Saturday, October 1, 2011
Tuesday, August 23, 2011
JIKA DAN KETIKA
terasa penat..Daie jangan mengalah..
Putus asa..Daie kena kuat...
Doa lagi..
JIKA KAU BERASA LELAH DAN TAK BERDAYA
DARI USAHA YANG SEPERTI SIA-SIA…
ALLAH TAHU BETAPA KUAT ENGKAU TELAH BERUSAHA
KETIKA KAU SUDAH MENANGIS SEKIAN LAMA
DAN HATIMU TERASA PEDIH…
ALLAH SUDAH MENGHITUNG AIR MATAMU
JIKA KAU FIKIR BAHAWA HIDUPMU SEDANG MENUNGGU SESUATU
DAN WAKTU TERASA BERLALU BEGITU SAHAJA…
ALLAH SEDANG MENUNGGU SERSAMA-SAMAMU
KETIKA KAU BERSA SENDIRIAN DAN TEMAN-TEMAN TERLALU SIBUK UNTUK MENELEFON DIRIMU…
ALLAH SENTIASA BERADA DISAMPINGMU
KETIKA KAU FIKIR BAHAWA KAU SUDAH BERUSAHA SESUNGGUHNYA DAN TIDAK TAHU HENDAK BERBUAT APA LAGI…
ALLAH MEMPUNYAI JAWAPANNYA
KETIKA SEGALANYA MENJADI SUATU YANG TIDAK MASUK AKAL
DAN KAU BERASA TERTEKAN…
ALLAH BERSAMAMU UNTUK MENENANGKANMU
JIKA TIBA-TIBA KAU DAPAT MELIHAT JEJAK-JEJAK HARAPAN…
SEBENARNYA ALLAH SEDANG BERBISIK KEPADA MU
KETIKA SEGALA SESUATU BERJALAN LANCAR DAN KAU BERASA
INGIN MENGUCAP SYUKUR…
ALLAH TELAHPUN MEMBERKATIMU
KETIKA SESUATU YANG INDAH TERJADI DAN KAU DIPENUHI
KETAKJUBAN…
ALLAH AKAN TERSENYUM KEPADAMU
KETIKA KAU MEMILIKI TUJUAN UNTUK DIPENUHI DAN MIMPI
UNTUK DIGENAPI..
ALLAH SUDAH MEMBUKA MATAMU DAN MEMANGGILMU DENGAN NAMAMU
Saturday, August 20, 2011
duhai diri...
Tak mengapa sakit kaki...sakit mulut..sakit tangan..sakit anggota badan yang lain...masih boleh tahan dan di rawat dengan mudah..
NAMUN...
Sukarnya andai di beri sakit dalam hati...bagiku..amat sukar untuk diubati..
hati..
HAti yang jauh dari Allah..
Hati yang lalai dari Allah...
Hati yang malas ingat pada Allah..
Hati yang malas berzikir dan bersalawat ke atas Nabi...
Hati yang selalu iri hati..
Hati yang mudah terasa hati..
Hati yang gelisah..
Hati yang gundah..
HAti yang rapuh..
Hati yang kosong...
Kosong dari ingat pada Pencipta Alam..
Kiranya..diriku kena sentiasa perbaharui niat dalam hati kecilnya...
Alangkah indahnya...
Bangun sahaja dari tidurnya...
Perkataan pertama keluar dari mulutnya itu adalah ALLAH...
Rindu itu sentiasa dipupuk..
RINDU RINDU RINDU...
selalu rindu akan berjumpa dengan Nya..
di setiap kali pertemuan dalam solatnya..
menunggu-nunggu untuk bertemu lagi...
menangis setiap kali pertemuan...
kerana apa?
KERANA RINDU......
takut..bimbang2 tak dapat bertemu lagi...
rindu mahu meluahkan isi hati nya..
tidak pernah serik untuk bertemu lagi..
rindu tak pernah PADAM...
Duhai diri..
Mahu seperti itu!
perlu pada istiqamah...
perlu pada kesabaran..
jauhkan dari maksiat...
mata...masih liar lagi..melihat pada maksiat
mulut..masih liar lagi..menuturkan perkara yang tidak baik
telinga...masih liar lagi..mendengar yang tidak baik
Duhai diri..
pesan sahabat ku..yang tidak pernah jemu..sentiasa menasihatkan..
saat ini..tinggalkan perkara mungkar..
jangan tunggu lagi..
dekatkan diri dengan ALLAH..
bila kamu dekat dengan Allah..
kamu akan temui jalan keluar pada satu2 permasalahan..
setiap masalah ada jalan atau pintu masuk dan pasti akan ada jalan keluarnya..pilih lah jalan keluar yang betul...
Friday, August 5, 2011
Monolog dari seorang ayah,,,
'Assalamualaikum..' Kedengaran suara ayah yang baru sahaja pulang ke rumah daripada tempat kerjanya..
Ku terus bergegas keluar untuk membukakan pintu buat ayah...
Dari kejauhan aku melihat ayah tersenyum lebar sambil memanggil-manggil namaku..
Aku mambalas senyuman ayah...tertanya-tanya apa yang berada dalam ruang legar minda ayah sekarang ini..seperti mahu memberitahuku sesuatu..
'Waalaikumussalam..ya ayahku sayang...awat senyum2 lebar ni? ada ape-ape good news ke?' tanyaku pada ayah,,
'Nah..' jawab ayah sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sebuah nukilan..
Satu nukilan yang sentiasa aku nantikan..ayah ..terima kasih ayah..
pesan ayahku..
Anakku...
Janganlah kamu asuh dirimu dengan keangkuhan..
Kelak, kamu belajar erti takabur..
Janganlah kamu asuh dengan kelemahan..
kelak kamu belajar erti hina diri..
Janganlah kamu asuh dengan permusuhan..
Kelak kamu belajar erti membenci..
Janganlah kamu asuh dengan pentingkan diri..
Kelak kamu belajar erti mengkhianati..
NAMUN...
Asuhlah dirimu dengan insani..
Kelak kamu belajar erti harga diri..
Asuhlah dengan belas budi..
kamu akan belajar erti mengasihani..
Asuhlah dengan KEPAYAHAN
akan kamu belajar erti mensyukuri
Asuhlah dengan timbang rasa.
Kelak kamu belajar erti sabar,.
Asuhlah dengan menukil karya..
akan kamu belajar erti manfaat ilmu..
Asuhlah dengan didikan taqwa..
Akan kamu belajar erti hayati agama..
Asuhlah dirimu dengan jiwa rakyat..
Kamu akan belajar erti bermuafakat..
Asuhlah dengan pengalaman...
Akan kamu belajar erti hakikat kehidupan...
Tuesday, July 26, 2011
Peringatan buat diriku...
Allah Maha Besar
Manusia itu sering lupa..tidak fokus..mahu sahaja terleka..tidak serius dengan TuhamNya..Allahuakbar..sukarnya mahu rasa dekat denganMu..dek dosa yg ada..secebis cuma..mga sentiasalah khusyuk dalam solat wahai diri..
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud,
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Sunday, July 24, 2011
Cerita hati
" Adakala hati merintih derita ~ Jiwa menangis sedih ~ Akal mengeluh letih "
INDAHNYA MALAM PERTAMA ITU...
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata,
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa,
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut...
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara,
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan. Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan,
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan..
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih..
Kain itu...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkan..
Tataplah.... tataplah... itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan..
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga..
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul..
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu....
(drpd: atiqatul afnan)
Today's Drug
renungan
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''