SOALAN
Soalan ini telah diringkaskan oleh pihakAl-Manahil kerana soalan ini bersifat peribadi dan terlalu panjang. Soalan adalah seperti berikut :
1. Bagaimana ingin membantu arwah ayah di Alam Barzakh?.
2. Bagaimana nak hilangkan penyakit Ujub dalam diri?
3. Adakah kurangnya daya ingatan disebabkan oleh banyak berbuat dosa dan ibadat tidak diterima Allah?
4. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan perasaan menyalahkan takdir?
5. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan perasaan rendah diri yang tidak sepatutnya didalam diri saya kesan dari keluarga saya yang selalu memandang rendah kepada saya.
HAMBA ALLAH YANG SEDIH
JAWAPAN
Walaikumussalam
Ukhti fillah,
Dua nikmat yang amat besar nilainya jika hemdak dibandingkan dengan nikmat-nikmat lain iaitu nikmat Iman dan Islam. Nikmat ini hanya dikurniakan kepada mereka yang dikehendaki oleh Allah .Bersyukurlah sekiranya kita diberi nikmat tersebut.
Ukhti fillah,
Mengenai persoalan yang ditimbulkan , saya yang kerdil ini sekadar memberi pendapat . Mungkin ianya boleh diterima pakai dan mungkin juga sebaliknya . Jadi lihatlah apa yang dipercakapkan tetapi jangan lah lihat siapa yang bercakap , mungkin kerana orang yang bercakap itu tidak seperti yang diagakkan.
Ukhti fillah,
Persoalan yang pertama:-
Didalam sepotong hadis Rasulullah bersabda:
Maksudnya: apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah yang jariah (kearah kebaikan) , ilmu yang bermenafaat serta doa dari anak yang soleh untuknya.Dalam hadis (Qudsi) yang lain pula Nabi bersabda: "Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana kamu memohon keampunan daripada ku dan sentiasa menaruh harap padaku –agar diampunkan dosa- nescaya aku akan ampunkan segala dosa kamu tanpa aku mempedulikan betapa banyaknya kesalahan tersebut, Wahai anak Adam! Sekiranya sampai dosa yang kamu lakukan itu setinggi lagit dan kemudian kamu memohon keampuna daripada ku nescaya aku akan ampunkan. Wahai anak Adam! Sekiranya kamu datang kepadaku –pada hari akhirat- dengan dosa sebesr bumi dan kemudian kamu berjumpa dengan keadaan kamu tidak menyukutukan akau dengan sesuatu pun ,nescaya aku akan datang kepada kamu dengan sebesar bumi keampunan" (riwayat Tarmizi)
Didalam hadis pertama dengan jelas kepada kita bahawa setiap doa dan amalan yang dikerjakan oleh seorang anak si mati akan sampai kepadanya.Manakala alamat Qabul setiap amalan itu tidak dapat diketahui oleh sesiapapun , namun yang penting ialah iklaskan amalan tersebut ,Insyaalllah ianya diterima oleh Allah.
Mengenai persoalan mimpi : mimpi bukanlah boleh dijadikan bukti kepada penerimaan sesuatu amalan.
Manakala dalam hadis yang kedua pula jelas keampunan Allah amat luas selagimana seorang hamba itu tidak menyekutu-Nya.
Ukhti Fillah,
1 ) Persoalan yang kedua:
-Pertama sekali bersyukurlah diatas perubahan tersebut dan teruskan amalan sunat tersebut kerana dengan amalan sunat sedemikian akan menyebabkan seseorang itu amat dekat dengan Allah .Ingatlah sabda Rasulallah (Hadis Qudsi):Allah berfirman :"&ldots;. Dan ketika mana masih seorang hamba itu mendekatkan dirinya kepadaku dengan amalan sunat sehingga aku menyayanginya&ldots;." .(riwayat bukhari) Dalam hadis ini sekali lagi jelas menunjukkan inayah /naungan Allah kepada mereka yang mendekatkan diri kepada-Nya.
-Kedua, sifat ujub adalah satu sifat yang dikeji . Namun begitu perlulah diingat perbezaan ujub dengan sifat Izzah yang perlu ada pada setiap muslim . Sifat ujub ialah dia merasa sombong , tidak mahu berkawan dengan mereka yang kurang daripadanya dan merasa dirinya adalah yang paling baik , manakala sifat Izzah pula ialah perasaan bertuah kerana diberi nikmat Iman dan Islam dan diberi petunjuk kejalan yang benar . Dimasa yang sama sisana masih ramai lagi yang memerlukan hidayat tersebut . Perbanyakkanlah bersyukur sekiranyan merasa Izzah dengan Islam.
-Ketiga, Teruskan berdoa dan beristighfar . Cuba amalkan doa ini :
-Mengenai ujub itu juga . cuba gantukan dengan kata "Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi hidayat daripada-Nya dimasa orang lain memerlukan" dan juga sentiasa berdoa untuk orang lain agar mereka juga mendapat nikmat/hidayah ini . Insya-Allah lama kelamaan ia akan hilang ,disamping itu tingkat keikhlasan.
-Perlu diingat bahawa ajaran Islam apabila diamalkan dengan sebenar-benarnya akan menjadikan seseorang itu berakhlak mulia dan dihormati oleh orang lain . Ini adalah kesan yang zahir . Buktinya lihatlah kepada sirah Rasulallah sendiri. Jadi apa yang dialami oleh Saudari merupakan satu rahmat yang perlu disyukuri.
-Mengenai kata pujian terhadap diri sendiri. Cuba bandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih baik pegangannya dengan Islam seperti alim ulama seperti mana kata hikmat (kemungkinan hadis tetapi tak sempat dipastikan ) : "Dalam soal Agama lihatlah mereka yang lebih baik kerana ini akan membawa kita kepada memperbanyakkan amalan" .
Elakkan dari membandingkan diri dengan mereka yang kurang pegangannya kerana akan menyebabkan perasaan bangga diri dan akan memalaskan kita daripada beribadat kepada-Nya.
- Beristiqamahlah dalam berbuat ibadah. Insya-Allah dengan istiqamah akan terhilang sifat Ujub yang dirasai kerana ia-ibadat tersebut – seolah-olah menjadi darah daging kita sendiri.Suruhan beristiqamah ini adalah suruhan daripada Nabi sendiri (ketika ditanya oleh seorang sahabat dengan katanya ":Wahai Rasullallah katakan pada aku satu perkataan yang mana aku tidak akan bertanya seseorang selain engkau .Maka Nabi pun bersabda : Katakan aku beriman dengan Allah dan beristiqamahlah "(riwayat muslim dalam kitab Iman)
Ukhti Fillah,
Persoalan yang ketiga:-
Bagi mengatasi masalah kemerosotan yang saudari hadapi – pada pendapat saya- adalah seperti berikut:=
- Tingkatkan usaha disamping perbanyakkan doa dan bertawakkal.
- Cuba pastikan masalah sebenar yang saudari hadapi dan cuba selesaikan dengan sebaiknya . Jangan campuradukkan masalah-masalah tersebut terutama ketika hampir/dalam peperiksaan.
- Titikberatkan juga masalah kesihatan . Ini kerana mungkin masaalah kesihatan munjadi faktor utama keadaan ini berlaku.
- Cuba elakkan dari melakukan kemaksiatan kepada Allah serta cepat-cepat pohon keampunan dari-Nya sekiranya berlaku maksiat tanpa disedari atau disengajakan.Ini kerana Imam Shafie pernah berkata dalam Bait Syairnya yang bermaksud:-
"Aku mengadu kepada Waqi’ tentang buruknya hafalanku,
Maka dia mengarahkan aku meniggalkan maksiat,
Disamping itu dia berkata ,Ilmu itu adalah cahaya,
Dan cahaya Allah tak akan datang kepada orang yang berbuat maksiat"
- Ingatlah kata hikmat (kemungkinan hadis- maaf tak sempat hendak dipastikan) :-
" Lihatlah orang yang lebih rendah dan teruk daripada kamu nescaya ia akn menjadikan kamu seorang yang bersyukur"
- Mengenai kemungkinan berbuat dosa pula , ianya tidak ada kaitan dengan kemerosotan yang saudari hadapi namun begitu jika saudari menyedari ianya berlaku ,pohonlah kemaafan .Akan tetapi jika ianya tidak berlaku atau tidak dipastikan ,kosongkan fikiran saudari dari mencari-cari kesilapan diri yang tidak dipastikan berlaku . Allah berfirman yang maksudnya ;" Allah tidak mengtaklifkan(memberati) seseorang melainkan sekadar kemampuannya"(surah Al-Baqarah –ayat 286)
- Cuba amalkan satu amalan yang pernah dibuat oleh seorang sahabat Rasullallah ketika hendak tidur dia berkata " Ya Allah, sekiranya aku dianiaya oleh seseorang maka aku maafkannya, dan sekiranya aku menganiaya seseorang –yang tidak disedari atau diketahui- maka ampunlah aku"
- Tentang penerimaan amalan yang dilakukan bukanlah tugas kita . Yang penting bagi kita ialah lakukan perintah yang disuruh oleh Allah dengan sebaik-baiknya dan penuh keikhlasan . Sesungguhnya Allah maha mengasihi hambanya . Didalam hadis Qudsi Allah berfirman yang maksudnya " Aku sentiasa bersama apa yang diharapkan oleh hambaku" maka berharaplah sesuatu yang baik semoga ianya ditunaikan oleh Allah.
Ukhti Fillah,
Persoalan yang keempat;_
Masalah sifat redha mestilah diushakan agar ianya wujud dalam diri kita . ini kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan keimanan kepada Qada’ dan Qadar. Walaubagaimanapun kemungkinan ianya mengambil masa . Namun cuba usahakan agar setiap hari setiap ketika sifat redha didalam diri bertambah .
Disamping itu banyakkan bersabar dalam ujian yang mendatang . Ini kerana kadangkala ujian Allah itu berbentuk bala –pada tanggapan hamba tetapi pada hakikatnya tidak – bagi menguji setinggi mana keimanan seseorang itu. Ingatlah setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya ,mungkinkita menyedari dan mungkin juga tidak . Akan tetapi yakinlah baha wa ianya membawa hikmat tersurat.
Oleh itu perbanyakkan bersabar kerana sabar ini terlalu besar hikmahnya . Insyaallah dengan sabar lama kelamaan akan wujud sifat redhatawakkal dan tawadhuk.
Suruhan ini terlaku banyak terdapat didalam hadis Rasulallah antaranya:-
" sebaik- baik sabar adalah ketika mula-mula dia terkena ujian daripada Allah"
Dalam Hadis yang lain pula " Suatu yang pelik dengan orang yang beriman , apabila mereka ini diberi rahmat mereka bersyukur, manakala apabila mereka ditimpa bala/ujian mereka bersabar’
Dalam hadis yang lain seorang sahabat meminta daripada Rasullallah suatu nasihat , Rasullullah berkata " Jangan kamu marah " . sahabat ini mengulang lagi pertanyaan ini maka Rasullallah menjawab jawapan yang sama (riwayat Imam Bukhari dalam kitab al-adab). Hadis ini antara lain mengajak kita bersabar.
Ingatlah ! kebahgian yang hakiki adalah diakhirat . Oleh itu usahlah dikesali sedikit nikmat yang diuji oleh Allah buat sementara waktu asalkan ketakwaan kepadaNya tidak diabaikan . Insya-Allah nikmat tersebut mungkin diperolehi semula didunuia ini, jika Allah menghendaki demikian . Siapa ynag lebih berkuasa daripadaNya?
Ukhti Fillah,
Persoalan yang kelima:-
Didalam Al-Quran Allah berfirman yang maksudnya :" sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah mereka yang bertaqwa"( surah Al-Hujarat –ayat 13)
Dalam hadis pula Rasulllah menegaskan :’" Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu akan tetapi Allah melihat hati-hati kamu dan amal perbuatan kamu"
Usah pedulikan kata orang lain kerana pepatah arab ada menyatakan " Keredhaan manusia suatu matlamt yang tak mungkin dapat diperolehi "
Cuba lihat dan bandingkan nikmat lain yang kita perolehi, ianya terlalu banyak jika hendak dibandingkan dengan sedikit ujian tersebut –yakni kekurangan yang saudari ceritakan- . Tidak ada manusia yang sempurna . Usahlah dibanggakan dengan kelebihan yang dikecapi,tetapi masih terdapat disana kekurangan yang cuba ditutupi.
Perbanyakkan menyerah diri kepada Allah kerana dia yang menentukan segalanya . Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang hamba pun kecuali mereka itu sendiri yang lalai lalu menzalimi diri mereka sendiri.
Segala nikmat –seperti kecantikan dan sebagainya – akan diperolehi di akhirat esok didalam syurga sekiranya dia benar-benar mentaati Allah . Adakah kita memilih sesuatu yang hanya bersifat sementara yang tidak kekal –kemungkinan didunia ini lagi- atau memilih sesuatu yang kekal yang dirasai selama-lamanya?
Akhirnya,
Ana/saya memohon jutaan kemaafan andaikata jawapan yang diberikan ini kurang memuaskan hati saudari. Dan sekali lagi kemaafan jika ianya lewat dari yang sepatutnya . Ini kerana kami terlalu sibuk disebabkan beberapa tanggungjawab yang terpaksa kami tunaikan .
No comments:
Post a Comment