Khas buat semua sahabat2 yang melayari blog vibrant...
Sewaktu kecilku, aku tercari-cari apa itu makna kehidupan..setiap hari, aku tidak akan terlepas dari melakukan suatu perkara..berdiri di hadapan cermin, pandang pada wajahku sendiri dan persoalan demi persoalan timbul dan bermain di benak pemikiranku.'Siapa aku? Mengapa aku dilahirkan? Di mana tempatku sebelum ini? Mengapa dunia diciptakan? Bagaimana Allah menciptakan manusia dan seluruh alam semesta? Lalu menitislah air mataku mengenangkan tiada siapa yang dapat menjawab persoalan itu.. Aku malu untuk bertanya pada abah, mama malah guru-guru,ustaz ustazahku di sekolah..
Persoalan itu terus dibiarkan sepi tanpa jawapan..
Pada setiap petang, ahli keluargaku akan berkumpul di ruang tamu untuk mendengar risalah ta’lim yang akan dibacakan oleh ayahku. Suatu petang yang redup dan indah itu, ayahku menyentuh bab solat.’’ Buat anak-anak abah, solat itu tiang agama, perkara yang pertama sekali akan dihitung pada hari akhirat nanti ialah solat..jadi,kita mesti solat kerana orang yang tidak menunaikan solat akan diseksa apabila mereka mati kelak..baik di alam kubur mahupun di alam mahsyar’’…Aku bertanya kepada ayahku, ‘‘ Abah,apa contoh seksaan alam kubur bagi orang yang meninggalkan solat ?’’ Ayahku menjawab, ‘‘Akan datanglah ular besar lagi menggerunkan makhluk Allah bernama manusia tatkala ular itu mendekati mereka dan membelit mereka..patahlah tulang-tulang mereka dek kuatnya belitan ular tersebut pada badan mereka..Aku serta adik-beradikku yang lain berpelukan kerana takut melihat reaksi ayahku menggambarkan kepada kami tentang ular tersebut..(Biasalah..kanak-kanak ribena lagi)
Petang itu, bermualalah titik perubahan pada diriku..TIDAK TINGGAL SOLAT LAGI…berlumba-lumba buat kebajikan ; solat awal waktu. Sehingga sekarang pun, saat imanku lemah, datanglah seorang sahabat menegaskan padaku..solat itu tunjang segala amalan…Perbaiki solat kita dahulu agar lebih kusyuk nescaya kita akan terhindar dari melakukan perbuatan yang di larang oleh Allah dan lebih dekat padaNya.Tapi, pada mulanya, aku menjaga solat semata-mata untuk menarik perhatian kedua ibu bapaku, aku sering dipuji di hadapan adik-beradik yang lain kerana tidak melengah-lengahkan solat..
Tapi apa yang aku dapat hanyalah pujian semata-mata. Aku mula berfikir untuk siapakah aku rukuk dan sujud? Hanya untuk dilihat orang?Hanya untuk mencuri perhatian kedua ibu bapaku? Aku mula berfikir..
Aku menadah tangan kepada tuhan, ‘‘ Ya Allah, terimalah segala amalku, solatku, wujudkanlah keikhlasan dalam diriku dalam segala perbuatanku..’’Mengimbau cerita itu, aku teringat kata-kata seorang naqibah di tempat pengajianku sekarang bahawa suatu perkara kebaikan atau perubahan yang kita lakukan kebiasaannya akan didahului rasa untuk menunjuk-nunjuk sebelum keikhlasan yang sebenar kepada Allah S.W.T muncul dalam hati kecil kita. So,janganlah kita takut untuk berubah kepada yang lebih baik untuk diri kita selagi masa masih ada..