Wednesday, July 16, 2008

SURATKU KEPADA HAWA


Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam ,kita dizalimi , hak kita dicerobohi , kita ditanam hidup-hidup , tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya ,kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia , sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu ,kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan , alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,

Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya

ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Friday, July 11, 2008

sumber inspirasi

Sesungguhnya segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara sekelian alam. Kita memuji Dia,
meminta pertolongan kepadaNya, memohon ampun kepadaNya, dan kita meminta perlindungan
kepada Allah s.w.t. dari segenap kejahatan diri kita dan dari segala keburukan usaha kita.
Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah s.w.t. maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya, dan
barangsiapa yang disesatkan oleh Allah s.w.t., maka tidak siapapun dapat memberi hidayah
kepadanya. Aku mengaku bahawasanya Muhammad (s.a.w) itu hambaNya dan pesuruhNya.
Sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah firman Allah s.w.t. dan sebaik-sebaik hidayah ialah
hidayah Muhammad s.a.w.. Sejahat-jahat perkara ialah perkara yang direka-reka di dalam agama
dan setiap rekaan adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah adalah kesesatan dan tiap-tiap kesesatan
tempatnya di dalam neraka.
Aku tidak dapat menghitung pujian kepada Engkau Ya Allah. Engkau sebagaimana pujianMu
kepada diriMu, perkasalah perlindunganMu, besarlah PujianMu, dan tidak ada Tuhan kecuali
Engkau. Wahai yang telah memberi nikmat Islam kepada aku dan itulah sebaik-baik nikmat. Engkau
memberi kurnia kepadaku tatkala aku masih muda hingga dapat mengenali Jamaah Ikhwanul
Muslimin. Lantas aku menyertainya dan berjalan di atas jalan dakwah. Engkau memberi nikmat
kepadaku untuk merasai kehidupan sezaman dengan pengasas al Ikhwan al Muslimin al Imam as
Syahid Hassan al Banna (r.a). Walaupun di dalam jangka masa hanya lebih kurang sepuluh tahun
sebelum beliau menemui Allah s.w.t. sebagai syahid, namun aku telah mendapat faedah yang
banyak daripadanya. Engkau telah memberi nikmat kepadaku dan memuliakan aku dengan
bekerjasama dengan angkatan Islam tatkala mereka terdedah kepada gangguan, bencana dan ujian.
Engkau mengurniakan kepadaku kesabaran dan ketahanan dan Engkau menolong aku meneruskan
perjalanan ini di atas jalan dakwah tanpa penyelewengan dan pertukaran. Semuanya itu adalah
limpah kurnia, kemuliaan dan rahmat daripadaMu. Aku memohon tambahan lagi kepada Engkau
daripada yang demikian supaya Engkau menyempurnakan nikmatMu kepadaku dan kepada
saudara-saudara aku di atas jalan dakwah dengan Husnul Khatimah (kesudahan yang baik), supaya
Engkau mengurniakan syahid di jalanMu dan memasukkan kami di dalam Jannatul Firdaus yang
tertinggi, bersama-sama dengan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dari
kalangan para nabi-nabi, siddiqin, para syuhada' dan salihin. Merekalah sebaik-baik kawan.
Sesungguhnya musuh-musuh Allah s.w.t. telah membuat konspirasi terhadap dakwah ini. Mereka
bersatu membuat pakatan untuk membinasakan generasi-generasi yang baru muncul. Mereka
menangkap, memenjara, menyiksa dan membunuh para pendukung dakwah. Musuh-musuh Allah
s.w.t. ini juga merampas semua buku-buku, majalah dan risalah yang berkaitan dengan jamaah ini.
Mereka lemparkan pelbagai tuduhan palsu terhadap jamaah ini dengan tujuan memutuskan
hubungan antara generasi-generasi muda dengan gerakan Islam. Biar generasi baru itu menjadi sesat
dan hilang pedoman di tengah-tengah kemelut arus dengan pelbagai ideologi duniawi lantas tidak
mengenali jalan kepada Allah s.w.t.. Di satu sudut lain pula, mereka bercita-cita untuk
mengeringkan sumber-sumber bekalan bagi gerakan Islam. Meraka mahu supaya gerakan Islam ini
ketandusan anggota-anggota baru dan darah baru yang diperlukan untuk meneruskan
perjuangannya. Mereka sangka dengan berlalunya generasi kami ini akan terhentilah harakah Islam
bersamanya. Tidak dapat diperbaharui lagi dan diteruskan perjuangannya kerana jauhnya para
pemuda daripadanya dan kerana kejahilan mereka tentang gerakan Islam yang lalu. Mereka
membuat tipu daya dan Allah s.w.t. membalas tipu daya mereka dan Allah s.w.t. adalah sebaik-baik
pembalas tipu daya itu.
Jalan Dakwah______________________________________________________________________________
5
Sesungguh Allah s.w.t. telah menghancurkan putar belit dan tipu daya mereka. Mereka tidak
berjaya menghalang cahaya Allah s.w.t. dari sampai kepada generasi hari ini lalu menyinari dan
memandu mereka ke jalan dakwah. Para pemuda Islam berlumba-lumba mengadap dakwah Islam
dengan penuh kesedaran, sikap yang benar dan ikhlas disertai dengan langkah-langkah yang tetap
dan tegas di dalam jalan dakwah. Mereka tidak gentar dan tidak lari dengan apa yang telah
didengar, dibaca atau dilihat oleh mereka tentang gangguan dan penindasan yang menimpa
saudara-saudara mereka yang lalu di jalan dakwah sebelum mereka. Para pendukung dakwah
sebelum mereka telah diganggu dan disakiti di jalan dakwah. Allah s.w.t. mengurniakan kesabaran
kepada mereka, memberi, ketahanan dan ketetapan kepada mereka dan mengambil dari mereka
beberapa banyak syuhada'. Tetapi mereka tetap tidak berlembut (berkompromi) menghadapi
musuh-musuh Allah s.w.t., tidak leka, tidak berubah dan menukar arah.
Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar
menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita
wajib mengemukakan pengalaman-pemgalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah
sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan
generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan,
kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah
salafussoleh r.a.
Bertitik tolak dari kesedaran tanggungjawab terhadap para pemuda Islam ini, saya pun mula
menulis rencana-rencana mengenai Fiqh ad-Dakwah. Ini merupakan rencana yang pertama
diterbitkan dalam Majalah Ad-Dakwah, Bilangan (7) yang terbit pada awal Muharram tahun 1397
Hijriah, bersamaan dengan Disember 1976. Rencana terakhir terbit di muka 21 dalam bilangan (29)
yang terbit pada awal Zulkaedah tahun 1393 Hijriah bersamaan dengan Oktober 1978. Sewaktu saya
menulis rencana-rencana ini, saya sering menemui para pemuda Islam supaya saya dapat
mendengar dari mereka dan mereka dapat mendengar dari saya. Supaya saya dapat mengetahui apa
yang berlegar di fikiran mereka yang penuh dengan pelbagai idea dan konsep serta gambaran
terhadap amal (usaha) dan harakah. Kemudian saya mengambilnya untuk dibersihkan (tazkiyah)
atau diperbetulkan berpandukan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang penglibatan saya
di dalam dakwah. Saya tidak berani mengaku yang saya terpelihara dari kesalahan, tetapi saya
sentiasa mengadap kepada Allah s.w.t. ketika menulis rencana ini supaya Dia memberi hidayah
menepati apa yang benar dan menjauhkan saya dari kegelinciran dan menjadikan kerja ini ikhlas
kerana Allah s.w.t. semata-mata.
Semasa saya menulis mukadimah ini, saya telah selesai menulis rangkaian yang terakhir untuk
diterbitkan semuanya di dalam sebuah buku bagi memenuhi harapan kebanyakan pembaca. Saya
memohon kepada Allah s.w.t. supaya buku ini berfaedah kepada para pemuda Islam di serata
tempat. Saya memohon kepada Allah s.w.t. supaya mengampuni segala kesalahan dan kekurangan
yang ada di dalam buku ini dan memberi ganjaran baik kepada saya kerana taufikNya kepada saya
dalam melakukan usaha baik ini.
Di dalam usaha ini, saya lebih suka jika buku ini lahir menurut bentuk asalnya seperti di dalam
majalah Ad Dakwah dengan dengan sedikit saringan. Semoga dengan cara itu ia dapat
mengingatkan kita dengan masa dan suasana saya menulisnya ketika itu.
Akhir sekali saya berharap supaya para pembaca tidak melupakan saya apabila mereka berdoa
kepada Allah s.w.t. semoga ia memberi faedah kepada saya di dunia dan akhirat. Semoga Allah
s.w.t. mengumpulkan kita bersama mereka semuanya di atas jalan dakwah di dalam Jannatul Na'im
dan mengurniakan syahadah (syahid) pada jalanNya. Wahai Tuhanku terimalah. Amin.
kata-kata muqaddimah dari Mustafa Masyhur untuk bukunya yg bertajuk dakwah fardiyah.

Wednesday, July 9, 2008

KEMBALILAH KEPADAKU……..

AKU…..KAU TATAPI KEMBALI

WAKTU ENGKAU MASIH KANAK-KANAK,

AKU LAKSANA KAWAN SEJATIMU,

DENGAN WUDU’,

AKU ENGKAU SENTUH,

DENGAN SUARA LIRIHMU,

AKU KAU BACA,

SETELAH SELESAI AKU KAU KUCUPI MESRA,

SEKARANG KAU TELAH DEWASA,

DIRIKU KIAN KAU LUPA,

AKU KAU BIARKAN SENDIRIAN,

DI DALAM LACI,DI ATAS ALMARI,

AKU KAU ANGGAP BAHAN BACAAN USANG,

YANG PATUT DIABAIKAN APABILA SAMPAI WAKTUNYA,

AKU KAU TINGGALKAN,

INGATLAH WAHAI SAHABATKU,

JIKA AKU KAU BACA DAN HAYATI SELALU,

DIKUBUR NANTI,

AKULAH DIRIMU,

AKANKU HADIR DISISIMU,

SEBAGAI PEMUDA GAGAH NAN BERSERI WAJAH,

YANG SENTIASA MELINDUNGI DAN MENEMANIMU,

DALAM PERJALANAN KE ALAM ABADI,

DAN AKULAH AL-QURAN KITAB SUCIMU,

TATAPILAH AKU KEMBALI,

BACALAH AKU SETIAP HARI,

JANGAN AKU KAU TINGGALKAN LAGI,

DALAM ‘BISU’ DAN ‘SEPI’…

(khas buat diriku yang selalu lupa-cahaya berseri-seri)

Hasanatul Abrar Assayiatul Muqarrabin…

Pernahkah sahabat-sahabat terdengar pepatah arab ni sebelum ni?

‘Kebaikan yang sudah cukup bagi orang yang beriman (pada makam yg sederhana) tetapi masih dipandang buruk bagi orang-orang yang dekat dengan Allah atau orang yang sedang menuju hampir kepada Raabnya…’

Sahabat-sahabat,

Ada baiknya jika saya memberi sedikit gambaran situasi yang mungkin berlaku berkenaan dengan pepatah ini. Walaupun saya bukanlah org yang selayaknya untuk menerangkan, tapi untuk diri yg hina ini dan shbt2 yang insyaAllah baik-baik semuanya..

Sebagai contoh,

DARI SUDUT PEMAKAIAN- Tudung dengan perempuan tidak dapat dipisahkan..Namun, jika diperhatikan,

Remaja-remaja kita sekarang lebih gemar memakai tudung tiga segi. Kalu dulunya terkenal kerana transparentnya, tapi sekarang mungkin kurang la skit sebab ada sesetengahnya memakai tudung kecil dibahagian dalam sebelum mengenakan tudung tiga segi tersebut. Syabas dan tahniah pada kwn2 terutama classmate sy sendiri yg cuba ambil pendekatan kini sedikit demi sedikit untuk berubah kea rah lebih baik..

Tidak dapat dinafikan kadang2 sesetengah tudung bidang 45 sudah cukup syarak untuk menutup aurat, tetapi bagi golongan orang yang ingin mendekatkan diri pada Allah, tanggungjawab menutup aurat haruslah menjadi perkara yang besar dalam kehidupan kaum hawa.. lantas ada yang mengambil inisiatif memakai tudung labuh dan tudung bidang 60..’Semoga istiqamah dalam menjaga aurat..’

DARI SUDUT PERGAULAN- Mungkin ada yang berpendapat perhubungan di antara lelaki dan perempuan adalah biasa dan mungkin ada sesetengahnya menyamakan seperti hubungan sama2 kawan sejenisnya.. Tetapi sahabat2, jika kita renungkan balik kisah dimana seorang sahabat Rasulullah telah berasa amat malu dengan Rasulullah tatkala dia ditegur oleh Rasulullah ketika sedang berbual-bual dengan sekumpulan gadis di sebuah perkampungan..Sedang dia asyik berbual-bual dengan gadis-gadis cantik itu, Rasulullah bertanya kepada sahabatnya…’Wahai sahabatku, apakah gerangan engkau berada di antara mereka ini?’’Sahabat tersebut terus malu dan jadi kalut.. seakan-akan mencari sesuatu yang hilang..Apabila Rasulullah bertanyakan padanya lagi, apa yang kamu cari? Dia berkata dia ke sini sebenarnya ingin mencari untanya yang hilang..

Maka Rasulullah pun beredarlah dari tempat itu untuk qada’ hajat dan tanpa disedari sahabatnya mengekorinya dari belakang..Bila selesai, Rasulullah bertanya lagi kepada sahabatnya, sudah ke kamu menjumpai untamu? Dia malu sendiri pada Allah, Rasulullah dan dirinya sendiri… Begitulah seterusnya berulang-ulang soalan itu diajukan kepadanya setiap kali berjumpa dengan Rasulullah..Niat Rasulullah bukanlah untuk meng’aibkan sahabtnya, sebaliknya ingin memberi pengajaran kepada sahabatnya bahawa orang yang ingin mendekati Allah atau golongan muqarrabin tidak akan memasukkan dirinya dalam GMH(golongan masalah hati) yang mana sedikit demi sedikit boleh memberi kesan negative pada dirinya dan kadang2 boleh bawa dirinya hanyut dan jauh dari Allah.


Hidup ini adalah untuk bersyukur,

Bersyukur pada orang yangmenyakiti hati kamu,

kerana dialah yang yang menabahkan hati kamu,

pada orang yang tidak mengendahkan kamu,

kerana dialah yang memupukmu berdikari,

pada yang menjatuhkan kamu,

kerana dialah yang memperhebat abilitimu,

pada yang menyeksa kamu,

kerana dia yang menguji kesabaran kamu,

BERSYUKUR DENGAN SEGALA UJIAN NYA

KERANA ITULAH SUMBER KEBAHAGIAANMU….

Wednesday, June 25, 2008

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....



.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'


Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan


sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari
Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta

mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'


Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.


Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi

2 Para Ahli
Jihad
3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al
Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '


Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.


Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama
..

Nukilan Temanku

Assalamu’alaikum wa rahmatullah wa barakatuh….

Alhamdulillah Allah Taala mengurniakan kesempatan untuk kita semua berhubung dengan beberapa helai tulisan yang tidak seberapa ini.Saya tidaklah begitu mahir dalam bidang penulisan seperti ini. Cuma rasa tanggungjawab untuk menyampaikan beberapa perkara dalam tulisan ini mendorong saya untuk tetap melakukannya. Sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dari gaya penyampaian ini saya memohon jutaan kemaafan kepada semua.

Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan kepada Tuhan yang Esa yang telah mengurniakan nikmat yang melimpah ruah untuk kita semua dan apa lagi dengan nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam. Kita semua diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi Allah ini sehingga sekarang kita telah pun menjadi remaja. REMAJA iaitu saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, apa erti remaja untuk kita semua? Adakah waktu remaja masa untuk enjoy, atau waktu paling indah dan bermakna dalam hidup dan diari kita semua? Ini persoalan yang harus kita semua fikirkan sebaik-baiknya…

REMAJA dan CINTA memang nampak sinonim…dua perkataan yang boleh dikatakan sangat glamour…kat tajuk lagu, tajuk drama, tajuk filem, dan kat mana-mana lagi memang kita semua selalu jumpa…betul atau tidak?...itulah semua cara yang telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk meracuni pemikiran kita semua…

Iya cinta itu FITRAH SEMULAJADI menjadi penghuni pada diri setiap manusia yang punya perasaan…tetapi, sedar atau tidak cinta yang suci itu telah dinodai dan dilacurkan menjadi FITNAH…

Saya sendiri pernah menaruh hati kepada seseorang yang saya harapkan dia menjadi suami saya suatu masa nanti. Bukan kerana harta, nama, keturunan, tapi atas dasar melihatnya mampu menjadi pemimpin keluarga yang bertanggungjawab….Namun, secara tak sedar betapa banyak dosa yang telah saya sendiri kumpul dalam akaun amalan hidup saya kerana lelaki tersebut yang pada hukumnya bukanlah halal untuk saya..itu sebenarnya telah membawa masalah hati kepada saya kerana sentiasa ingat kepada seseorang yang bukan muhrim saya..sedangkan semua itu adalah suatu harapan yang tidak pasti…Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk untuk saya dengan membuka ruang dalam hati saya untuk terdetik memikirkan tentang semua ini…sudah terang lagi bersuluh, apa yang saya lakukan selama ini sebenarnya salah…semoga cerita tentang diri saya sendiri ini boleh memberi ruang untuk sahabat semua turut sama berfikir…semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya hambaNya yang hina dina ini…siapa kita untuk terus berpegang kepada firasat hati sendiri yang tidak ada kepastiannya, sedangkan hukum Allah itu nyata dan janji Allah itu pasti…

Sekarang saya betul-betul yakin, jodoh pertemuan hendaklah kita serahkan sepenuhnya kepada yang Maha Kuasa iaitu Allah…hanya Dia yang mengetahui setiap apa yang baik dan buruk untuk kita…yang mampu kita lakukan hanyalah dengan berdoa memohon dariNya semoga mendapat jodoh yang baik…insyaAllah Dia tidak akan mensia-siakan doa hambaNya yang amat-amat Dia kasihi…bukankah Allah telah menjanjikan lekaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya…apakah kita tidak mengharapkan lelaki yang baik untuk kita cintai selayaknya sebagai suami kita, untuk kita menjadi sayap kiri membantu perjuangan suami kita? Jika ya kita harapkan lelaki yang soleh untuk membimbing kita ke jalan yg lurus dan benar, hendaklah kita sama-sama membaiki diri untuk menjadi wanita solehah…memang kita semua tidak sempurna, namun itu bukan menjadi penghalang untuk kita terus melakukan yang terbaik untuk diri kita demi agama Allah yang mulia…sesungguhnya saya sendiri amat takut untuk membicarakan soal ini kerana takut diri sendiri tidak mampu untuk melaksanakannya…fi kitabullah, merenung sebentar dalam menghayati tafsiran ayat-ayat awal dalam surah as-Saff sudah cukup untuk memberi peringatan kepada kita semua sesungguhnya Allah amat tidak suka(benci) kepada orang yang hanya pandai mengatakan tetapi tidak melakukannya…semoga rabithah persaudaraan kita semua mampu untuk menghidupkan hati kita semua agar saling membantu dan memberi sokongan dan pertolongan antara satu sama lain…

Maaf jika sekiranya saya terlalu lantang mengutarakan pendapat, pandangan dan komentar kepada sahabat semua..untuk yang sudah mempunyai ‘boyfriend’, ‘pakwe’, ‘makwe’, girlfriend’, ‘gewe’, dan seangkatan dengannya, semoga sahabat semua di beri kekuatan oleh Allah untuk meninggalkan semua ini…saya tidak menujukan kata-kata ini kepada mana-mana pihak, ini adalah komentar saya secara umum iaitu dalam konteks yang luas dalam rangkai kata lain, kelompok saudara seIslam kita…kehidupan di terengganu kebelakangan ini sudah terlampau dan melebihi batasan…lihat saja sahabat remaja kita yang berpeleseran di sana sini…berkepit ke sana kemari..apa sahaja kehendak dan kemahuan sang kekasih pujaan hati dengan rela dan bangga dituruti…mana letak maruah kita sebagai perempuan…tak kan semurah tu harga diri kita…dengan penuh cinta dan kasih sayang untuk buah hati intan payung sanggup dibiarkan tangan-tangan yang haram bagi kita menyentuh kulit-kulit halus dan gebu, membiarkan diri dipeluk, dicium, dan macam-macam lagi…yang paling menyakitkan hati, saya sendiri pernah terlihat adegan lucah ini di depan mata sewaktu outing bersama-sama rumates ke mid-valley…secara tidak sengaja, saya terpandang seorang perempuam BERTUDUNG membiarkan dirinya dicium oleh lelaki disebelahnya…saya cuba untuk bersangka baik dengan menduga mungkin lelaki itu suaminya…namun, kebiasaanya suami isteri tak buat kerja-kerja macam tu depan khalayak ramai…inilah scenario kehidupan remaja akhir zaman kini… usah dilihat jauh sampai ke negeri orang, di stesen bas kuala terengganu tidak kurang hebatnya…dengan baju yang ketat gelematnya, yang peliknya tudung kat kepala…tapi yang tutup pon ala kadar je…pakai tudung, tapi rambut tersembur keluar…tu bab rambut, yang pakai baju tapi nampak habis body kat dalam baju tu macam mana pula ye..dah tahu baju tu jarang tak reti-reti ke nak buat lining…yang saja nak tunjuk betisku yang putih melepak pon ada…dah tak cukup benang sangat nak jahit kain agaknya…tulah duit dah habis buat beli alat make-up nak tampal kat muka berinci-inci…

Komentar tersebut hanyalah sekelumit dari luahan hati saya sebenarnya, tidak malukah kita mencurahkan kasih dan sayang tak bertempat? Memberi yang tak sepatutnya kepada mereka yang belum pasti menjadi sumai kita…Bercinta sakan, sampai tak ingat dunia, yela sampai tak peduli apa pandangan orang dan tak hirau sensitivity masyarakat di sekeliling, last-last kat atas pelamin lelaki lain…tu ok la lagi, tapi yang dah sampai melahirkan anak tak berayah(anak luar nikah), yang sanggup bunuh kandungan sendiri….ni semua ape???dah pandai buat tak pandai nak tanggung…dah rasa diri tu hebat sangat…berlagak macam diva or ratu dunia…maaf kalau bahasa saya terlalu kasar tapi dalam soal macam ni tak ada kompromi…

“kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah. Kalau engkau melihat kepadanya, maka engkau merasa gembira, dan kalau engkau berpergian maka ia menjaga nama baikmu” (riwayat muslim dan ibnu majah)

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra denganNya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. (ar-Ruum:21)

Dalam hadis dan firman Allah di atas, jelas sekali disebut “kesenangan dunia yang paling baik adalah isteri yang solehah”, bukan awek, girlfriend, atau makwe yang solehah. Dan juga disebut “bahawa Ia ciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri”, bukan awek, girlfriend, atau makwe dari jenis kamu sendiri. Dan juga disebut, “dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan” bukan di antara pakwe dan makwe, atau boyfriend dan girlfriend…

Inilah antara rahmat yang disebut di dalam al-Quran yang Allah telah berikan kepada kita hambaNya. Rahmat untuk kita menyalurkan fitrah pada cara yang betul. Inilah betapa kasih dan sayangNya Allah pada kita, memberi kesempatan untuk kita merasa kesenangan dunia dengan menanamkan perasaan mawaddah dan rahmah dalam hati suami dan isteri. Maka siapakah kita untuk membelakangkan Allah? Tepuk dada, Tanya iman….

Kita belajar erti kehidupan melalui kesilapan…orang yang tak pernah gagal bererti tak pernah belajar erti kehidupan sebenar…Allah senantiasa menanti taubat kita kerana Dia memang terkenal dengan sifat pemaaf…ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG…Sahabat semua dan diri saya sendiri, peliharalah maruah, harga diri, kehormatan, dan aurat kita…sesungguhnya kaum Adam juga insane yang lemah bila berhadapan dengan kaum Hawa…sama-sama kita membantu Adam untuk menjadi muslim sejati berjuang demi Islam…Untuk itu, usah diperlihatkan aurat-aurat kita merata-rata tidak kira tempat, peliharalah mahkota diri kita, curahkan segala kasih sayang, cinta, belaian, dan diri kita hanya untuk suami kita…kerana hanya suami yang berhak terhadap isteri-isterinya…bukan pakwe, bukan boyfriend…satu lagi sahabat, untuk membina keluarga yang bahagia dan diredhai Allah bukanlah dengan cara kita memulakan perhubungan itu dengan sesuatu yang haram, tapi dengan satu ikatan yang kukuh dan dikendaki syarak iaitu melalui akad nikah…takut-takut, kemanisan hangatnya percintaan sebelum perkahwinan tak berpanjangan dan tiba-tiba membeku setelah bergelar suami isteri…kalau rasa diri dah siap menerima tanggungjawab sebagai isteri dan sebagai suami, serta dah tak mampu nak tahan syoknya duk bercinta, kahwinlah dan pelihara rumahtangga sebaiknya…semoga Allah meredhai kalian dan saya juga…sama-sama kita doakan kebahagiaan kita bersama…

Terima kasih atas bantuan, nasihat, dorongan sahabat-sahabat sekalian selama ini..Semoga Allah Taala meletakkan kita semua di bawah naungan rahmatNya, insyaAllah…

Sabda Nabi Sollallahua’laihiwasallam:

“Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam bukan dalam kalangan kami”

Salam ukhuwwah,

Akhukum fil Islam,

Khas dari GreenCandle

28 Rabiul Akhir 1429H

Today's Drug

renungan

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah berkata :
Ya Rasulullah, hukum2 syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukkanlah kepadaku akan sesuatu yang mendapat menjadi pegangan padaku,''
Baginda menjawab, '' HENDAKLAH LIDAHMU SENTIASA BASAH DENGAN ZIKRULLAH''
Photobucket