Saturday, October 4, 2008

Ijtima’ Aidilfitri bersama Kepimpinan Tertinggi

Bersama pimpinan tertinggi, majlis penuh meriah..sesi soal jawab memang dinanti-nanti..bermacam-macam soalan dilontarkan agar apa yg terbuku dihati diluahkan..

Seawal pukul 9 pg,majlis dijangka bermula. VVIP, para saf kepimpinan kelihatan terlebih dahulu tiba di perkarangan Pusat Perubatan Darul Shifa’ Cawangan Kuala Terengganu yg bertempat di Kuala Ibai sebelum sempat para hadirin, siswa,siswi dan perantau2 di negeri Terengganu memenuhkan kerusi yg ada di dalam dewan.

Ini antara sikap yang wajar dan mesti diubah oleh segenap masyarakat kita dalam usaha untuk melahirkan insan yang berketerampilan tinggi.Masa yg tidak di ‘manage’ dengan betul boleh menyebabkan kita ketinggalan di belakang..

Akhirnya, daripada waktu yg dijadualkan..sejam kemudian barulah majlis sebenar dapat dimulakan..bermula dengan ucapan aluan pengerusi majlis seterusnya majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru atau nama mesranya, Ayah Chik..seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana sambutan kali ini nampaknya lebih meriah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya..(kata pengerusi majlis)

Apa yg ingin dibangkitkan di sini adalah apabila tiba sesi soal jawab mengenai isu semasa dan senario politik pada hari ini, hampir kesemua soalan yg diajukan datangnya dari sebelah lelaki atau muslimin..Tidak seorang pun puteri2 atau muslimat2 yg tampil gagah penuh berani untuk bangun dan bertanyakan soalan, melontarkan pendapat masing2 atau yg sewaktu dengannya..Hal ini ditujukan khas kepada setiap individu dari kaum hawa termasuk diri sendiri..lemahnya muslimat untuk tampil memberi pendapat dan cadangan didalam meeting atau perjumpaan mahupun ijtima’ seperti ini..

Sudah tibanya masa untuk kita dibahagian muslimat untuk membentuk dan menbina diri ke arah yg lebih berani, bersemangat tinggi, berilmu dan juga mengikuti pelihal hal ehwal semasa dalam negara dan luar negara.

Sesungguhnya engkau sebagai pelengkap

Moga syahid jalan dituju

Focus dalam hidup

Allah Matlamat Akhir…

Friday, October 3, 2008

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Khusus kepada saudara-mara, adik-beradikku, sahabat2 dan sesiapa shj yg mengenali diri saya dan keluarga..umumnya buat seluruh kaum muslimin dan muslimat diseluruh pelusuk dunia..

Tidak dapat disangkal lagi, sambutan raya pada tahun ini amat bermakna berbanding dengan sambutan semenjak 3 tahun yg lepas..ini kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul semua dan ditambah pula dengan kehadiran org baru di dlm keluargaku..(org Kelantan)

Sahabat2 pun semestinya mempunyai rasa dan pengalaman yg tersendiri..ada yg sedih terharu,ada yg suka keriangan dalam menikmati hari mulia ini selepas sebulan kita berpuasa..

Kata ukhti nurul nadiah, jika di arab sana, takbir raya akan dialun dengan nada seperti org yg sedang gembira,tegas,terasa seperti satu kemenangan telah dicapai oleh setiap masyarakat Islam..Menangkan umat Islam untuk melawan hawa nafsu selama sebulan dan menangnya mereka dalam mentarbiyyah jiwa dan diri mereka agar lebih bertaqwa kepada Allah…

Manakala kita di Malaysia, sayu mendengarkan alunan takbir suci di pagi raya..nescaya bisa menggugurkan mutiara-mutiara jernih dari mata seorang perantau di negara orang..

Kedua-duanya ada kelebihannya..Kesayuan yg terasa mengingatkan kita bahawa perginya ramadhan yg mulia buat kali ini..Mampukah kita untuk sampai kepada ramdhan yg akan datang,hanya Allah yg merencanakan segalanya..Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah..

JIka dahulunya solat lima waktu itu mampu didirikan secara berjemaah..dalam solat itu mampu air mata gugur jatuh membasahi pipi,setiap waktu terisi dengan segala macam ibadat khusus mahupun umum, terkenang kuasamu Ya Rabbi, ku terasa dekat denganMu..terasa aku dilihatMu..terasa semua yg beribadat di masjid itu mendamaikan keampunan,kerahmatan dan kasih sayang dariMu..Mampukah diri ini bertahan seperti itu sehingga sampai ramadhan yg akan datang jika diizinkan olehMu..Maha Suci Allah Yg Maha Mengetahui, Sesungguhnya Engkau peliharakanlah diri ini sepertimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yg soleh dan solehah..yg muqarrabin..aku yg hina..Hanya Engkau tempat mengadu dan berserah..

Focus dalam hidup,

Allah Matlamat akhir…

Saturday, September 13, 2008

assalamualaikum..

Pada semua sahabt, adalah belum terlambat untuk kita sama2 bersyukur kepada Allah kerana masih berada dibulan Ramadhan untuk mengutip sebanyak mungkin mutiara2 ilmu juga memperbaiki amalan kita di bulan penuh barakah ini, BULAN RAMADHAN.

Bulan yg mana menjadi madrasah kepada kita untuk membentuk diri menjadi lebih baik dan cemerlang, seterusnya BERTAQWA kepada Allah.

Alhamdulillah, sedar tak sedar, kita sudah memasuki fasa kedua di bulan Ramadhan,,dan sama2 lah kita mengerjakan ibadah tidak kira khusus atau umum Lillahi Taala dan moga-moga kita dikurniakan keampunan dari Allah atas segala dosa kita yg lampau, sekarang juga dosa2 akan datang..

Suatu tazkirah disampaikan oleh sahabat dalam usrah sempat saya ikuti sebelum ifthor bersama2 pada tiga hari yg lalu..

Proses pembentukan diri kita dibulan ramadhan dianalogikan sebagai proses terjadinya seekor rama2..Bagaimana sahabat-sahabat?

Seekor ulat ataupun larva tidak disukai oleh kebanyakan orang sebelum bertukar menjadi seekor rama2 yg begitu indah dan cantik.Betul begitu?Mungkin kita pun sebelum ini, tidak disukai atau disenangi oleh org lain disebabkan perangai dan penampilan kita yg tidak baik.Mampukah untuk berubah? (tepuk dada tny iman)

Apabila kita masuk sahaja di bulan barakah ini, ibarat seekor ulat tadi masuk ke dalam kelongsongnya sebelum bertukar manjadi rama2. Rama2 itu memerlukan satu tempoh dan keadaan yg sesuai dengan memampuannya sendiri membina dan membentuk dirinya yg baru.
Apabila keluarnya rama2 yg indah itu, nescaya ramai tangan2 yg mahu menangkapnya dan mengejarnya..

Dan Allah Maha mengetahui Sesuatu ..( surah al- Baqarah :216)

Begitu jugalah keadaannya pada kita.Apabila ramadhan itu betul2 dijadikan sebagai sekolah atau medan untuk kita berubah menjadi org yg lebih cemerlang dan bertaqwa kepada Allah, nescaya dan pasti ramai yg akan menyenangi kita dan nikmat ketenangan itu dapat dinikmati selepas tamatnya bulan ramadhan.

Sama2 lah kita berlumba2 melakukan ibadah dan mengingati Allah
CINTAILAH ILLAHI...

Friday, September 5, 2008

ramadhan kareem

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah serta mengharapkan limpah kurnia-

Quran menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad . yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Rasulullah. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

  • Tanda bersyukur kepada Allah atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah

  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.


Tuesday, August 19, 2008

CINTA: FITRAH VS FITNAH



"Kebelakangan ini kerap kita mendengar soalan tentang bolehkah sebenarnya bercinta dalam Islam,

mungkin dek kerana terpengaruh dengan aluan nasyid nasyid longlai dan fatwa cinta di dalamnya, ramai pula orang ingin merasakan nikmat bercinta . Persoalan ini sebenarnya satu soalan yang agak sukar untuk dirungkai, apa lagi bagi orang yang tak punyai pengalaman .

Cinta boleh menjadi fitnah
Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih, ***a bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang mendorong ke arah maksiat besar, fitrah
boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan: (( dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain fitnah, adakah kamu
melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat )).

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal mengikut syara' untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan, dan telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak terjebak dalam perkara haram
dan kotor yang dimurkai Allah Taala. Ini kerana manusia itu secara semulajadinya memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh nafsu, dan syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan mendorong mereka ke jalan nafsu yang menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah diperlekehkan,nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri. Dek kerana itu, maka kebelakangan ini sering kita direntet oleh isu yang mengigit sukma lakunya. Antara perilaku sumbang yang semakin sebati dikalangan remaja hari ini.

1. Memandang kepada bukan mahram
Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka… ).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti kehakiman, muamalat harian tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu. (rujuk bab an-nazru tulisan dari. Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah, juga mungkin akan mengikat hati lelaki pada wanita.

Justeru, pandangan mata perlulah dijaga demi keselamatan hati dan rohani, kerana pandangan juga boleh membawa kepada zina, seperti sabda Rasulullah, "dua mata itu boleh berzina melalui pandangannya"-riwayat Bukhari. Rasulullah pernah berpesan pada Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahiwajhah: " Wahai Ali,jangan kamu turuti pandangan pertama (yang tidak disengajakan dengan pandangan seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama itu tidak mengapa, tapi yang kedua bukan haqmu.."-riwayat Tarmizi.

2. Berjumpa dan berjalan berdua-duaan
Seorang perempuan tidak dibenarkan bermusafir sendirian, dan bertemu lelaki ajnabi sendirian, seperti sabda Nabi s.a.w: " Tidak bermusafir seorang perempuan kecuali ada bersamanya mahramnya, dan tidak boleh seseorang masuk menemuinya kecuali ada mahramnya."- hadis riwayat Imam Bukhari. Perempuan juga dilarang berjalan bersama sama lelaki, dalam sunan Abi Daud, diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memerintahkan para wanita agar berjalan di tepi laluan jalan, tidak di tengah kerana mengelakkan mereka dari bercampur dengan lelaki. Sedangkan percampuran begini dilarang, apatah lagi berjalan berdua - duaan.

3. Berpegangan tangan
Di dalam Islam, mengikut pendapat jamhur dan rojih, seorang muslim diharamkan bersalaman/bersentuhan dengan semua wanita (iaitu dalam hal biasa, dibolehkan dalam hal darurat seperti perubatan), kecuali dengan mahramnya: ibunya, adik beradiknya,anaknya, ibu mertuanya, ibu saudaranya, anak saudaranya, isterinya dan anak tirinya( anak isteri).

Jika dilihat dari sirah Rasulullah, baginda amat tegas menjauhi persentuhan lelaki perempuan, hatta dalam hal penting sekalipun seperti bye'ah. Bahkan rasulullah akan mengambil bye'ah wanita melalui ikrar sahaja. Daripada Aisyah r.a, katanya: Nabi mengambil bye'ah para wanita dengan ikrar, baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita kecuali wanita yang halal baginya.-riwayat Bukhari.

Namun yang demikian, mengapa masih ramai anak anak muda berpasangan berpegangan tangan, sedangkan baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya"- riwayat Tabrani dengan sanad yang soheh. Telah menjadi fitrah pada lelaki dan wanita apabila bersentuhan keduanya maka akan timbul rasa seronok di hati. Ini akan menjadi satu permulaan kepada perkara maksiat. Syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan menghiasi perkara yang dimurkai Allah agar kelihatan indah.

Bersentuhan sangat berkaitan dengan hawa nafsu, dan hawa nafsu itu adalah buta dan tuli. Apabila nafsu menjadi raja, maka syaitan pun bertepuklah tangan. Bagi wanita pula,malu itu adalah ibarat mahkota yang tidak perlukan singgahsana. Tetapi sekiranya mahkota ini tercabut dari singgahsananya, maka jadilah wanita itu lebih dahsyat daripada 70 ekor syaitan!

4. Berdua-duaan / dating/ khalwah ajnabiyah
Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan"-(riwayat imam Ahmad). Tidak syak lagi bahawa berdua-duaan satu perkara yang amat besar bahayanya. Nafsu shahwat akan memungkinkan segalanya, ditambah lagi syaitan yang akan berusaha kuat untuk menjerumuskan manusia ke jalan kemaksiatan. Apabila sudah berada di landasan keseronokan nafsu, seseorang baik lelaki mahupun wanita akan lupa kekuasaan Allah, kemurkaan dan azabNya. Mereka juga akan melupakan nilai kesucian diri dan kemuliaan sifat terpuji. Dalam keadaan berdua-duaan amatlah mudah untuk terjatuh ke dalam jenayah yang besar. Bahkan ianya merupakan satu peringkat yang paling menghampirkan diri kepada zina, dan ianya terbukti dengan kes-kes penangkapan khalwat, dan muqaddimah zina serta zina itu sendiri yang berpunca dari berdua-duaan.

Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah daripada berdua-duaan dengan perempuan, Demi diriku yang berada dalam tanganNya, tidaklah berkhalwat dua orang lelaki dan perempuan kecuali ada syaitan diantara mereka.. dan jika sekiranya seorang lelaki berhimpit dengan seekor bab* yang berlumuran lumpur dan kotoran itu lebih baik baginya dari berhimpit bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidak halal baginya". Hadis di atas jelas mengharamkan khalwat dan duduk berdua bersama, kalau di zaman kita ini termasuklah duduk berdua-duaan bersebelahan di dalam bas, wayang dan sebagainya. Satu alasan yang popular bagi mereka yang ingin berdua-duaan ialah untuk mengulangkaji pelajaran. Menuntut ilmu itu memanglah satu perkara yang dituntut, tapi apakah sudah tidak ada pelajar lain di atas muka bumi ini untuk belajar bersama sama. atau sudah tiada pelajar yang sama jantina yang boleh membantu dalam pelajaran.

Cuba kita renungi kata-kata Imam Hasan al-Basri : "Jangan kamu berdua-duaan dengan perempuan, walaupun kamu berkata. saya mengajarkannya al-Quran". Demikianlah beberapa hujah dari baginda Rasulullah sendiri serta para ulama tentang larangan dan bahaya khalwah atau berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram.

PERSOALAN : Telefon dan SMS - boleh atau tidak Seperti yang kita tahu, telefon dan SMS merupakan alat perantaraan komunikasi yang tidak wujud di zaman rasul, sahabat mahupun tabiin. Dalam hal ini saya mengembalikan hukum sesuatu perbuatan itu kepada asalnya, iaitu mengikut kaedah usul fiqh, asal kepada setiap satu itu adalah harus, selagi tidak ada nas yang mengharamkannya. Atau dalam masalah telefon barangkali dapat kita lihat dalam bab mendengar percakapan wanita , satu bab yang ada dalam kitab fiqh. Bercakap dan mendengar percakapan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram/ajnabi, dengan satu hajat atau tujuan yang baik, adalah diharuskan di dalam Islam, selagimana ianya aman dari fitnah, tidak menimbulkan shahwat, dan tidak melalaikan dari mengingati Allah Ta'ala.

Di dalam Soheh Bukhari dan soheh muslim misalnya, terdapat hadis yang menerangkan bagaimana Rasulullah mengambil bye'ah dari para muslimah dengan percakapan. Ibnu Hajar dalam syarah Soheh Bukhari, kitab Fathul Bari menyimpulkan dari hadis ini bahawa, mendengar percakapan perempuan itu adalah harus, dan suara mereka bukanlah aurat. Imam Nawawi pula dalam syarah sahih muslim menyatakan: dalam hadis ini kita dapati bahawa percakapan wanita itu harus untuk kita mendengarnya dengan ada hajat atau tujuan, dan suara mereka bukanlah aurat. (rujuk Mufassal, Abd karim Zaidan, jilid 3, m/s 276/277)

Antara dalil lain yang mengharuskan percakapan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ialah Al-Qur'an memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi saw dari balik tabir. Allah berfirman: "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ..."(al-Ahzab: 53) Permintaan atau pertanyaan dari para sahabat itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin. Mereka memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadits-hadits bagi orang yang ingin mengambil hadits mereka. Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi saw. dihadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, "Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar." Di dalam Al-Quran juga kita dapat mengikuti kisah seorang wanita muda, putri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib alaihissalam) yang bercakap dengan Musa, sebagaimana dikisahkan dalam Al-Qur'an: "... Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ..." (al-Qashash: 25)
Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka: "... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya." (al-Qashash: 23)

Selanjutnya, Al-Qur'an juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih. Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Qur'an diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bias membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit." Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surat di atas: "Dan ucapkanlah perkataan yang baik". Melalui hujah ini, maka harus untuk seseorang bercakap melalui telefon, atau menghantar SMS, dengan hajat dan tujuan yang baik di sisi syara' seperti yang dibawakan dalam contoh-contoh di atas serta aman dari fitnah, syahwat dan tidak melalaikan kita dari mengingati Allah Ta'ala. Semua ini hanya dapat ditentukan oleh diri orang yang menelefon atau memberi sms itu sendiri, samaada percakapannya itu menimbulkan fitnah atau tidak, melalaikan atau
tidak, maka kalau dia berdusta pada dirinya sendiri dan orang lain,maka itu antara dia dan Allah Ta'ala.



Cinta sebagai satu fitrah
Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa an-nihayah",dan beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..". sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam rumahtangga mereka.

Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan, mahu menjadikannya sebagai serikandi hidup, maka dibenarkan dia melihat perempuan itu mengikut batas syara'. Terdapat hadis hadis dalam bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang bukan aurat), contohnya hadis riwayat Imam Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia hendak meminang seorang perempuan, lalu bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan lagi kasih sayang antara kamu berdua nanti.. "Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu mereka barulah mereka bercinta sebagai suami isteri.

Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara'yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi,CAHAYA AZIMAT MENUJU FIRDAUSI.Wallahua'lam.

Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk siapa..
Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada siapa..
Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia kan pergi .


p/s: Ingatlah "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"

Wednesday, August 6, 2008

HATI YANG SAKIT

SOALAN

Soalan ini telah diringkaskan oleh pihakAl-Manahil kerana soalan ini bersifat peribadi dan terlalu panjang. Soalan adalah seperti berikut :

1. Bagaimana ingin membantu arwah ayah di Alam Barzakh?.
2. Bagaimana nak hilangkan penyakit Ujub dalam diri?
3. Adakah kurangnya daya ingatan disebabkan oleh banyak berbuat dosa dan ibadat tidak diterima Allah?
4. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan perasaan menyalahkan takdir?
5. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan perasaan rendah diri yang tidak sepatutnya didalam diri saya kesan dari keluarga saya yang selalu memandang rendah kepada saya.

HAMBA ALLAH YANG SEDIH

JAWAPAN

Walaikumussalam

Ukhti fillah,
Dua nikmat yang amat besar nilainya jika hemdak dibandingkan dengan nikmat-nikmat lain iaitu nikmat Iman dan Islam. Nikmat ini hanya dikurniakan kepada mereka yang dikehendaki oleh Allah .Bersyukurlah sekiranya kita diberi nikmat tersebut.

Ukhti fillah,
Mengenai persoalan yang ditimbulkan , saya yang kerdil ini sekadar memberi pendapat . Mungkin ianya boleh diterima pakai dan mungkin juga sebaliknya . Jadi lihatlah apa yang dipercakapkan tetapi jangan lah lihat siapa yang bercakap , mungkin kerana orang yang bercakap itu tidak seperti yang diagakkan.

Ukhti fillah,
Persoalan yang pertama:-

Didalam sepotong hadis Rasulullah bersabda:

Maksudnya: apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah yang jariah (kearah kebaikan) , ilmu yang bermenafaat serta doa dari anak yang soleh untuknya.Dalam hadis (Qudsi) yang lain pula Nabi bersabda: "Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana kamu memohon keampunan daripada ku dan sentiasa menaruh harap padaku –agar diampunkan dosa- nescaya aku akan ampunkan segala dosa kamu tanpa aku mempedulikan betapa banyaknya kesalahan tersebut, Wahai anak Adam! Sekiranya sampai dosa yang kamu lakukan itu setinggi lagit dan kemudian kamu memohon keampuna daripada ku nescaya aku akan ampunkan. Wahai anak Adam! Sekiranya kamu datang kepadaku –pada hari akhirat- dengan dosa sebesr bumi dan kemudian kamu berjumpa dengan keadaan kamu tidak menyukutukan akau dengan sesuatu pun ,nescaya aku akan datang kepada kamu dengan sebesar bumi keampunan" (riwayat Tarmizi)

Didalam hadis pertama dengan jelas kepada kita bahawa setiap doa dan amalan yang dikerjakan oleh seorang anak si mati akan sampai kepadanya.Manakala alamat Qabul setiap amalan itu tidak dapat diketahui oleh sesiapapun , namun yang penting ialah iklaskan amalan tersebut ,Insyaalllah ianya diterima oleh Allah.

Mengenai persoalan mimpi : mimpi bukanlah boleh dijadikan bukti kepada penerimaan sesuatu amalan.

Manakala dalam hadis yang kedua pula jelas keampunan Allah amat luas selagimana seorang hamba itu tidak menyekutu-Nya.

Ukhti Fillah,

1 ) Persoalan yang kedua:

-Pertama sekali bersyukurlah diatas perubahan tersebut dan teruskan amalan sunat tersebut kerana dengan amalan sunat sedemikian akan menyebabkan seseorang itu amat dekat dengan Allah .Ingatlah sabda Rasulallah (Hadis Qudsi):Allah berfirman :"&ldots;. Dan ketika mana masih seorang hamba itu mendekatkan dirinya kepadaku dengan amalan sunat sehingga aku menyayanginya&ldots;." .(riwayat bukhari) Dalam hadis ini sekali lagi jelas menunjukkan inayah /naungan Allah kepada mereka yang mendekatkan diri kepada-Nya.

-Kedua, sifat ujub adalah satu sifat yang dikeji . Namun begitu perlulah diingat perbezaan ujub dengan sifat Izzah yang perlu ada pada setiap muslim . Sifat ujub ialah dia merasa sombong , tidak mahu berkawan dengan mereka yang kurang daripadanya dan merasa dirinya adalah yang paling baik , manakala sifat Izzah pula ialah perasaan bertuah kerana diberi nikmat Iman dan Islam dan diberi petunjuk kejalan yang benar . Dimasa yang sama sisana masih ramai lagi yang memerlukan hidayat tersebut . Perbanyakkanlah bersyukur sekiranyan merasa Izzah dengan Islam.

-Ketiga, Teruskan berdoa dan beristighfar . Cuba amalkan doa ini :

-Mengenai ujub itu juga . cuba gantukan dengan kata "Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi hidayat daripada-Nya dimasa orang lain memerlukan" dan juga sentiasa berdoa untuk orang lain agar mereka juga mendapat nikmat/hidayah ini . Insya-Allah lama kelamaan ia akan hilang ,disamping itu tingkat keikhlasan.

-Perlu diingat bahawa ajaran Islam apabila diamalkan dengan sebenar-benarnya akan menjadikan seseorang itu berakhlak mulia dan dihormati oleh orang lain . Ini adalah kesan yang zahir . Buktinya lihatlah kepada sirah Rasulallah sendiri. Jadi apa yang dialami oleh Saudari merupakan satu rahmat yang perlu disyukuri.

-Mengenai kata pujian terhadap diri sendiri. Cuba bandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih baik pegangannya dengan Islam seperti alim ulama seperti mana kata hikmat (kemungkinan hadis tetapi tak sempat dipastikan ) : "Dalam soal Agama lihatlah mereka yang lebih baik kerana ini akan membawa kita kepada memperbanyakkan amalan" .

Elakkan dari membandingkan diri dengan mereka yang kurang pegangannya kerana akan menyebabkan perasaan bangga diri dan akan memalaskan kita daripada beribadat kepada-Nya.

- Beristiqamahlah dalam berbuat ibadah. Insya-Allah dengan istiqamah akan terhilang sifat Ujub yang dirasai kerana ia-ibadat tersebut – seolah-olah menjadi darah daging kita sendiri.Suruhan beristiqamah ini adalah suruhan daripada Nabi sendiri (ketika ditanya oleh seorang sahabat dengan katanya ":Wahai Rasullallah katakan pada aku satu perkataan yang mana aku tidak akan bertanya seseorang selain engkau .Maka Nabi pun bersabda : Katakan aku beriman dengan Allah dan beristiqamahlah "(riwayat muslim dalam kitab Iman)

Ukhti Fillah,

Persoalan yang ketiga:-

Bagi mengatasi masalah kemerosotan yang saudari hadapi – pada pendapat saya- adalah seperti berikut:=

- Tingkatkan usaha disamping perbanyakkan doa dan bertawakkal.

- Cuba pastikan masalah sebenar yang saudari hadapi dan cuba selesaikan dengan sebaiknya . Jangan campuradukkan masalah-masalah tersebut terutama ketika hampir/dalam peperiksaan.

- Titikberatkan juga masalah kesihatan . Ini kerana mungkin masaalah kesihatan munjadi faktor utama keadaan ini berlaku.

- Cuba elakkan dari melakukan kemaksiatan kepada Allah serta cepat-cepat pohon keampunan dari-Nya sekiranya berlaku maksiat tanpa disedari atau disengajakan.Ini kerana Imam Shafie pernah berkata dalam Bait Syairnya yang bermaksud:-

"Aku mengadu kepada Waqi’ tentang buruknya hafalanku,

Maka dia mengarahkan aku meniggalkan maksiat,

Disamping itu dia berkata ,Ilmu itu adalah cahaya,

Dan cahaya Allah tak akan datang kepada orang yang berbuat maksiat"

- Ingatlah kata hikmat (kemungkinan hadis- maaf tak sempat hendak dipastikan) :-

" Lihatlah orang yang lebih rendah dan teruk daripada kamu nescaya ia akn menjadikan kamu seorang yang bersyukur"

- Mengenai kemungkinan berbuat dosa pula , ianya tidak ada kaitan dengan kemerosotan yang saudari hadapi namun begitu jika saudari menyedari ianya berlaku ,pohonlah kemaafan .Akan tetapi jika ianya tidak berlaku atau tidak dipastikan ,kosongkan fikiran saudari dari mencari-cari kesilapan diri yang tidak dipastikan berlaku . Allah berfirman yang maksudnya ;" Allah tidak mengtaklifkan(memberati) seseorang melainkan sekadar kemampuannya"(surah Al-Baqarah –ayat 286)

- Cuba amalkan satu amalan yang pernah dibuat oleh seorang sahabat Rasullallah ketika hendak tidur dia berkata " Ya Allah, sekiranya aku dianiaya oleh seseorang maka aku maafkannya, dan sekiranya aku menganiaya seseorang –yang tidak disedari atau diketahui- maka ampunlah aku"

- Tentang penerimaan amalan yang dilakukan bukanlah tugas kita . Yang penting bagi kita ialah lakukan perintah yang disuruh oleh Allah dengan sebaik-baiknya dan penuh keikhlasan . Sesungguhnya Allah maha mengasihi hambanya . Didalam hadis Qudsi Allah berfirman yang maksudnya " Aku sentiasa bersama apa yang diharapkan oleh hambaku" maka berharaplah sesuatu yang baik semoga ianya ditunaikan oleh Allah.

Ukhti Fillah,

Persoalan yang keempat;_

Masalah sifat redha mestilah diushakan agar ianya wujud dalam diri kita . ini kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan keimanan kepada Qada’ dan Qadar. Walaubagaimanapun kemungkinan ianya mengambil masa . Namun cuba usahakan agar setiap hari setiap ketika sifat redha didalam diri bertambah .

Disamping itu banyakkan bersabar dalam ujian yang mendatang . Ini kerana kadangkala ujian Allah itu berbentuk bala –pada tanggapan hamba tetapi pada hakikatnya tidak – bagi menguji setinggi mana keimanan seseorang itu. Ingatlah setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya ,mungkinkita menyedari dan mungkin juga tidak . Akan tetapi yakinlah baha wa ianya membawa hikmat tersurat.

Oleh itu perbanyakkan bersabar kerana sabar ini terlalu besar hikmahnya . Insyaallah dengan sabar lama kelamaan akan wujud sifat redhatawakkal dan tawadhuk.

Suruhan ini terlaku banyak terdapat didalam hadis Rasulallah antaranya:-

" sebaik- baik sabar adalah ketika mula-mula dia terkena ujian daripada Allah"

Dalam Hadis yang lain pula " Suatu yang pelik dengan orang yang beriman , apabila mereka ini diberi rahmat mereka bersyukur, manakala apabila mereka ditimpa bala/ujian mereka bersabar’

Dalam hadis yang lain seorang sahabat meminta daripada Rasullallah suatu nasihat , Rasullullah berkata " Jangan kamu marah " . sahabat ini mengulang lagi pertanyaan ini maka Rasullallah menjawab jawapan yang sama (riwayat Imam Bukhari dalam kitab al-adab). Hadis ini antara lain mengajak kita bersabar.

Ingatlah ! kebahgian yang hakiki adalah diakhirat . Oleh itu usahlah dikesali sedikit nikmat yang diuji oleh Allah buat sementara waktu asalkan ketakwaan kepadaNya tidak diabaikan . Insya-Allah nikmat tersebut mungkin diperolehi semula didunuia ini, jika Allah menghendaki demikian . Siapa ynag lebih berkuasa daripadaNya?

Ukhti Fillah,

Persoalan yang kelima:-

Didalam Al-Quran Allah berfirman yang maksudnya :" sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah mereka yang bertaqwa"( surah Al-Hujarat –ayat 13)

Dalam hadis pula Rasulllah menegaskan :’" Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu akan tetapi Allah melihat hati-hati kamu dan amal perbuatan kamu"

Usah pedulikan kata orang lain kerana pepatah arab ada menyatakan " Keredhaan manusia suatu matlamt yang tak mungkin dapat diperolehi "

Cuba lihat dan bandingkan nikmat lain yang kita perolehi, ianya terlalu banyak jika hendak dibandingkan dengan sedikit ujian tersebut –yakni kekurangan yang saudari ceritakan- . Tidak ada manusia yang sempurna . Usahlah dibanggakan dengan kelebihan yang dikecapi,tetapi masih terdapat disana kekurangan yang cuba ditutupi.

Perbanyakkan menyerah diri kepada Allah kerana dia yang menentukan segalanya . Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang hamba pun kecuali mereka itu sendiri yang lalai lalu menzalimi diri mereka sendiri.

Segala nikmat –seperti kecantikan dan sebagainya – akan diperolehi di akhirat esok didalam syurga sekiranya dia benar-benar mentaati Allah . Adakah kita memilih sesuatu yang hanya bersifat sementara yang tidak kekal –kemungkinan didunia ini lagi- atau memilih sesuatu yang kekal yang dirasai selama-lamanya?

Akhirnya,

Ana/saya memohon jutaan kemaafan andaikata jawapan yang diberikan ini kurang memuaskan hati saudari. Dan sekali lagi kemaafan jika ianya lewat dari yang sepatutnya . Ini kerana kami terlalu sibuk disebabkan beberapa tanggungjawab yang terpaksa kami tunaikan .

Sunday, August 3, 2008

salam perjuangan kepada semua sahabat

alhamdulillah kita masih dikuatkan roh dan dipinjamkan nyawa yang sungguh berharga ni oleh Allah untuk terus mencari mutiara2 ilmu dan bekalan kita sebelum kapal layar menjemput kita ke negeri seterusnya. Hidup kita ibarat seperti sedang berada di atas bahtera yang mana kita di tinggalkan sementara di sebuah pulau untuk mencari sebanyak mungkin bekalan sebelum bahtera itu datang kembali menjemput kita ke negeri seterusnya yakni akhirat.. Sedarlah bahawa kita sekarang berada di pulau itu yakni dunia..masing2 sibuk mencari makanan,harta benda dan bekalan lain untuk dibawa..semoga kita semua mendapat bekalan yg secukupnya nanti..

Hakikat org baru..itulah title yg diberi..Semua org ada pengalaman menjadi org baru mahupun menerima org baru dalam kehidupan. Menjadi org baru kadang2 perlu kepada kesabaran yang tinggi.

Apa cabaran2 menjadi org baru?

1)Di tempat belajar

2)Di tempat kerja

3)Di kampung

4)Keluarga baru

If there’re any experiences, just leave the comments

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket