Thursday, May 7, 2009
Bohsia??Don't choose wrong way..
After the success of "KL Menjerit" by Badaruddin Azmi, we can watch yet another movie about illegal motor racing. "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam" is the second movie directed by Syamsul Yusof after "Evolusi KL Drift".
We know Syamsul is trying to send a 'good' message to the audience - but how many more movies about the mat rempit should we be making? The stunts shown in this movie are so impressive that they may in fact result in even more people being interested in this social phenomenon.
Terus menerus pembikinan filem seperti ini di negara Malaysia menunjukkan inilah akhlak sebenar remaja, pemuda pemudi negara kita..adakah kita seperti itu??
Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pada akhlak dan perlakuan remaja-remajanya..Is it right?
Sungguh sedih dan terkilan ingin saya luahkan kepada institusi ketiga yang penting dalam hidup saya kira iaitu institusi kerajaan selepas institusi kekeluargaan dan insititusi pendidikan yang mana telah meluluskan filem seperti ini diterbitkan dan dipertontonkan kepada masyarakat umum..
Pada pandangan pengarah, filem itu bertujuan menunjukkan kepada masyarakat penyakit sosial di kalangan remaja dan seharusnya mereka menjauhi perkara itu. Sebaliknya, filem itu mengandungi watak lelaki dan wanita bergaul bebas, melakukan zina dan keganasan seperti bergaduh. Mana mungkin kita sebagai penonton yang ada taqwa kepada Allahdan akal yang waras mengambil pengajaran dalam masa yang sama, kita dikenyangkan dengan adegan-adegan yang berunsur lucah, ganas, keji dan menyentuh sensitiviti keagamaan seperti itu..
Tiada hasil yang baik melalui penayangan filem berkenaan tetapi hanyalah kerosakan akhlak remaja-remaja di Malaysia semata-mata..
Perlunya di sini untuk para seniman lebih mengkaji baik buruk filem yang ingin diterbitkan.. Alangkah baiknya jika peranan ulama’ dalam negara dapat dijalankan untuk memberi komentar atau pendangan mengenai sesuatu filem yang ingin diterbitkan samada boleh atau tidak...InsyaAllah..moga2,suatu hari nanti..
Bilakah agaknya? Mungkin selepas institusi kerajaan ini bertukar dan dianggotai oleh pimpinan ulama’ sebagai kepimpinan tertinggi..Dengan izinNya.. kerana tiada yang mustahil jika kita usaha bersungguh-sungguh..Sama-sama mendoakan yang terbaik untuk negara tercinta dan seluruhnya..
Buat masa sekarang..Saya mengesyorkan kerajaan terutama Lembaga Penapisan Filem mengharamkan semua filem tempatan atau luar negara yang mengandungi unsur lucah, ganas, keji dan menyentuh sensitiviti keagamaan. Filem seperti ini mampu merebak jika tiada langkah yang progresif diambil oleh kerajaan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Today's Drug
renungan
Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
No comments:
Post a Comment