Monday, August 10, 2009

Matang..

Assalamualaikum..

Matang?

Macam mane nak melihat seseorang itu sebagai matang?


Adakah pada umurnya?

Adakah pada rupanya?

Adakah pada struktur tubuhnya?

Atau bagaimana?


Bila berdamping dengan seorang teman, kemungkinan dia akan berkata diri kita sebagai periang, ceria dan tidak kelihatan matang..kalu ayat biasa yang didengar di kalangan sis di tempatku ini, tak layak lagi la nak masuk alam seterusnya..

Namun begitu..kemungkinan ada persepsi lain tentang diri kita di kaca mata orang lain..
Matang bagi sesetengah pendapat dan saya amat setuju jika mengatakan matang itu dari segi tindakan yang diambil dan bukan pada umurnya atau rupanya..tingkah lakunya yang kelihatan matang..pandai berkata-kata..bernas dalam percakapannya walaupun baru sahaja melangkah masuk ke alam belasan atau awal 20-an..




Menyingkap sejarah pada zaman Rasulullah..ramai sahabat2 baginda yang pada usia muda telah dilantik menjadi penulis wahyu kepada baginda Rasulullah s.a.w iaitu Zaid bin Thabit..dan ramai lagi di antara mereka yang membawa panji Islam dalam peperangan dan sebagainya..



Kematangan dari segi percakapan dan pemikiran seseorang dapat memberi satu daya tarikan kepada orang lain untuk mendengar apa yang diucapkannya ,belajar sserta merujuk kepadanya..satu soft skill yang perlu dibentuk dan bukannya datang bergolek dan penulis juga masih dalam usaha untuk meng ‘update’ elemen-elemen seperti ini dalam diri..untuk masa depan diri, masyarakat, agama dan Negara..

3 comments:

Kembara Sufi said...

sikap kita kena bergantung pada tempat dan situasi dan orang yg kita hadapi. sebab dalam diri kita ada peratus gaya kanak-kanak, dewasa dan orang tua. (ni masa belajar kaunseling dulu)

kematangan boleh digilap hasil daripada pengalaman dan pemikiran. kdg2 ada umur yang dah tua tapi pemikiran still muda. dan ada yang masih muda tapi pemikirannya sudah jauh ke hadapan. Inilah yang kita mahu

p/s: insyaAllah muni dah matang, boleh dah nak bina masjid nan indah. hehe

penasutera said...

pengalaman hidup akan membuat kita lebih matang,yang penting kematangan perlu bergantung pada situasi,ianya bukan didefinasikan bila kita serius kita matang tapi cara kita mengolah dan mengutarakan idea..itu bari betul

my said...

insyaAllah..semoga semua dapat mematangkan diri dalam apa jua situasi..

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket