Sunday, April 27, 2008

Tafsiran ayat 54 Surah al-Maidah



(Hai orang-orang yang beriman!Siapa yang murtad)'Yartadda' ertinya murtad atau berbalik (di antara kamu dari agamanya) bermaksud berpaling dari jalan Allah, ini pemberitahuan dari Allah S.W.T tentang berita ghaib yang akan terjadi dan yang telah terlebih dahulu diketahuiNya.

Buktinya sahabat2 sekalian..setelah Nabi Muhammad wafat, segolongan umat keluar dari agama Islam (maka Allah akan mendatangkan) sebagai ganti mereka iaitu suatu kaum yang dicintai Allah dan mereka pun mencintaiNya..Sabda Nabi S.A.W, '' Mereka itu ialah kaum orang ini,'' sambil Nabi menunjukkan kepada Abu Musa Al-Asyari ; riwayat Hakim dalam sahihnya ,mereka bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin dan bersikap keras atau tegas terhadap orang-orang kafir.Mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut akan celaan..sebagaimana takutnya orang-orang munafik takut akan celaan orang-orang kafir..

Jadi, sifat-sifat yang disebutkan akan dikurniakan oleh Allah kepada siapa hamba yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas KurniaNya dan lagi Maha Mengetahui akan siapa yang patut menerimaNya..Ayat ini turun ketika Ibnu Salam mengadu kepada Rasulullah, ''Wahai Rasulullah! Kaum kami telah mengkhianati kami!''

Buat sahabat2 yang Alhamdullilah telah menerima dan merasai kurniaan Allah yang besar ini..hendaklah sentiasa bersyukur kepadaNya..sehingga terus thabat,jgn undur..jgn toleh,jgn pandang ke belakang lagi..

Sama-samalah kita berbaiki diri kita,mantapkan iman dan sahsiah agar kita terpilih untuk berada dalam kelompok tersebut..

No comments:

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket