Sunday, August 3, 2008

salam perjuangan kepada semua sahabat

alhamdulillah kita masih dikuatkan roh dan dipinjamkan nyawa yang sungguh berharga ni oleh Allah untuk terus mencari mutiara2 ilmu dan bekalan kita sebelum kapal layar menjemput kita ke negeri seterusnya. Hidup kita ibarat seperti sedang berada di atas bahtera yang mana kita di tinggalkan sementara di sebuah pulau untuk mencari sebanyak mungkin bekalan sebelum bahtera itu datang kembali menjemput kita ke negeri seterusnya yakni akhirat.. Sedarlah bahawa kita sekarang berada di pulau itu yakni dunia..masing2 sibuk mencari makanan,harta benda dan bekalan lain untuk dibawa..semoga kita semua mendapat bekalan yg secukupnya nanti..

Hakikat org baru..itulah title yg diberi..Semua org ada pengalaman menjadi org baru mahupun menerima org baru dalam kehidupan. Menjadi org baru kadang2 perlu kepada kesabaran yang tinggi.

Apa cabaran2 menjadi org baru?

1)Di tempat belajar

2)Di tempat kerja

3)Di kampung

4)Keluarga baru

If there’re any experiences, just leave the comments

3 comments:

Anonymous said...

salam.btul tu,memang byk cabran jadi org baru ni..ni saya nak bercerita dari pglaman saya sndiri.
Jiran saya dtg umah saya, kebetulan selepas majlis perkahwinan saudara terdekat saya sendiri. Jiran ni mengadu pada saya dengan mengatakan ketidakpuashatian dia tentang org baru yg hadir di kampung ni,iaitu suami pada saudara saya yg baru kahwin tadi,saya tny lah kenapa..dia ckp dia anti pada guy tu sebab kurang senyum atau bahasa lain nya sombong..

Saya cuba la bagitau jiran ni supay a bersangka baik pada org lain,manalah tau kan, dia tak tenampak ke..so sebab tu lah dia tak balas senyuman org lain..dia tetap menafikannya,kalu dasar sombong,sombong jgk..

so, pengajarannya yg saya nak kongsi,FIRST IMPRESSION org lain tentang diri kita amatlah penting dalam keadaan skrg,sebab konsep bersangka baik pada org lain makin lama makin luntur dlm diri msyrakat ..senyum tu memg kena praktikkan selalu..dengan senyum,org lain akan senang dgn kita.tak tegur pun tak ape,cuma senyum tu wajib bila sahaja kita bergelar org baru..tu pandapt sya la..

Anonymous said...

bila jadi org baru ni,macam2 kena jaga.jaga perasaan org lain penting tu,silap langkah org akan mengata dbelakang. Bila pindah rumah ke, kena la berkenal-kenalan dengan org skeliling kita.Bila dah kenal baru org akan bersangka baik dengan kita.Pepatah pun ada kata,TAK KENAL MAKA TAK CINTA

my said...

terima kasih atas komentar dari shbt2..ape pun, mnjadi org baru perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri..kadang2 memudahkan kita untuk berhijrah ke arah yg lebih baik jika menjadi org baru..org disekeliling kita blum mengenali kita dan masa tu kita blh la bina diri kita yg baru yg lebih baik dan berketerampilan daripada sebelum ni..'Innama bu'ithtu liutammima makarimal akhlak'Rasulullah pun mengajarkan kepada kita bahawa perkara yg paling baik di atas muka bumi ini ialah akhlak yg baik.Ada seorang sahabat Rasulullah bertny kpd baginda, ''Apakah perkara yg plg baik di atas muka bumi ini Ya Rasulullah?,''Lalu Rasulullah menjawab akhlak yg baik..apa lagi?tny shbt lagi,Rasulullah menjawab sehingga 3 kali jwpn yg sama..Ditny pula apa perkara yg plg buruk di dunia ini?Rasulullah menjawab akhlak yg buruk juga sebanyak 3 kali..Penekanan akhlak yg baik ini menjadi tuntutan pada kita untuk melaksanakannya..palingsimple,Dengan senyum shj, menggambarkan akhlak yg baik pada org lain. Jgn sesekali memasamkan muka kepada org lain walaupun kamu sedang bersedih,d ikhuatiri org lain akan terasa hati dan menjauhkan diri darimu-hadis nabi-

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket