Wednesday, April 14, 2010

sedikit perkongsian

Salam'alaik...

Suatu petang itu..datang seorang sahabat ke bilikku dan menyatakan keinginannya untuk bertemu dan bertanyakan sedikit soalan..diri yang penuh kekurangan ini sekadar mengangguk tanda setuju..terdetik dalam hati ini..apakah soalan yang ingin diajukan?..kerisauan semakin menebal andai ilmu yang sedikit ini tidak dapat membantu..positifkan minda..mungkin soalan itu akan membuatkan ku belajar sesuatu dan berkongsi pendapat dengannya...

Akak, maaf mengganggu..saya rasa perkara ini saya perlu untuk berkongsi dengan seseorang.' kata sahabat

'Apa soalan yang berlegar difikiranmu ukht?
Sahabat menyambung

' Macam mana nak hilangkan perasaan' tak suka' pada orang lain, sedangkan dia tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan kepada kita..ini berlaku hanya kerana saya tak setuju dengan cara seorang sahabat yang cepat menghukum tanpa mendahulukan untuk bersangka baik kepada seseorang yang lain..bukankah dalam kita berdakwah ini, kita perlu cuba meletakkan diri kita untuk berada di dalam situasi mad'u kita? Janganlah cepat menghukum sahabat kita yang bermasalah..mungkin dia ada masalah tersendiri menyebabkan dia melakukan perkara-perkara yang tidak baik..masalah keluarga atau sebagainya..'

' Betul kata ukht, bersangka baik itu perkara yang perlu dan penting dalam berdakwah..tapi amatlah sukar untuk diamal dan dipraktikkan..hatta akak sendiri kadang-kadang lupa untuk berbuat seperti itu...pemikiran yang negatif yang pertama singgah di minda kita sebelum sempat kita bersangka baik...ini perkara yang perlu kita ubah bersama-sama..untuk persoalan ini, akak cadangkan ukht bersua muka dengan sahabat tadi dan berterus terang dengannya tentang perkara yang membuatkan ukht rasa 'tak suka' kepadanya..mungkin pada masa yang sama, sahabat tadi tidak sedar bahawa dia telah membuatkan ukht berperasaan begitu dengannya..
Berterus terang itu satu hikmah..walaupun pahit, tapi ia boleh
merapatkan ukhuwwah kita dengan orang lain daripada kita terus berprasangka tidak baik kepadanya sedangkan dia tidak diberitahu tentang kesalahannya..' , sekadar memberi pandangan..


">Sahabat yang bertanya tadi diam sahaja dan berfikir sejenak..

">Perkongsian itu membuatkan diri ini lebih prihatin dan berhati-hati dalam percakapan dan belajar untuk bersangka baik kepada orang lain..Serendah-rendah ukhuwwah adalah bersangka baik...

Tuesday, December 29, 2009

Teruskan usaha, jangan mengalah..

Assalamualaikum..

''Ilmu dan maklumat itu berbeza.
Ilmu itu cahaya.
Ilmu itu adalah sesuatu yang kita faham hingga hakikatnya,
Cahayanya terpancar ke lubuk hati,
menyebabkan diri terpanggil untuk mengamalkannya.''

Sebagai orang Islam, perlu ingat pada janjinya kepada Allah dan berjuang untuk menyempurnakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, di atas muka bumi ini hanyalah kerana Allah..

Monolog hati seorang sahabat..

'' Cabar minda supaya selalu ingat bahawasanya hebat macam mana pun orang-orang disekeliling aku....Dia tetap tidak boleh lawan Pemilik aku Yang Maha Hebat.. Apalah sangat hebat dimata manusia jikalau tidak hebat dan mantap di mata Allah. Orang lain hebat dan aku rasa down? Aku ada Allah yang HEBAT yang selalu bantu aku di waktu senang dan susah jika aku rapat dengan Dia kan?''

Teruskan usaha dalam membina jiwa yang besar dan tidak perlu menoleh lagi ke belakang..sesungguhnya, masa berlalu tidak akan datang kembali..

Sunday, December 20, 2009

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA

1.Segerakan solat apabila tiba waktunya, sepanjang tiada keuzuran.
2.Bacalah al-Quran, buatlah kajian dan dengarlah perbahasan ilmiah. Berzikirlah kepada Allah. Jangan habiskan masa untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat.
3.Rajinlah berusaha bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
4.Janganlah banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran yang tidak akan mendatangkan kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang dengan Allah bersifat tenang dan tegas.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjuang (jihad) hanya mengenal ketegasan.
7.Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan meyakitkan hati.
8.Janganlah mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara-perkara baik.
9.Berkenalanlah dengan saudara seIslam di mana-mana sahaja sekalipun dalam keadaan mereka tidak meminta berbuat demikian kerana dasar seruan ialah kasih sayang dan berkenalan.
10.Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu. Oleh itu, tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Jika anda mempunyai urusan yang lebih penting, maka segerakanlah ia.

sekian lama menyepi

Assalamualaikum wrt wbt..

Alhamdulillah, setelah sekian lama blog ini sunyi daripada sebarang coretan, kumulai dengan kalimah syukur kepada Allah, tuhan sekalian alam yang masih memberikan sedikit kekuatan dan masa untuk sama-sama memperingatkan antara satu sama lain. Mengapa mesti menulis atau bercakap tentang sesuatu? Seorang seniorku di tempat pengajian pernah berkata, ' Ana bercakap tentang sesuatu perkara kerana ana nak praktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, bercakap tentang faedah sedekah, kita mahu cabar diri kita agar menjadi orang yang kuat bersedekah ataupun bercakap tentang kusyuk dalam solat agar kita sama-sama beroleh kusyuk itu dalam solat yang dikerjakan'.

sukalah disini untuk membuat sedikit coretan tentang jenis-jenis tangisan...moga2 sedikit coretan ini dapat sama2 berkongsi, agar akhirnya, menambahkan rasa kasih dan sayang kepada Allah..



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
From : the gravediggers anonymous & those beautiful houris
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Nasihat untuk diri ini......

Baikilah adab dengan Allah dan Rasul..

Suluhlah murabbi dalam jiwamu....

Belajarlah seni cinta dan asyik pada zat yang azali..

Dampingilah murabbi yang haq..

Pautkanlah hatimu pada jalan Rasulullah..

Namun..nasihat itu masih hijab..

Kalau jiwa masih dibimbangi nafsu..

Belajarlah ilmu ketahanan dan aqidah yang haq..

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA..

SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN..

Tuesday, September 15, 2009

Allah Masih Menyayangiku

Pada malam itu, tepat pukul 10.30 malam, Hanum baru sahaja pulang ke compartmentnya seusai menghadiri sebuah perjumpaan dengan beberapa orang senior dan sahabat yang sama bidang pengajiannya untuk sedikit perkongsian pengalaman dan masalah..

Sebelum itu, hati Hanum terasa berat untuk melangkah pergi ke tempat meeting namun dikuatkan jua kaki untuk melangkah bertemu sahabt2 nya yang sudah sedia menanti dengan beberapa miss call sudah tertera di skrin handphonenya..memang tidak dapat dinafikan, bebrapa minggu ini, Hanum seperti tidak dapat mencari apa itu erti pengorbanan dan keihklasan dalam membuat sesuatu kerja..ada sahaja lintasan yang tidak baik hinggap ke dalam hatinya..hatinya sedang 'sakit', dia mengerti...

Sampai sahaja ke bilik, hati terdetik untuk membuat sedikit persediaan sebelum masuk ke kelas pada keesokan harinya dan mengulang kaji pelajaran sebelum ini..bidang kritikal yang diambil oleh Hanum memerlukan komitmen yang tinggi dalam bacaan dan ulang kaji..timbul suatu perasaan di hatinya untuk tidak menerima pelawaan atau ajakan untuk berboal kosong hatta sebarang kerja pada malam itu..

Langsir biliknya ditutup memberi signal pada roommate untuk tidak mahu diganggu..

Tiba-tiba, handphonenya berdering lagi..satu msg diterima daripada Ika..

'bleh tak kita jumpe di cafe, nak bincang something important'

Muka Hanum terus berubah dan dia membalas msg tersebut dan menolak pelawaan sahabatnya dengan alasan tidak larat dan meminta maaf..

Jauh di sudut hati sahabatnya itu, bagaikan terhiris pisau tajamnya ayat yang diterima daripada Hanum, shabat karibnya..di kala dia berasa keseorangan dan ingin berbincang dengan seorang rakan baiknya, pelawaan itu ditolak mentah-mentah dan merasakan dirinya tidak penting..
Namun, perasaan itu ditolak ke tepi dan cuba bersangka baik kepada sahabatnya, Hanum..
Dia terus mengorak langkah dan berjalan kaki menuju ke kolej tempat tinggal Hanum..

Apabila Ika sampai di kolej Hanum, dia meminta jasa baik Hanum untuk turun berjumpa dengannya..

Hanum bertanya lagi,

' Lama ke? Sekejap je boleh?'

Ika menjawab,

'InsyaAllah, sekejap je, tak lama'

Dengan langkahan malas, Hanum turun dari tingkat tiga compartmentnya ke ground floor..sahabatnya Ika setia menunggu di situ..

Wajah Hanum masam dan dia bisu seribu kata..
Dia seperti tidak dapat berdepan dengan Ika dan menundukkan mukanya ketika Ika bersuara memulakan bicara..

'Hanum..kenapa dengan kau..aku nak terus terang ngan kau, sebelum tu aku mintak maaf andai kata2 aku mengguris hatimu..seriously, aku terasa hati dengan kau sebaik sahaja aku baca msg yang kau send kat aku..ni keje kita bersama..dalam satu unit gerak kerja..sama2 senang sama2 susah..kau ingat kau sahaja yang kena study? busy?tak larat? aku pun sama Num...kita sama2 student, kau harap aku faham keadaan kau,, aku pun berharap benda yang sama dari kau Hanum..kenapa dengan kau..kau ada masalah ke..pandang la aku Num...

Air mata Hanum tidak tertahan lagi kerana dia sedar saat ini dia telah melukakan hati sahabat karibnya yang dia anggap seperti adik-beradiknya sendiri...
Hanum dengan perlahan bersuara..

'Ya..aku teruk Ika, aku pentingkan diri..aku ego, aku guris perasaanmu..aku mintak maaf..aku memang harap kau faham kedudukan aku yang sekarang ni sangt tension dengan assignment yang bertimbun dan study yang banyak aku tak dapat catch up..ya..aku lupa yang kau pun mungkin dalam situasi sama dengan aku..aku pentingkan diri!'

Hanum mengangkat mukanya dan air mata laju turun membasahi pipi...kesal atas perbuatannya kepada Ika..

'Hanum, kalu kau ada masalah, kau kongsila..aku sedia mendengar..', kata Ika

'Ika..aku rasa tak dapat adapt dengan susana baru di sini..tempat pengajian baru kita ni..aku rasa kosong..aku rasa semangat aku dulu hilang..kata2 pembakar jiwa tak de..'

'Hanum,inilah ujian perasaan..Allah akan uji hambaNya untuk lihat setakat mana pergantungan kita pada Allah..apa yang kau rasa sekarang ni normal...semasa di matrkulasi dulu, aku diuji dengan pelbagai ujian..kau pun tahu kan? disebabkan ujian2 itu, aku aku rasa makin tabah nak hadapi hidup ni..kau peganglah ayat ni Num..dalam surah al-Baqarah ayat 214,maksudnya berbunyi..




ATAUKAH KAMU MENGIRA BAHAWA KAMU AKAN MASUK SYURGA,
PADAHAL BELUM DATANG KEPADA KAMU CUBAAN ATAU UJIAN
SEPERTI YANG DIALAMI OLEH ORANG2 TERDAHULU SEBELUM KAMU.
MEREKA DITIMPA KEMELARATAN, PENDERITAAN DAN DIGUNCANG DENGAN
PELBAGAI CUBAAN, SEHINGGA RASUL DAN ORANG2 YANG BERIMAN
BERSAMANYA BERKATA, 'BILAKAH DATANG PERTOLONGAN ALLAH?'
INGATLAH...SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT.

Hanun, kau kena ingat dan pasakkan dalam hati bahawa lumrah atau fitrah perjuangan ini adalah kita akan diuji sebelum saat sampainya pertolongan Allah..Allah itu Maha Kaya..Maha Pemurah..Maha pengasih dan Penyayang..Dia nak kita berasa rindu kepadaNya dan hadirkan keresahan dalam hati kita supaya kita cepat2 kembali kembali kepadaNya..

Apa sahaja kerja buat kita..hendaklah kita sandarkan pada Allah s.w.t. perjumpaan ke, kerja kita, study kita, tanggungjawab kita, hendaklah kita bermatlamatkan Allah..bukan untuk manusia dan yang lain..
bila kita buat sesuatu kerana Allah..pasti hati kita tenang Hanum...Surah ar-ra'du ayat 28 ada menyebut..
Cthnya,jika masa study kita dipendekkan dengan perjumpaan atau meeting atau kelas tambahan setiap malam, namun berkat masa Allah yang tentukan..luangkan masa walaupun sejam untuk study setiap malam mungkin menyamai 5 jam study jika ada keberkatan masa yang dikurniakan oleh Allah..yang penting niat kita ikhlas kerana Allah..
Aku berpesan untuk diriku dan dirimu..Namun..org yang bercakap ini akan dulu diuji oleh Allah..moga aku diberi kekuatan..'

Kata-kata Ika menusuk sanubari Hanum..lantas Hanum bangun dan memeluk sahabatnya sambil berkata,

' Mungkin inilah nikmat yang aku dapat pada malam ni berjumpa dengan kau Ika..Allah datangkan kau padaku untuk settlekan masalah ni yang dah lama belenggu dlm hati..untuk keluarkan air mata yang dah lama kering tak memabasahi pipi..hati ini rasa tenang mendengarkan ayat2 semangat darimu Ika...aku sayang kau Ika..kerana Allah Ika..terima kasih Ika..maafkan aku andai melukakan hati...

Malam itu Hanum muhasabah diri dengan bermunajat kepada Allah agar mengampunkan dosa2 nya yang bertimbun dan moga dia terus istiqamah dalam jalan Islam..moga Allah kuatkan hatinya untuk membuat amal ..kebaikan

Saturday, August 15, 2009

Ramadhan Semakin Hampir


Salam perjuangan kepada semua..

Ramadhan yang semakin hampir dengan kita.

Hati begitu teruja ingin menjadi ahli dalam madrasah Ramadhan yang begitu mulia ini..

Ada di antara kita yang telah dulu pergi menemui Illahi tanpa sempat merasai manisnya beribadah dalam bulan yang sangat diberkati dan bulan ummat Muhammad s.a.w..

Namun, adakah kita pasti Ramadhan yang bakal tiba ini menjadi milik kita sepenuhnya atau adakah kita akan menuruti jejak mereka..

Bersediakah kita?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..

RAMADHAN KARIM....

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket