memang senang untuk menyakitkan hati orang tetapi bukan senang juga untuk menjaga hati dan memastikan orang lain senang dengan kehadiran kita..

Paling mudahnya bila kita berada di rumah..kadang-kadang tingkah laku kita dan sesetengah perbuatan kita tidak baik dan mungkin membuat adik-beradik kita benci dengan kita..abang suka membuli adiknya..bertengkar, bergaduh dan sebagainya..Sebagai adik-beradik, kasih sayang yang mendalam patut diterapkan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah keluarga yang aman dan harmoni..

Tidak dinafikan, sepanjang cutiku kali ini yang agak panjang, perkara2 seperti tolak ansur dan tahap kesabaran yang tinggi sangat perlu dipraktikkan.. untuk menyenangkan hati orang lain, kadang-kadang memerlukan pengorbanan yang tinggi..sabar dan sabar..dan ku tahu ujian Allah itu di mana-mana dan pelbagai..walaupun sekecil-kecil perkara, Allah tetap uji kita..KERANA APA? Semata-mata kerana Allah sayangkan kita dan ingin menaikkan darjat kita di sisiNya..

‘’Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ‘’

-Surah al- Baqarah : 153


Ada sesetengah adik kita tidak mengambil berat soal menghormati ibu bapa..mungkin juga pernah berlaku pada diriku suatu ketika dahulu..InsyaAllah tidak akan diulang lagi..mohon ampun wahai ibu dan ayah..iaitu mudah mengeluh dan memasamkan muka apabila ibu kita meminta kita mengalah kepada adik beradik yang lain ataupun menyuruh kita berbuat sesuatu tetapi tidak menyuruh yang lain..kita mudah berasa iri hati dan sebagainya..

Siapakah kita untuk berasa iri hati? Siapa kita untuk berasa benci kepada mereka yang telah melahirkan kita?Kadang2 kita iri hati dengan adik beradik yang lain kerana disangkakan disayangi lebih dan sebagainya..Cubalah kita belajar untuk menyayangi walaupun tidak disayangi pada mulanya..lama-kelamaan, kita akan merasai nikmat memberi kasih sayang kepada orang dan Allah akan sayang kita lebih dari itu semua...kasih sayang itu milik Allah..ibu bapa milik Allah, Allah pemilik segala..mintalah kepada Allah andai itu yang kau dambakan..Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan..IBU DAN BAPA, tidak ternilai dalam hidupku..UHIBBUKA YA ABI!UHIBBUKI YA UMMI!


Tanda kasihnya Allah pada kita apabila dicampakkan dalam hati kita nikmatnya beribadat kepadaNya..terasa ada Allah sentiasa dekat dengan kita...dalam setiap perkara itu Allah sahaja dalam hati kita....makan ingt Allah, minum ingat Allah, membaca, study dan segala perbuatan kita, Allah matlamat kita...alangkahnya indahnya saat itu..tidak dapat tidak, jika kita meninggal sekali pun..kita masih setia ingtkan ALLAH...

‘’Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKU, niscaya Aku ingat pula kepadaMu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan jangnlah kamu mengingkariKu (nikmatKu).’’

-Surah al-Baqarah : 152




Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket