Wednesday, April 29, 2009


Salam'alaik kepada semua sahabat2 yang datang menziarah..Syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur hamba-hambaNya..untuk kita saling bertukar pandangan dan muhasabah diri kita masing-masing terutama diri yang menulis..

'Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran'( surah al-Asr ;1-3)

Sebelum itu, kuingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang telah banyak mendoakan kesihatan ayah tercinta..alhamdulillah sekarang sudah bertambah baik dan InsyaAllah akan bekerja semua pada akhir bulan 5 ini setelah sudah hampir 4 bulan tidak menjejakkan kaki ke tempat kerja..

Sepanjang tempoh bersama ayahku dan menjaganya, banyak perkara kami kongsi,mutiara2 ilmu yang perlu kumanfaatkan..Terima kasih ya Tuhan kerana menganugerahkan seorang ayah yang sangat baik dan memahami ini..

Ingatla 5 perkara sebelum 5 perkara..
-sihat sebelum sakit
-lapang sebelum sempit
-kaya sebelum miskin
-muda sebelum tua
-hidup sebelum mati

Tidak dinafikan bahawa orang yang sakit sentisa ingatkan Allah..namun, beberapa peristiwa yang agak menyedihkan apabila kurangnya penekanan yang dibuat tentang solat oleh sesetengah pesakit di hospital.

Seorang ustaz menegaskan bahawa, tiada istilah QADA' dalam solat untuk orang yang sakit walau dia lumpuh sekali pun selagi mana dia sedar..maka, perlulah dia mempelajari rukhsah2 dlm solatnya itu..

Kami sekeluarga byk belajar tentang itu..Banyak hikmah disebalik ujian sakit ini..dosa-dosa lama terhapus..iman semakin menebal kepada Allah..kita sebagai hamba perlu berusaha untuk melawan menyakit itu..namun begitu,hanya Allah dapat menyembuhkan segala penyakit

Bila kamu datang melawat seorang pesakit..hendaklah kamu bacakan doa kepadanya
'Azhibil baksa rabbannas,washfi antasshafi,la shifaa u illa shifaauka shifaa an,la yughodiru sakoma', tiupkan pada ubun2 pesakit

Di sinilah peranan jururawat Islam untuk bertanya tentang solat pesakit dan mengambil berat akannya..Saya melihat di sini bahawa misi dan visi UIAM sungguh baik dlm usaha untuk mengeluarkan doktor,nurse dan pegawai2 kesihatan yang bukan sahaja seorang yang memiliki ijazah, malah dalam masa yang sama, mereka mengambil berat tentang solat pesakit dan soal hukum agama yg lain..

Slamat untuk semua..
Moga ada salah silap dalam tulisan,dapat harap buat pembetulan..
(pisciss_austriniss@yahoo.com)

1 comment:

HafizahNik said...

muni,maaf tak tau pun ayah muni sakit.Alhamdulillah dah semakin sembuh ye..Insyaallah fiza doakan semoga dia cepat sembuh.

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket