Wednesday, January 5, 2011

CINTA : FITRAH VS FITNAH



Salam'alaik...

"Kebelakangan ini kerap kita mendengar soal tentang orang nak kahwin, classmate nak kahwin, roommate nak kahwin, kawan itu kawan ini...alhamdulillah..tahniah pada yang sudah..kepada yang belum..dinasihatkan dan diperingatkan untuk menjaga batas-batas sebelum itu...

mungkin dek kerana terpengaruh jg dengan aluan lagu or nasyid longlai dan fatwa cinta di dalamnya, ramai pula orang ingin merasakan nikmat bercinta . Persoalan ini sebenarnya satu soalan yang agak sukar untuk dirungkai, apa lagi bagi orang yang tak punyai pengalaman..tak lupa juga buat yang sentiasa sahaja risau, gundah, memikirkan siapakah gerangan orang yang bakal mengisi kekosongan hatinya..

Sahabat-sahabat yang dirahmati sekalian.....

Cinta boleh menjadi fitnah

Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih, ***a bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang mendorong ke arah maksiat besar, fitrah
boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan: (( dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain fitnah, adakah kamu
melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat )).

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal mengikut syara' untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan, dan telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak terjebak dalam perkara haram
dan kotor yang dimurkai Allah Taala. Ini kerana manusia itu secara semulajadinya memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh nafsu, dan syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan mendorong mereka ke jalan nafsu yang menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah diperlekehkan,nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri. Dek kerana itu, maka kebelakangan ini sering kita direntet oleh isu yang mengigit sukma lakunya. Antara perilaku sumbang yang semakin sebati dikalangan remaja hari ini.

1. Memandang kepada bukan mahram
Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka… ).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti kehakiman, muamalat harian tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu. (rujuk bab an-nazru tulisan dari. Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah, juga mungkin akan mengikat hati lelaki pada wanita.

Justeru, pandangan mata perlulah dijaga demi keselamatan hati dan rohani, kerana pandangan juga boleh membawa kepada zina, seperti sabda Rasulullah, "dua mata itu boleh berzina melalui pandangannya"-riwayat Bukhari. Rasulullah pernah berpesan pada Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahiwajhah: " Wahai Ali,jangan kamu turuti pandangan pertama (yang tidak disengajakan dengan pandangan seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama itu tidak mengapa, tapi yang kedua bukan haqmu.."-riwayat Tarmizi.

2. Berjumpa dan berjalan berdua-duaan
Seorang perempuan tidak dibenarkan bermusafir sendirian, dan bertemu lelaki ajnabi sendirian, seperti sabda Nabi s.a.w: " Tidak bermusafir seorang perempuan kecuali ada bersamanya mahramnya, dan tidak boleh seseorang masuk menemuinya kecuali ada mahramnya."- hadis riwayat Imam Bukhari. Perempuan juga dilarang berjalan bersama sama lelaki, dalam sunan Abi Daud, diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memerintahkan para wanita agar berjalan di tepi laluan jalan, tidak di tengah kerana mengelakkan mereka dari bercampur dengan lelaki. Sedangkan percampuran begini dilarang, apatah lagi berjalan berdua - duaan.

3. Berpegangan tangan
Di dalam Islam, mengikut pendapat jamhur dan rojih, seorang muslim diharamkan bersalaman/bersentuhan dengan semua wanita (iaitu dalam hal biasa, dibolehkan dalam hal darurat seperti perubatan), kecuali dengan mahramnya: ibunya, adik beradiknya,anaknya, ibu mertuanya, ibu saudaranya, anak saudaranya, isterinya dan anak tirinya( anak isteri).

Jika dilihat dari sirah Rasulullah, baginda amat tegas menjauhi persentuhan lelaki perempuan, hatta dalam hal penting sekalipun seperti bye'ah. Bahkan rasulullah akan mengambil bye'ah wanita melalui ikrar sahaja. Daripada Aisyah r.a, katanya: Nabi mengambil bye'ah para wanita dengan ikrar, baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita kecuali wanita yang halal baginya.-riwayat Bukhari.

Namun yang demikian, mengapa masih ramai anak anak muda berpasangan berpegangan tangan, sedangkan baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya"- riwayat Tabrani dengan sanad yang soheh. Telah menjadi fitrah pada lelaki dan wanita apabila bersentuhan keduanya maka akan timbul rasa seronok di hati. Ini akan menjadi satu permulaan kepada perkara maksiat. Syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan menghiasi perkara yang dimurkai Allah agar kelihatan indah.

Bersentuhan sangat berkaitan dengan hawa nafsu, dan hawa nafsu itu adalah buta dan tuli. Apabila nafsu menjadi raja, maka syaitan pun bertepuklah tangan. Bagi wanita pula,malu itu adalah ibarat mahkota yang tidak perlukan singgahsana. Tetapi sekiranya mahkota ini tercabut dari singgahsananya, maka jadilah wanita itu lebih dahsyat daripada 70 ekor syaitan!

4. Berdua-duaan / dating/ khalwah ajnabiyah
Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan"-(riwayat imam Ahmad). Tidak syak lagi bahawa berdua-duaan satu perkara yang amat besar bahayanya. Nafsu shahwat akan memungkinkan segalanya, ditambah lagi syaitan yang akan berusaha kuat untuk menjerumuskan manusia ke jalan kemaksiatan. Apabila sudah berada di landasan keseronokan nafsu, seseorang baik lelaki mahupun wanita akan lupa kekuasaan Allah, kemurkaan dan azabNya. Mereka juga akan melupakan nilai kesucian diri dan kemuliaan sifat terpuji. Dalam keadaan berdua-duaan amatlah mudah untuk terjatuh ke dalam jenayah yang besar. Bahkan ianya merupakan satu peringkat yang paling menghampirkan diri kepada zina, dan ianya terbukti dengan kes-kes penangkapan khalwat, dan muqaddimah zina serta zina itu sendiri yang berpunca dari berdua-duaan.

Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah daripada berdua-duaan dengan perempuan, Demi diriku yang berada dalam tanganNya, tidaklah berkhalwat dua orang lelaki dan perempuan kecuali ada syaitan diantara mereka.. dan jika sekiranya seorang lelaki berhimpit dengan seekor bab* yang berlumuran lumpur dan kotoran itu lebih baik baginya dari berhimpit bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidak halal baginya". Hadis di atas jelas mengharamkan khalwat dan duduk berdua bersama, kalau di zaman kita ini termasuklah duduk berdua-duaan bersebelahan di dalam bas, wayang dan sebagainya. Satu alasan yang popular bagi mereka yang ingin berdua-duaan ialah untuk mengulangkaji pelajaran. Menuntut ilmu itu memanglah satu perkara yang dituntut, tapi apakah sudah tidak ada pelajar lain di atas muka bumi ini untuk belajar bersama sama. atau sudah tiada pelajar yang sama jantina yang boleh membantu dalam pelajaran.

Cuba kita renungi kata-kata Imam Hasan al-Basri : "Jangan kamu berdua-duaan dengan perempuan, walaupun kamu berkata. saya mengajarkannya al-Quran". Demikianlah beberapa hujah dari baginda Rasulullah sendiri serta para ulama tentang larangan dan bahaya khalwah atau berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram.

PERSOALAN : Telefon dan SMS - boleh atau tidak Seperti yang kita tahu, telefon dan SMS merupakan alat perantaraan komunikasi yang tidak wujud di zaman rasul, sahabat mahupun tabiin. Dalam hal ini saya mengembalikan hukum sesuatu perbuatan itu kepada asalnya, iaitu mengikut kaedah usul fiqh, asal kepada setiap satu itu adalah harus, selagi tidak ada nas yang mengharamkannya. Atau dalam masalah telefon barangkali dapat kita lihat dalam bab mendengar percakapan wanita , satu bab yang ada dalam kitab fiqh. Bercakap dan mendengar percakapan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram/ajnabi, dengan satu hajat atau tujuan yang baik, adalah diharuskan di dalam Islam, selagimana ianya aman dari fitnah, tidak menimbulkan shahwat, dan tidak melalaikan dari mengingati Allah Ta'ala.

Di dalam Soheh Bukhari dan soheh muslim misalnya, terdapat hadis yang menerangkan bagaimana Rasulullah mengambil bye'ah dari para muslimah dengan percakapan. Ibnu Hajar dalam syarah Soheh Bukhari, kitab Fathul Bari menyimpulkan dari hadis ini bahawa, mendengar percakapan perempuan itu adalah harus, dan suara mereka bukanlah aurat. Imam Nawawi pula dalam syarah sahih muslim menyatakan: dalam hadis ini kita dapati bahawa percakapan wanita itu harus untuk kita mendengarnya dengan ada hajat atau tujuan, dan suara mereka bukanlah aurat. (rujuk Mufassal, Abd karim Zaidan, jilid 3, m/s 276/277)

Antara dalil lain yang mengharuskan percakapan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ialah Al-Qur'an memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi saw dari balik tabir. Allah berfirman: "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ..."(al-Ahzab: 53) Permintaan atau pertanyaan dari para sahabat itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin. Mereka memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadits-hadits bagi orang yang ingin mengambil hadits mereka. Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi saw. dihadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, "Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar." Di dalam Al-Quran juga kita dapat mengikuti kisah seorang wanita muda, putri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib alaihissalam) yang bercakap dengan Musa, sebagaimana dikisahkan dalam Al-Qur'an: "... Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ..." (al-Qashash: 25)
Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka: "... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya." (al-Qashash: 23)

Selanjutnya, Al-Qur'an juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih. Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Qur'an diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bias membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit." Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surat di atas: "Dan ucapkanlah perkataan yang baik". Melalui hujah ini, maka harus untuk seseorang bercakap melalui telefon, atau menghantar SMS, dengan hajat dan tujuan yang baik di sisi syara' seperti yang dibawakan dalam contoh-contoh di atas serta aman dari fitnah, syahwat dan tidak melalaikan kita dari mengingati Allah Ta'ala. Semua ini hanya dapat ditentukan oleh diri orang yang menelefon atau memberi sms itu sendiri, samaada percakapannya itu menimbulkan fitnah atau tidak, melalaikan atau
tidak, maka kalau dia berdusta pada dirinya sendiri dan orang lain,maka itu antara dia dan Allah Ta'ala.



Cinta sebagai satu fitrah

Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa an-nihayah",dan beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..". sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam rumahtangga mereka.

Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara'yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi,CAHAYA AZIMAT MENUJU FIRDAUSI.Wallahua'lam.

Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk siapa..
Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada siapa..
Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia, manusia kan pergi .



Tuesday, December 21, 2010

Malam-malam seorang pejuang 2

Salam'alaik...

''Ya Allah, penguasa kehidupan, sebagaimana jasad ini.. ia lemah dan bertambah lemah..ia usang dan bertambah usang, demikianlah keimanan diriku...maka kupohon kan padaMu, kepada penguasa Semesta makhluk yang tiada duanya, sihatkanlah ia...sesungguhnya keimanan inilah satu-satunya modal perjuanganku. Inilah harta terbesar kehidupanku, inilah satu-satunya penebus kerinduan kepadaMu...

''Ya Allah..Sesungguhnya hati ini adalah cermin keimanan diriku..Engkau tetapkan kepadanya empat keadaan...

Menjadi Bercahaya Bagai Pelita

Menjadi Pudar dek terbungkus dan terikat

Menjadi Terbalik

Menjadi Terbentang

Ya Allah yang menguasai hatiku.....tetapkanlah hati yang bersih bercahaya untukku dan mudahkanlah tapak kehidupanku menjaganya...Aku berlindung kepadaMu dari hati yang pudar oleh kelalaian, dari hati yang terbalik oleh kemunafikan, dan dari hati yang terbentang dalam ruang iman dan kemunafikan, sehingga sesaat ia segar, namun sesaat ia busuk bernanah''..

Sang pejuang meratap, membayangkan dirinya dalam kehidupan.. Melihat dirinya berjalan membawa hati yang berubah-ubah...

''Ya Allah, apakah lagi yang membuatku mampu bertahan dalam kemuliaan dakwah ini, kecuali hati yang bersih dan ikhlas menerima segala ketetapanMu...
Ya Allah, jangan Engkau palingkan hati ini sesaat pun...dialah perisaiku dari tipu daya syaitan, dialah arah perjalananku dari lorong-lorong kehidupan yang menyesatkan,.''

Jiwa Sang Pejuang melayang...

Menatap jasadnya yang bergerak di atas waktu kehidupan,..Membawa panji Islam yang berkibar. Ia bergerak menyerukan kemuliaan Allah di antara kesombongan gedung-gedung tinggi..Ia hadir dalam kenikmatan palsu kemuliaan dunia, ia melihat dan bersaing mengejar kefanaan itu...Jiwa itu terhempas...menyatu dengan jasad lemahnya,..meratap... banjir pengharapan.. banjir permohonan..di antara banjirnya air mata penyesalan...

''Ya Allah Yang Maha Kaya..sahabt RasulMu adalah manusia-manusia pilihan, mereka jaaauh lebih utama dan mulia...Hari ini kami berebut dunia, Merasa dengannya keutamaan dan kemuliaan akan tergapai..padahal Hamzah ra telah terbunuh, pada hai ia jauh lebih mulia, namun tidak ditemukan sesuatu untuk kafannya selain burdah

Mus'ab bin Umair ra juga telah terbunuh, dan ia jauh lebih mulia dari kami semua... namun kafannya hanyalah burdah, yang kalau kepalanya ditutup, kakinya terlihat dan kalau kakinya ditutup, kepalanya pula terlihat..

''Ya Allah,, hari ini kepadaku dibentangkan dunia sedemikian rupa. Aku takut Ya Allah sebagaimana takutnya Abdur Rahman bin Auf ra, kalau-kalau kebaikan diriku disegerakan di dunia ini.....''

Lama..............................
Hening membentang.................
Menyulam malam..........................
yang terdengar hanya isak tangis.......................
panjang.............................
sedu sedan.......................
tak mampu mengoyak kepasrahan....................
tak mampu menghibur kegundahan.............................
Malam-malam seorang pejuang...

Saturday, December 18, 2010

Malam-malam seorang pejuang 1

Salam'alaik...

Malam telah sempurna, ketenangan menyeliputi alam. Perlahan Sang Pejuang bangkit dari istirehat singkatnya. Percik air dingin menyegarkan setiap sel tubuhnya. Ia tersenyum meresapi rasa tersebut,'' Ya Allah, sihatkanlah jasad yang lemah ini untuk selalu mampu menyempurnakan perjanjian kita...''

''Allahuakbar'', lantunan itu menghanyutkan.. terbentanglah hamparan kepasrahan, bangkitlah ketidakberdayaan, tumbangkanlah semua kesombongan dan keangkuhan, lalu terpancarlah harapan memenuhi ruang batin yang tertekan, mengalir melalui lisan yang bergetar di antara titisan bening bola mata yang kabur...

''Astaghfirullah...'' sang Pejuang terlena dalam lautan tak bertepi, mesra... hanya dirinya dan ALLAH.. Ia teresak-esak..tersedu-sedan.........

Suara malam diiringi lolongan anjing dan kokok ayam jantan..mengiringi lantunan berterusan permohonan Sang Pejuang. Menghiba diri di bawah keperkasaan Pemilik Kehidupan... Yang menguasai helaan nafas, yang tidak dapat dibohongi oleh lirikan ekor mata yang khianat..yang mengetahui goresan halus siratan hati....

''Astagfirullah..'' mengeluh lagi...''Ya Allah Yang Maha Perkasa, genaplah segala keterbatasan dan kelemahanku, ampunilah aku atas kelalaianku, sesungguhnya aku tahu..telah berputus asa syaitan-syaitan untuk dapat disembah, namun ia akan mendapatkan ketaatan dalam amal-amal yang terlalai..Ampunilah kelalaianku ya Rahman...

Monday, November 15, 2010

Ara..Allah MengasihiMu..

Salam'alaik...

Sakit perutnya dari tadi semakin menjadi-jadi..sebaik sahaja keluar dari tandas, jam di tangannya diamati..'Ya Allah! Kelas Ustaz Zarhan lepas ni!Aku dah lewat!' jeritnya dalam hati..dia yang terkenal dengan sifat kelam kabutnya, terus mengorak langkah tanpa menyedari beg sandangnya yang ditinggalkan di luar tandas itu tadi tertinggal..
Dia yang lebih senang dikenali sebagai Ara mengambil Jurusan Agama di salah sebuah universiti di Utara..Setiap kali kelas Ustaz Zarhan, adab-adab dalam menuntut ilmu itu amatlah dititik beratkan..
Dia menarik nafas panjang untuk menghirup udara dan oksigen yang cukup selepas penat berlari-lari anak ke kelas..dia tercungap-cungap..Suara Ustaz Zarhan sudah kedengaran tatkala dia sampai ke muka pintu.. semua mata tertumpu padanya saat dia masuk dan mencari-cari tempat duduk yang kosong....... ternyata hanya tempat di barisan belakang,paling kiri ustaz, yang kosong..tanpa menghiraukan pandangan orang lain, dia terus duduk dan memandang ke sebelah kiri untuk mengambil beg sandangnya..Alamak! Saat ini barulah dia sedar bahawa dia sudah tertinggal begnya di luar tandas..Oleh kerana beg sandangnya tertinggal, jadi dia terlupa untuk membawa bersama pen dan kertas ketika melangkahkan kaki ke dalam majlis ilmu itu ..

Hati Ara semakin gelisah..dia pandang kanan, pandang kiri.. suasana senyap sunyi...semua orang tekun mendengar dan mencatat apa yang diucapkan oleh Ustaz Zahran yang sedang memberikan kuliah tentang solat di hadapannya

Hatinya makin tidak keruan tatkala penceramah itu memandang tepat ke arahnya..dia tunduk..hatinya berdebar..dia berkata di dalam hati, ''Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah..tak sengaja, sesungguhnya aku memang terlupa''..

Ustaz Zarhan tidak gemar anak didiknya datang lewat dan mendengar kuliah tanpa ada inisiatif untuk mencatat. Tiada kesungguhan dilihat..sebenarnya, Ara bukanlah seperti itu..jikalau sebelum ini, dia merupakan orang yang terawal sampai dan akan duduk dibarisan paling hadapan sekali..
'Ara...'Sila bangun!' Suara Ustaz Zarhan sedikit meninggi..Ara mengangkat mukanya..Dalam hatinya seperti ingin menangis..rasa takut dan bersalah pada Ustaz Zarhan bercampur baur..dia memandang tepat pada ustaz, menunggu patah-patah kata yang ingin dilontarkan padanya..Jelas..Ustaz Zarhan dapat membaca kegelisahan di dalam hati Ara..Ustaz bertanya padanya,''Apa yang kamu faham tentang maksud bacaan dalam solat..duduk antara dua sujud?Cuba kamu bacakan?''Bibir Ara nampak sedikit ketar..Dia memulakan bacaan ketika duduk antara dua sujud dalam solat itu..Walaupun dalam keadaan kecut diajukan soalan tersebut..Alhamdulillah dia dapat menjawab dengan tenang.. ''Robbirfirli,warhamni,wajburni,warfani,warzukni,wahdini,waafini wafuani''..Ustaz bertanya lagi,
''Apa yang dapat kamu faham akan makna dari setiap patah yang kamu bacakan itu tadi?''
Ara terdiam..dia menarik nafas dalam-dalam..darahnya seperti laju memasuki rongga-rongga badan..tangannya terasa sejuk..dia menggenggam tangannya untuk mendapatkan sedikit haba..kekuatan untuknya menjawab persoalan Ustaz Zarhan..Allah Maha Melihat..Allah Tahu akan hati-hati hambaNya..Ara menguatkan hatinya dan cuba menjawab soalan itu yang lahir dari hatinya..''Ustaz, bagi saya yang kerdil ini, saya setuju untuk kata besar maknanya kalau kita menghayati..
bila solat itu waktu ini ambil masa yang agak lama untuk membaca...
(robbirfirli)[wahai tuhan ku ampunilah aku],

ambil masa dengan hati yang tenang,jiwa yang mengharap,pemikiran yang kosong juga setubuh iti kita bisa serahkan,jangan lakukannya dengan laju,perlahan2 bisa ambil dahulu masa,biar aliran ucapan mu itu sebatikan dengan ikutan derasan perjalanan darah mu,nafasmu itu seiring dengan ucapan,bila diucap jadi bisa kita diam sebentar, biarlah kata2 itu mengalir di seluruh badan kita,igat kembali dosa2 kita yang lepas juga pada hari solat itu,pasti air mata akan jatuh, menitis bila pasti mengucapkannya kerna terkenang kembali dosa2 lama dan insan yang hina ini,biarkan ia lama kita seperti tunggu dengan harap agar tuhan ampunkan dosa kita,kerna di situ akan muncul ketengan juga kelegaan juga kesejukan hati kerna kita mengharap juga keyakinan seperti doa kita di balas oleh tuhan.jadi selepas itu lanjutkan pengaduan juga permaalahan dengan berbisik juga berdialog padanya dengan sebutan ,
(warhamni)[kasihanilah aku,juga rahmati aku]
jadi kita igin diri di beri rahmat dalam solat,dalam kehidupan dalam islam juga lakukannya dengan penuh sungguh2 alirkan ia kepada hati mu supaya hati kita dirahmati dengan sinar islam juga dengan anak isteri yang baik juga yang soleha juga soleha,

seterusnya (wajburni)[tampungkan kekurangan ku]

diam sebentar sambilan alirkan dengan harapan pada tuhan agar kekuranagan kita di tampungkan,seperti kurang kita dalam malas ingat padanya juga kekuranagn kita dalam apa sahaja yang kita rasa kurang penuhi kata ini dengan penuh penghayatan juga jiwai nya sehingga ia benar2 meresap dalam diri mu,

seterusnya(warfani)[angkatkan darjat ku]

jadi kita mohon agar darjat kita di sisi tuhan di angkat dan moga menjadi kita insan yang kamil pada pencipta juga darjat kita sesama manusia moga kita menjadi insan yang mulia dan seterusnya,
(warzuqni)[berikan lah ku rezeki],
jadi kita mohon dengan sungguh agar rezki kita yang tak cukup ini di cukupkan,rezki kita dipermudahkan,jika kita ada maalah dengan rezki utuk mendapat kerja juga tempat belajr dan segalannya jadi kita mohon ditujukan kita jalan keluar dan permudah untuk kita murah rezki dan bergantung pada keadaan masing2,
seterusnnya(wahdini)[berikan pertunjuk pada ku]
nah di sini selalu kita mohon jadi mohon lah semoga agar kita di beri pertunjuk jalan yang mustakim juga jalan para nabi juga orang soleh dan yang terdahulu,mohon moga beri pertunjuk pada hati kita agar kuat beribadah juga mudah menerima islam dan suasanya yang kita masalah kan,seterusnya
(waafini)[berilah ku kesihatan]
Alirkan dengan sepenuh keyakinan juga hati yang mengharap ke tempat yang sakit agar di sembuhkan.. tangan, kepala juga seluruh badan kita agar terus kita sihat juga moga agar kesakitan dalam juga luar itu kita mohon kesembuhannya juga moga kesihatan yang baik mudahkan untuk kita beribadat juga yang terakhir itu

(wafuani)[maaf kan ku]
kita hantar kata ini dengan jiwa dan raga agar tuhan maaf kan kesalahan kita pasti akan tersa damai dan penyenangkan. Jadi selepas melakukannya bila di beri salam nanti pasti di beri kita akan mendapat hasilnya walapun bukannya selepas itu pasti kemudian hari.yang pasti dengan pengaduan itu kita akan bisa rasa tenang juga damai dan masalah itu bias kita merasa akan hilang dan kelegaan juga perasaan ketakjuban yang tuhan ciptakan ini akan sahabat melakukannya pasti akan merasannya sendirinya.indah perasaan itu. Bisa sepatunnya solat itu menjadi medan kita bersama dengan tuhan,juga mendekatkan dengan tuhan..pasti akan bahagia jika kehadiran hati ini berlangsungan dengan ikutan seluruh roh juga jiwa ini di pasrahkan pada Allah bila solat.
Baru mengerti kenapa begitu lama nabi melakukannya kerana di dalamnnya ada bacaan doa yang mengajak kita berdialog juga berkomunikasi dengan Allah, seperti kita bila di landa masalah pasti teman terdekat menjadi pendengar pada masalh kita bila kita cerita padanya pasti di situ kita akan puas dan akan merasa lebih tenang dan lebih selesa dan relek apabila sahabat kita beri komen atas masalah kita dan beri pandangan dan pendapat untuk mencari jalan selesai akan masalah itu.bergitu juga kita.lihat saja makna dari nya itu..Indah juga saya merasakan jika solat ini kita hayati juga jiwai pasti menjadikan kita insan yang tinggi akhlak juga solat ini bisa membina peribadi agung antara kita dengan tuhan.bisa menghakis sifat bangga diri juga sombong dibakarkan segala sifat tercela ini bila dahi ini sujud ke bumi,jadi orang yang tak solat ini insan yang sombog pada pencipta.pasrah kita juga penuh keseronokan juga mabuk kita pada solat jika kita dapat hayati hingga melupakan alam sekeliling.jadi kini baru hamba megerti kenapa sahabat2 nabi walupun panah kena pada badan tidak sakit bila ditarik ketika solat,jadi solat yang sebeginilah yang kita mahu capai,

Ustaz, saya pohon juga niat saya juga harapan saya pada tuhan harap solat itu diterimannya juga di jauhkan dari perasaan menunjuk juga riak dengan terbitnya solat ini krna kesombongan itu hak mutlak tuhan.moga perkongsian ini,ibadah ini menjadi saksi utuk diri saya juga sebagai bekalan,terasa pintu kubur itu sentiasa dekat.tanah itu memanggil2 juga malaikat izrail itu selalu melawat saya itu menunggu menunggu sahaja arahan dari tuhan untuk ambil nyawa. Kematian sungguh mengerunkan,jadi saya harap sedikit bekal ini utuk peneman juga bantal di kubur nanti moga terangkan di sana nanti.''

Bergenang air mata Ara selepas mengucapkan kata-kata terakhir itu..kematian itu dirasakan sangat dekat..Ara terduduk..dia menangis..Air matanya membasahi pipi..Amatlah tersentuh hatinya setiap kali Ustaz menyampaikan kuliah tentang hakikat solat..dia menyesali akan hakikat solatnya yang seakan kusyuk itu sentiasa hilang dan tidak berpanjangan.. Suasana kelas pada hari itu sungguh sayu....sahabat-sahabat merapatinya dan memberikan kata-kata semangat kepada Ara..

Ustaz Zarhan membiarkan suasana itu berlalu sendiri..dalam hatinya, Ara adalah seorang muslimah yang punyai semangat dan roh tarbiyyah yang tinggi..dari jauh..dia mengukirkan senyuman..Dalam hati kecilnya lagi, dia berdoa..

'Ya Allah..Engkau kuniakanlah rahmat dan kasih sayang Engkau pada hamba-hamba yang mengasihiMu ini..kami hamba dan ummat akhir zaman..hanya bergantung harap kepada rahmat dan kasih sayang engkau dan nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W..



Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket