Friday, October 22, 2010

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN

Assalamualaikum wrt.wbt

Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa
keterangan dan petunjuk.

Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina
Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai
contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar.

Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan
risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di
pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya
yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah,
kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka.

Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dimuka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan.

Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan
Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta
memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat.

Catatan ini ditulis secara tergesa-gesa oleh Dr. Mustafa as-Syibaie dan ketika itu dia sedang sakit tenat. Iaitu selepas dia menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut dia mencungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka
memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan
Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman, maksudnya,

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (An-Nisa':
13)

Dr. Mustafa as-Syibaie membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
- Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
- Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.

No comments:

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket